LIWAT, PELACUR, Lepas ni apa?

Terima kasih kepada media yg ajar aku istilah2 kat atas.. 

Masa darjah 5 buat pertama kali aku dgr perkataan LIWAT dan teros tahu apa kah itu LIWAT dan teknik-teknik nya juga peralatan yg diperlukan seperti tilam dan sbg nya. Aku juga baru tahu masa tu memang wujud orang macam tu kat Malaysia. Sebelum tu aku ingatkan kaum Nabi Luth tu da pupus dan tenggelam di sebalik kota Pompeii.

dan tahun ni.. Terima kasih sekali lagi sebab dah pampangkan video rakaman seorang Pelacur dan client nya. Honestly, selama ni tak pernah tengok any video macam tu. Kalo dalam movie lain cerita la. Sbb ada script, director, lighting, with nice wardrobe. But any porn video, lagi2 kalo kes 'pendedahan' camni, sangat la gempak. Sangat ala2 realiti show..

Aku tak faham kenapa orang tak habis2 attack DSAI.

I mean, seriously. You guys?? Takde orang lain dah ke kat Malaysia ni?? Kenapa selalu saja DSAI yang kena? Obviously , diorang ni da goyang la tu sebab takut makin ramai org sokong DSAI. Which is sangat kelakar tau. AKu tak kata DSAI the most perfect leader yg available kat Malaysia ni. 

Tapi aku jadi hairan la.. Sejak kecil aku di besarkan dengan skandal2 Anwar. Sorry to say, aku bukan nya jadi benci malahan bertambah kesian. Even kalo dia buat any dosa ke, that's his thing with Allah. Nothing to do with the rest of the World. Agaknya dah jadi tabiat org kt Malaysia ni utk masuk campur dgn hal org lain ke?

Hari tu aku ada dengar sket, satu cerita berlaku masa zaman Nabi. Kalau ada storyline yg silap, pembaca harap betulkan yer.

Satu Sahabat ni mengaku melakukan Zina. Tapi Rasulullah saw, mengelak jalankan hukuman Rejam.. Itu pun lepas dah 3 kali elak, bila Sahabat tu tetap dgn pendirian nak jugak kena rejam sbb takut dgn siksaan di Akhirat.. Baru lah Rasulullah jalankan hukum Rejam utk beliau.

Yang best nya, di sebab kan hukuman Rejam tu memang sakit. Serius dowh, kalo kaki tersinggung batu sket pn da saket, ni plak kena rejam. Jadi sahabat tu menjerit2 kesakitan dan kata balik; Ya Rasulullah! AKu tarik balik pengakuan aku! Aku tak berzina! Dengan harapan hukuman akan di hentikan.

Tapi sahabat2 yang lain terus kan gak... Akhirnya Sahabat tu pn meninggal dunia. Innalillah.. Sekurang2 nya dosa dia da terhapus dunia dan akhirat. Lepas tu Nabi bilang sama Sahabat2 yang lain, patut nya kalo dia dah tarik balik pengakuan tu, hentikan je la hukuman. 

Tengok tu,  kasih nya Nabi pada Umat. Nabi tak mahu pun org mengaku dia ada buat Zina. Kalo dah berdosa tu, pandai2 la bertaubat sendiri. Islam tak anjurkan suruh kita sibuk2 nak hebahkan keaiban diri sendiri. Dah berani buat dosa, berani lah menghadap Allah di akhirat nanti.

p/s: Agak2 lepas ni ada tak tetibe sorang budak kecik dtg mengaku cakap DSAI buat sexual harassment kat dia??? Ahh Sudah!! Paedophile la pulak....
 

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines