Posts

Showing posts from 2014

Mampu ke FH habiskan Master?

Image
Salam semua! Salam Jumaat.. Hari ni FH nak share sesuatu buat anda semua pembaca blog yang tak seberapa ni yang FH akan sambung belajar Master di UIA hari Ahad ni! Excited sangat okay! Excited bercampur gentar bercampur lidah kelu untuk berbicara. Cewah! FH sebenarnya macam risau sikit sebab FH tak pasti lagi macam mana perjalanan Master ni, adakah akan dipenuhi liku liku onak ranjau dan duri, (apa benda onak dan ranjau tu sebenarnya ea?) Haha. Btw, tarikh 26 Oktober ini tersangat mendebarkan FH.  Jadi FH cuba mengalihkan tenaga FH kepada sesuatu yang lain contohnya, Baju apa FH nak pakai hari Ahad ni? atau... Baju tu nak padan kan dengan kasut apa? atau.. Bersemangat untuk majlis perkahwinan Izati kawan FH kat Kemaman esok. Baju apa, tudung apa, dan pakai siap-siap dekat inai 10 jari kaki dan tangan. Tangan FH guna inai red, Kaki FH guna inai red orange. Hahahaha Well, sometimes, kita memang perlukan sedikit distraction supaya kita dapat mengurangkan tekan

Mimpi Nan Indah

Salam Isnin semua! Hari ni FH nak bercakap pasal mimpi. Rasanya FH pernah cerita sebelum ni pasal mimpi FH yang selalunya rasa tersangat nyata sampai FH keliru samada FH sedang bermimpi atau melihat ramalan masa hadapan. LOL. Ini memang betul serius. Atau adakah Syaitan sedang melakukan 'Inception' ke dalam mimpi FH oleh kerana itu kita selalu terbuai dengan mainan Syaitan ini? Mimpi bagi FH ada dua jenis. 1) Satu yang menenangkan kita kerana memberi harapan mengenai perkara-perkara indah. 2) Yang penat. Bila bangun dari tidur rasa letih sangat. Contohnya mimpi kena kejar dengan gangster. Ya. FH pernah mimpi macam tu dan memang giler penat. Hahaha. Sejak akhir-akhir ini bila FH rasa down kerana kes gagal dalam percintaan, FH selalu prefer dapat mimpi indah supaya sekurang-kurangnya bila bangun tidur dapat lah bangun dengan semangat. Kadang-kadang tu dalam mimpi la FH dapat rasai perasaan yang bahagia. Well, benda-benda macam ni memang boleh jadi penghibur untuk or

Terus berdoa kepada Tuhan atau tidak?

Image
Assalamualaikum semua Harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. FH selalu berdoa atau dalam ertikata lainnya meminta kepada Allah bila FH mahukan sesuatu. Apa yang FH sedar sejak akhir-akhir ini ialah, FH selalu bising dan katakan yang FH nak berkahwin dalam masa terdekat tapi sebenarnya perkara itu bukan datang dari hati kecil FH sendiri.   Selama ni kan.. FH selalu doa macam-macam dekat Allah. Alhamdulillah, jika FH doa betul-betul Allah memang tunaikan permintaan FH tu.Jadi bila sebut pasal perkataan K itu, FH jadi ragu-ragu untuk betul betul berdoa. FH khuatir dan takut kalau nanti bila FH betul-betul kahwin, rupa-rupanya apa yang FH nak itu tak sesuai untuk FH. Pernah kan dengar ungkapan.. Apa yang kita nak itu tak semestinya yang sesuai untuk kita. Jadi FH ragu-ragu samada FH sesuai untuk berkahwin. Iyalah kita sendiri lihat betapa banyaknya permasalahan rumah tangga sekarang. Kadang-kadang FH jadi paranoid dan kurang yakin yang ada individu di lua

Sewaktu saya berumur 17 tahun (When I was 17 years old)

