Posts

Showing posts from December, 2015

Perenggan akhir dalam 2015

Image
Salam readers! OMG! Hari ini dah 30 Disember 2015!!! Bermakna kita dah melalui 355 hari dalam tahun ini dan esok tinggal sehari lagi dalam tahun Masehi 2015 ini. Bila FH cuba review balik kehidupan FH dalam tahun ni kan, rasanya banyak benda awesome yang terjadi. Walaupun beberapa perkara mungkin sesuatu yang tak sangka akan jadi, tapi ya! Ia terjadi juga. Rasa awesome sangat. Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga 2016 mendatangkan kebaikan kepada kita. Meskipun sesuatu perkara tu membuat kita sedih, tapi mana tahu jadi perkara yang lebih bermakna? Keep the positivity ya??? Wassalam.....

10 perkara yang melanggar budaya orang Korea

Image
Salam Readers! Bagaimanakah perancangan weekend anda? Kali ini FH nak share sesuatu yang bertemakan Korea. Artikel ini asalnya diterbitkan dalam Surat Khabar Tabloid "Al-Korea" yang mana Hassan menjadi Editornya. Ingat lagi tak Hassan yang ada dalam entri FH hari tu?  (Boleh rujuk sini) .  Artikel itu asalnya berbahasa Inggeris jadi FH ambil intipatinya dan terjemah ke dalam Bahasa Malaysia. 10 perkara yang melanggar budaya orang Korea #1 Duduk di tempat duduk orang tua (reserved seats) dalam Subway. Haaa... ini memang NO NO NO. Bercakap pasal benda ni, sebenarnya FH pernah kena marah dengan satu Ahjussi ni masa tu sebab FH duduk dekat tempat yang telah dikhaskan untuk orang tua dan orang kurang upaya. FH mana lah tahu kan, dah penat sangat masa tu. Berjalan dan berdiri lama. Sekalinya kena halau. (^__^)" #2 Terima barang dengan satu tangan. Kalau beli barang ke, atau ambil barang dengan sesiapa sahaja, kena sambut dengan kedua-dua ...

Resolusi 2016

Image
Salam Readers! OMG sekarang dah bulan dua belas! FH rasa tahun ni lah antara tahun yang paling pantas berlalu dek kesibukan yang semakin menjengah dalam kehidupan FH ni. FH tak dapat bayangkan kalau FH ni seorang pemimpin atau businesswoman ke, mesti lagi busy kan? Bila sebut je tahun hadapan, perkara pertama terlintas dalam fikiran FH ialah, usia yang meningkat. Sadly but true. Tahun depan FH umur 29 tahun. Seriously? Masa FH kecil dulu, selalu bayangkan orang umur 29 tahun ni seorang yang dah settle dalam kehidupan dan matang. Well, maybe proses kematangan seseorang itu bergantung juga kepada pengalaman hidup dia. Kalau hari ini, FH duduk di sebelah seorang perempuan yang lahir sama tahun dengan FH tapi dah ada dua orang anak, mesti FH rasa macam sangat kerdil dan tidak terbanding dengan dia sebab dia dah lalui pengalaman hebat sebagai seorang isteri dan ibu. Bila sebut pasal tahun baru juga, apakah resolusi FH? Well, firstly FH nak umumkan yang now official...