Posts

Showing posts with the label Kotak Novel

Novel Mimpi Dahlia Bab Pertama

 Salam readers! I am back at writing! My 10 year old blog need to live again. For my first post in the longest time, I present to you my latest writing... Dahlia Dreams.  Tapi tulis dalam bahasa melayu jadi namanya Mimpi Dahlia. Enjoy your reading! ...................................................................................................................................................................... MIMPI DAHLIA Malam yang damai. Kelihatan sepasang kekasih bercanda di gigi air. Seumpama berada di hujung dunia hanya mereka berdua. Angin lembut menerpa wajah hampir separuh usia itu. Kedutan halus mula kelihatan di hujung mata. Solekan tipis dikenakan pada malam itu. Makan malam yang mengenyangkan perlu dihabisi dengan segelas kopi sejuk. Dia tak mahu sesiapa tahu dia sedang enak di situ. Telefon bimbitnya dimatikan. Tiada sesiapa daripada pejabat boleh menghubunginya. Apa erti percutian kalau perlu bicara soal kerja. Dia mahu tenang sahaja di tepi pantai menikmati...

Elhana dan Zakuan, Bab 6

Bab 6             “Aku nikahkan dikau dengan Elhana binti Zamri dengan maskahwinnya RM22.50 tunai.”             “Aku terima nikah Elhana binti Zamri dengan maskahwinnya RM22.50 tunai”                           Dua orang saksi mengangguk tanda lafaz itu sah. Jurunikah juga mengangguk tanda pernikahan itu sah dan selesai. Dia melarikan pandangan ke arah Elhana.             Terbit titisan airmata di hujung anakmata gadis itu yang cantik berpakaian serba putih pada hari ini. Putih itu lambang kesucian cinta mereka berdua. Biarpun menempuhi onak dan duri, mereka tetap mengharungi setiap ujian dengan tabah. Kini hidup baru bakal bermula setelah bergelar suami isteri.     ...

Elhana dan Zakuan, Bab 5

Bab 5             “I ada satu pengakuan”             Kata-kata Elhana itu membuatkan Ilhami berhenti menaip. Telefonnya diletakkan di atas meja dan perhatian diberikan sepenuhnya kepada gadis di hadapannya itu. Pasti ia sesuatu yang besar. Wajah Elhana nampak serius. Tak mungkin serius sangat. Dia menahan tawa.             “Hari tu, Zakuan jumpa I.”              Tawa Ilhami kendur. Dia menyandarkan bahunya ke kerusi, menyilangkan tangannya memeluk tubuh.             “Zakuan? Dia nak apa?”             “Berbual kosong. Tanya khabar, perkembangan diri”             Ilhami berkerut. Baga...