Image
Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua lepas raya??? Hari ini baru FH sedar yang FH dah berusia 27 tahun. Kadang-kadang bila kita terleka melalui kehidupan seharian, kita tak perasan tentang masa yang berlalu pantas dan yg sebenarnya dah semakin meningkat dewasa. FH sekarang lebih dekat dengan umur 30 berbanding umur 20 tahun. Ini adalah sesuatu yg mengejutkan! LOL. Bila FH fikir kembali....  Adakah FH sebenarnya ada perubahan?  Jadi jalan terbaik ialah buat perbandingan antara FH semasa umur 17 tahun... dan 10 tahun selepas itu iaitu sekarang. Pekerjaan Idaman Sewaktu saya berumur 17 tahun... Saya nak jadi arkitek/lawyer Bila saya umur 27 tahun... Saya seorang Pegawai Dietetik Warna  Sewaktu saya berumur 17 tahun... Hijau Epal. Tiada toleransi terhadap warna lain. Bila saya umur 27 tahun... Masih Hijau Epal, ada tambahan warna lain seperti coklat, dusty pink. Makanan  Sewaktu saya berumur 17 tahun... Ketam masak lemak cili api.  Bila saya umur 27 tahun

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Image
[Disclaimer: Artikel ini ditulis oleh seorang Pegawai Dietetik dan maklumat adalah berdasarkan sumber yang disahkan.] Salam Ramadhan semua! Akhirnya FH kembali bertugas di Puncak Alam selepas 5 bulan di Hospital Sultanah Aminah. Sepanjang attachment FH di sana, FH jumpa beberapa orang patient yang terlibat dengan pembedahan di kawasan perut ataupun bahagian rahim. Juga ada beberapa pertanyaan berkenaan diet atau sebarang pantang makan selepas bersalin. Jadi FH buat keputusan untuk tulis entri berkenaan; PANDUAN DIET SELEPAS PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY/LAPAROTOMY 1-7 hari selepas pembedahan 1. Kebanyakan pesakit lebih mudah menerima makanan lembut jadi anda boleh makan makanan seperti; Bubur Nasi / Nasi Lembik di makan dengan sup Lauk; Ayam yang dipotong kecil-kecil ataupun ikan Oat masak Karot/Kentang Lenyek Sayur-sayuran yang direbus Buah-buahan lembut seperti pisang dan betik (Ini juga bagus kalau nak elak sembelit) 2. Anda mungkin tidak mampu menerima

Rumus Di Hatinya: Romantika Hakase

Image
Tajuk Buku      : Rumus Di Hatinya Penulis             : Yoko Ogawa Penterjemah   : Normalis Amzah Halaman          : 210 muka surat No.  Resit         : RN000080868 (Melalui pembelian secara dalam talian) Melewati karya seperti ‘A Beautiful Mind’ dan Rumus Di Hatinya, juga beberapa drama bersiri seperti ‘Numb3rs’ dan ‘Touch’, nombor bukanlah suatu topik  yang mudah untuk dikupas. Pembaca mudah ketinggalan sekiranya perhatian lebih tidak diberi kepada setiap rumus yang dibentangkan penulis. Ia berdiri di atas satu garis nipis; samada menjadi sebuah karya yang mengkagumkan, ataupun hanya sebuah karya syok sendiri kerana mesej yang hendak disampaikan tidak berjaya difahami khalayak. Kata kuncinya apabila kita membaca karya sebegini ialah cabaran. Cabaran bermula jauh sebelum penulis merancang kerangka jalan cerita, seterusnya sewaktu beliau mulai menterjemah rumus yang telah dipilih, dan seterusnya untuk meyakinkan pembaca bahawa penyelesaian rumus itu benar-benar r

10 perkara tipikal dalam drama adaptasi novel Melayu

Image
Salam readers! Bagaimanakah dengan 4 bulan pertama anda dalam tahun 2014? Hari ni FH tergerak nak tulis mengenai Drama Adaptasi Novel Melayu. Dah jadi kebiasaan syarikat produksi menerbitkan novel popular dalam pasaran pembaca Melayu. Ada banyak kelebihan kerana novel best seller ni dah ada pengikut tersendiri dan sudah pasti pembaca nak tahu bagaimana novel bacaan mereka direalisasikan ke layar kaca. FH perhatikan, sejak 10 tahun yang lepas, khalayak pembaca Melayu disajikan dengan lambakan novel, yang hampir serupa jalan cerita dan pergerakan plot. Agaknya dah kering idea ke penulis novel Melayu ni ye? Kemudian trend itu berjangkit pula kepada syarikat produksi untuk menerbitkan drama adaptasi daripada novel-novel popular ini. Bagi FH menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Melayu itu bagus, kerana kita boleh lihat masyarakat berpusu-pusu ke Pesta Buku saban tahun demi mencari bahan bacaan. Tetapi bila kita lihat trend sebegini yang timbul, buat FH terfikir

Final Week for Phase I

Salam readers,. Remember that I told you that I am currently in JB for 20 weeks-long-out station? Now I am comfortably can say.. I am half way through it! Alhamdulillah.. This is the 10th Week for the first batch of students under my supervision. I must admit this 10 weeks were never easy. Every day I must be in control of the situation.. and face obstacles. I hope. Really hope that my 10 weeks is not a waste. I wish my students the best in their life. I have given my best, although I know I can do better, in this 10 weeks.. sacrifice a lot of things while also play a lot. That playing part sounds controversial. Hurmm.. By the way.. Life in this coming 10 weeks till end of June sounds promising. I am booked for every weekend!. Too busy to say busy. Haha. But what I realized is we must plan every thing we want to do, if we really want it to happen in our life. But in 101% of preparation, we must put 200% tawakkal to Allah. So readers, I am in the early phase of doing something

MH370: Story of Hope, Impatience and Fear

Image
Salam readers. Its 16 days, 7 hours and 30 minutes ++ since the most mysterious disappearance of a Boeing 777 in modern history. I find it disturbing every time I hear any speculations, theories, conspiracy theories, assumption, new findings, because till this very day, we don't know what happened to MH370. I am just one of the millions Malaysian, who affected by this state of ambiguity. I can't imagine how it goes for the families and next of kin. The pain is unbearable, I guess. Experts were mushrooming. We can see and read everywhere, so many people trowing their ideas in the pool. Us commoners might can't contain anymore the amount of aviation facts that were presented to us. Suddenly we learn about distress signal, radar technology, satellite, ATC Tower, and rules in cockpit. I myself, read almost every theory, to feed my hunger in knowing about the possibilities of MH370 whereabouts. I was like, Pass the Pop Corn please! So far, my highest respe

27 is a good number

For me all number are good number as long as me feel happy. From last birthday ( 3rd March 2013), a lot has happened. Full of tears..and joy. But more likely tears than joy. I feel blessed with all the occurrence and incidents. All those made me stronger and as part of building bricks that mold me today. Bricks are the incidents but the cement were faith that bind all pieces together to form a girl name Nurfarah Hanani binti Amir Hamzah. Is it age appropriate for me to call myself a girl? LOL. Did aging process made me turn into a Lady? I love every moment that happens even it breaks myself apart to cellular level. Couldn't ask for more but wishing for better future in the world and hereafter. Insya Allah. Amin...

Trip 3 hari ke Jakarta

Image
Salam readers! Kali ni FH nak cerita pasal trip FH dengan kawan-kawan ke Jakarta beberapa minggu lepas. Kami bertiga ke Jakarta dengan pesawat AirAsia. Harga masa tu agak murah la juga. Tiket pergi-balik cuma RM190 sahaja dari LCCT ke Soekarno Hatta Airport Terminal 3. Hari Pertama Kami bertolak hari Jumaat pukul 4.40 petang waktu Malaysia. Lebih kurang 2 jam lepas tu baru lah kita tiba di Jakarta. Kalau ikutkan, jam FH dah pukul 6.45 petang. Tapi disebabkan Jakarta lewat 1 jam dari Kuala Lumpur, waktu tempatan kira-kira 5.45 petang walaupun hari dah gelap dah. Lepas beratur panjang kat Imigresen tu, akhirnya kami dapat keluar ke lobi demi mendapatkan teksi ke hotel. Kami dah awal-awal tempah bilik di Hotel Amaris, Thamrin City menggunakan apps Booking.com . FH pun dah inform pihak hotel yang kami akan check-in lambat sikit jadi no rush untuk ke hotel. Sebab dah baca beberapa pesanan dari blogger pasal TAKSI yang jujur dan ikut Argo (Meter), kami cuma tanya dengan teksi comp