Posts

Terus berdoa kepada Tuhan atau tidak?

Image
Assalamualaikum semua Harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. FH selalu berdoa atau dalam ertikata lainnya meminta kepada Allah bila FH mahukan sesuatu. Apa yang FH sedar sejak akhir-akhir ini ialah, FH selalu bising dan katakan yang FH nak berkahwin dalam masa terdekat tapi sebenarnya perkara itu bukan datang dari hati kecil FH sendiri.   Selama ni kan.. FH selalu doa macam-macam dekat Allah. Alhamdulillah, jika FH doa betul-betul Allah memang tunaikan permintaan FH tu.Jadi bila sebut pasal perkataan K itu, FH jadi ragu-ragu untuk betul betul berdoa. FH khuatir dan takut kalau nanti bila FH betul-betul kahwin, rupa-rupanya apa yang FH nak itu tak sesuai untuk FH. Pernah kan dengar ungkapan.. Apa yang kita nak itu tak semestinya yang sesuai untuk kita. Jadi FH ragu-ragu samada FH sesuai untuk berkahwin. Iyalah kita sendiri lihat betapa banyaknya permasalahan rumah tangga sekarang. Kadang-kadang FH jadi paranoid dan kurang yakin yang ada individu di...

Sewaktu saya berumur 17 tahun (When I was 17 years old)

Image
Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua lepas raya??? Hari ini baru FH sedar yang FH dah berusia 27 tahun. Kadang-kadang bila kita terleka melalui kehidupan seharian, kita tak perasan tentang masa yang berlalu pantas dan yg sebenarnya dah semakin meningkat dewasa. FH sekarang lebih dekat dengan umur 30 berbanding umur 20 tahun. Ini adalah sesuatu yg mengejutkan! LOL. Bila FH fikir kembali....  Adakah FH sebenarnya ada perubahan?  Jadi jalan terbaik ialah buat perbandingan antara FH semasa umur 17 tahun... dan 10 tahun selepas itu iaitu sekarang. Pekerjaan Idaman Sewaktu saya berumur 17 tahun... Saya nak jadi arkitek/lawyer Bila saya umur 27 tahun... Saya seorang Pegawai Dietetik Warna  Sewaktu saya berumur 17 tahun... Hijau Epal. Tiada toleransi terhadap warna lain. Bila saya umur 27 tahun... Masih Hijau Epal, ada tambahan warna lain seperti coklat, dusty pink. Makanan  Sewaktu saya berumur 17 tahun... Ketam masak lemak cili api.  ...

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Image
[Disclaimer: Artikel ini ditulis oleh seorang Pegawai Dietetik dan maklumat adalah berdasarkan sumber yang disahkan.] Salam Ramadhan semua! Akhirnya FH kembali bertugas di Puncak Alam selepas 5 bulan di Hospital Sultanah Aminah. Sepanjang attachment FH di sana, FH jumpa beberapa orang patient yang terlibat dengan pembedahan di kawasan perut ataupun bahagian rahim. Juga ada beberapa pertanyaan berkenaan diet atau sebarang pantang makan selepas bersalin. Jadi FH buat keputusan untuk tulis entri berkenaan; PANDUAN DIET SELEPAS PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY/LAPAROTOMY 1-7 hari selepas pembedahan 1. Kebanyakan pesakit lebih mudah menerima makanan lembut jadi anda boleh makan makanan seperti; Bubur Nasi / Nasi Lembik di makan dengan sup Lauk; Ayam yang dipotong kecil-kecil ataupun ikan Oat masak Karot/Kentang Lenyek Sayur-sayuran yang direbus Buah-buahan lembut seperti pisang dan betik (Ini juga bagus kalau nak elak sembelit) 2. Anda mungkin tidak mampu menerima ...