Love story could be sad ending

Review: 9 Nyawa by Ramlee Awang Murshid


Baru semalam sempat habiskan baca novel yang keluar sebelum Cinta Sufi ni..

Hurm..




Setiap kali buka bab baru, rasa terganggu dgn mata kucing tu. Apa significant letak mata kucing pn aku tak tahu, sbb kucing bukan lah penggerak cerita ini. Nak timbulkan unsur mistik dan seram? Tak seram at all...
Dan tersangat lah tahyul bila memikirkan bahawa seorang anak dara tua (yg dah umur 28 tahun) mempunyai 9 nyawa dek kerana kucing pernah muncul dalam mimpi emak nya dan juga seekor kucing pernah melintas masa beliau kemalangan.

Super highly superstitious!

Punyalah bertungkus lumus seorang Ibu yang bernama Azizah demi mengelakkan anak nya daripada menemui 'maut' yg ke 10 kerana selepas 9 kali menghampiri maut, anaknya tidak akan terselamat.

Astaghfirullah...

Mungkin RAM cuba membuktikan betapa wujudnya manusia yang percayakan tahyul bila jauh dari ALLAH. Sikap Azizah yang overprotective itu berpunca dari ketakutan akan kehilangan Intan. Tapi kemudian RAM membuktikan bahawa tidak ada kesalahan sikap over protective itu sebab akhirnya Intan terpedaya dgn cinta lelaki.

What?

Intan memang mangsa sejati dalam cerita ini. Hidupnya terseksa dalam sangkar emas.. Dan super twisted bila rupanya Khairil bukan yang di sangka dan dia dalang di sebalik pembunuhan di Hotel Raffles, Singapura dan semua orang yg mati di bunuh dalam novel ini.

Apakah kesalahan (baca: sebab musabab) Khairil hingga di hitamkan wataknya sebegitu rupa, tidak pula di ceritakan. Sebaliknya subplot alam perkahwinan Khairil dan Intan di ceritakan berlebih-lebihan. Which is.. bukan gaya RAM yang biasa.

Novel kali ini tiada penamat. Adakah Azizah berkahwin dengan Dr David? Apakah Hakim dapat melihat semula? Siapa bersama Intan? Semuanya tidak muktamad. Jadi aku isytihar yang novel ini tidak happy ending nya.



“Whenever you read a good book, it's like the author is right there, in the room talking to you, which is why I don't like to read good books”
~Jack Handy~

Comments

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines