Posts

Showing posts with the label Kotak Ulasan

Nurani Tanah Melayu: Simfoni Jiwa Tanah Melayu

Image
Nurani Tanah Melayu: Simfoni Jiwa Tanah Melayu Alfred Russel Wallace (A.R Wallace), seorang ahli sains British, semasa membentangkan hasil kajiannya setelah berkelana selama 8 tahun di gugusan Kepulauan Melayu telah menyebut beberapa ciri-ciri orang Melayu dalam syarahannya di hadapan ahli Literary and Philosophical Society , di Newcastle pada tahun 1867. Ciri-ciri fizikal orang Melayu dinyatakan berkulit sawo matang, bertubuh kecil dan tegap, berkulit licin tidak berbulu, dan rata alis keningnya. Pakaiannya berkain hanya sekeping kain sarung baik lelaki dan juga perempuan, semuanya tidak beralas kaki. Makanan ruji orang Melayu ialah nasi. Bersenjatakan parang dan juga keris apabila berhadapan dengan ancaman. Perwatakan orang Melayu digambarkan sebagai orang yang tidak gemar mempamerkan perasaan. Perasaan yang dipendam kadangkala boleh meletuskan kejadian amuk apabila keadaan mendesak.   Begitu berkias dalam tutur kata namun gemar berbicara tentang kisah semangat h...

Politik Kandang: Siapakah musuh sebenar Binatang?

Image
Politik Kandang: Siapakah musuh sebenar Binatang?   Edisi Bahasa Melayu tahun 2014 oleh ITBM Judul: Politik Kandang Judul Asal: The Animal Farm  Penterjemah:  Al-Mustaqeem Mahmod Radhi Penulis Asal: George Orwell Halaman: 150 muka surat Penulisan yang bercirikan metafora memerlukan penghayatan yang mendalam daripada kedua belah pihak samada penulis, mahupun pembaca. Metafora itu tidak akan berjaya disampaikan sekiranya maksud yang tersembunyi tidak mampu difahami pembaca. Pendekatan metafora boleh dipersembahkan menerusi alegori di mana perlambangan itu dikupas dalam situasi yang lebih panjang samada keseluruhan puisi, cerpen, ataupun novel. Sementara itu, metafora pula dirujuk hanyalah kepada satu perkataan sahaja yang menjadi perlambangan buat sesuatu yang lain. Alegori sememangnya ciri utama dalam novel Politik Kandang yang diterjemah daripada The Animal Farm karya asal oleh George Orwell dalam Bahasa Inggeris. Apabila melihat naskhahny...