Posts

Makan Tengahari Yang Di Ingati

Image
Mula-mula saya ingat saya suka sangat makan.. pastu mula la berangan nak jadi macam food critic yang famous dan cuba-cuba nak buat food review sendiri..   tapi lama kelamaan saya sedar sebenarnya setiap kali pergi restoran tu apa yang saya enjoy adalah surroundings dan macam mana pengunjung/pelanggan dalam restoran tu enjoy themselves dengan keluarga/teman/kekasih/kawan-kawan. Baru nak kenal diri sendiri rupanya saya ni... Beberapa bulan yang lepas, sebelum Arfah balik Mesir, kami sempat makan kat Rawani Hadramawt .  Woaa.. Dengar cam apa jer.. Sebenarnya tu nama restoran yang terletak dekat belakang Ong Tai Kim. (Bagi orang Gombak yang tak tahu mana Ong Tai Kim sila terjun Jambatan Sungai Gombak sekarang).  Bagi non-Gombakian, refer sini.. Ia sebuah restoran Yaman yang terbaik di Malaysia sejak 2010 (direct translation dari website dia). Jadi, di sebabkan Arfah reti cakap Bahasa Arab, masa ordering tu dia mula lah speaking Arab. Tapi sebab orang tu semua Yemen...

Abahku Hebat

Abahku hebat Bagi aku itu suatu nikmat Bila Abah orang lain muka kelat, Kasih sayang Abahku pekat Abahku hebat Jarang beliau balik telat Bila Abah orang kat rumah tak lekat, Abahku kat rumah ligat. Abahku hebat Masihkah Abah ingat? Bekalku pernah tertinggal di rumah yg tak dekat Tapi Abah tekad Bekalku di hantar waktu rehat Air mata mengalir ku kesat Kerna Abahku hebat Selamat Hari Bapa, Abah! Dari anakmu yang rajin mengelat.

Adaptasi HACCP dalam amalan HALAL.

Salam. Lately, saya terfikir sejenak. Adakah kita perlu menjadi choosy setiap kali makan? Umi, memang pemilih. Setiap processed food cth nya tauhu, fishball, meatball, umi akan pastikan siapa pembuatnya. Muslim atau bukan. Bukan itu sahaja, di kedai makan, umi make sure tukang masak nya muslim. Umat Islam sedari kecil sudah di didik dgn konsep Halal dan Haram. Alkohol, Sembelih, Daging Khinzir adalah isu yg biasa kita dengar bila dibangkitkan persoalan Halal dan Haram sesebuah premis atau syarikat pengeluar makanan. Jadi, bila JAKIM mula mengeluarkan sijil Halal, ia jadi satu standard dan rujukan bagi umat Islam dlm memilih produk dan premis yang di yakini menepati kehendak Syariah. Bila belajar di universiti, kami di dedahkan dgn satu lagi sijil yg di amalkan meluas bg menjaga mutu dan keselamatan makanan. Sijil HACCP berfungsi sbg jaminan sesebuah institusi kpd pengguna dan pelanggan berkenaan soal kebersihan dan memastikan produk bebas dari sebarang bakteria pembawa penyaki...