[Disclaimer: Artikel ini ditulis oleh seorang Pegawai Dietetik dan maklumat adalah berdasarkan sumber yang disahkan.] Salam Ramadhan semua! Akhirnya FH kembali bertugas di Puncak Alam selepas 5 bulan di Hospital Sultanah Aminah. Sepanjang attachment FH di sana, FH jumpa beberapa orang patient yang terlibat dengan pembedahan di kawasan perut ataupun bahagian rahim. Juga ada beberapa pertanyaan berkenaan diet atau sebarang pantang makan selepas bersalin. Jadi FH buat keputusan untuk tulis entri berkenaan; PANDUAN DIET SELEPAS PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY/LAPAROTOMY 1-7 hari selepas pembedahan 1. Kebanyakan pesakit lebih mudah menerima makanan lembut jadi anda boleh makan makanan seperti; Bubur Nasi / Nasi Lembik di makan dengan sup Lauk; Ayam yang dipotong kecil-kecil ataupun ikan Oat masak Karot/Kentang Lenyek Sayur-sayuran yang direbus Buah-buahan lembut seperti pisang dan betik (Ini juga bagus kalau nak elak sembelit) 2. Anda mungkin tidak mampu menerima ...
Salam readers! Dah dekat sebulan sejak kali terakhir FH tulis dalam blog ini. Sebenarnya 20 November hari tu, FH baru saja melalui pengalaman luar biasa yang orang melaluinya sahaja akan mengetahui. Jadi FH nak kongsi dengan pembaca supaya kalau nanti pada masa depan, boleh jadi lebih bersedia. Insya Allah. Pembedahan Laparoscopy. Apa tu sebenarnya? Memang tak ada langsung unsur kopi di situ. Laparoscopy ni adalah satu prosedur pembedahan menggunakan teknik tebukan pada kulit. Yes. Tebukan lubang (keyhole) pada anggota badan, selalunya bahagian abdomen (kawasan perut) atau kawasan peranakan wanita. Laproscopy ni boleh dilakukan samada untuk memeriksa sebarang abnormalities di kawasan tersebut ataupun untuk merawat jika ada sebarang cyst atau ketumbuhan. Selepas tebukan dilakukan, tiub akan dimasukkan di dalam lubang. Satu lubang, akan dimasukkan kamera kecil supaya semua yang terlibat boleh tengok ikut skrin. Satu lubang lagi, akan dimasukkan alatan untuk memeriksa ...
Salam readers! Bagaimanakah Ahad kalian? Minggu ni FH baru sahaja menjalani Program Transformasi Minda sebagai salah satu syarat pengesahan jawatan. Dalam 5 hari ni banyak juga la yang FH belajar peraturan sebagai seorang penjawat awam yang mendukung misi dan visi kerajaan dan secara lebih spesifiknya, UiTM. Like... Seriously. FH seorang penjawat awam? This is serious. OMG. Sebenarnya kali ni FH nak cerita serba sedikit mengenai kerjaya Pegawai Dietetik yang FH dah ceburi selama 3 tahun ni. Sebelum tu FH kerja sebagai Nutritionist sekejap so tak boleh la nak kira sebagai pengalaman. Well, masa tahun 2006, hampir 10 tahun lepas masa mula-mula FH ambil course ni di UPM, dalam 20 orang hanya seorang yang tahu apa itu Dietitian atau Dietetik. Muka berkerut, geleng kepala tanda tidak tahu apo bondo tu. Even doktor pun (especially seniors) masih tak dapat membezakan fungsi Dietitian dan Nutritionist. Tapi Alhamdulillah sekarang ni bila sebut je kebanyakan respon nya...
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...