Posts

Showing posts from September, 2015

Cara FH Mengenali Diri Sendiri

Salam Readers!
Ini pagi 9 Arafah dan FH tak dapat tidur. Seriously. Jadi FH akhirnya ada mood nak tulis sesuatu selepas cuba tidur hampir 3 jam dan gagal. LOL.
Selama FH membesar dan cuba menjadi dewasa, persoalan ini selalu jadi topik yang berlegar dalam diri.
Adakah aku cukup matang? Adakah aku kenal aku siapa? Apa yang aku nak dalam hidup?
Bila pergi kursus motivasi ke, team building ke, mesti ada konflik dalaman bila trainer suruh tulis tentang diri sendiri.
Jadi dilemma tau sebab apa yang kita rasa diri kita tu, kadang-kadang tak sama dengan apa yang kita zahirkan kepada orang sekeliling.
Contohnya bila FH rasa yang FH ni pendiam. Tapi mesti kena gelak dengan kawan kawan sebab FH banyak cakap dengan diorang. Nampak tak dilemma yang dihadapi sekarang? Hehe. Diorang tak tau, dalam kepala FH ni lagi banyak perbualan berbanding yang FH borak dengan mereka.
Kenapa penting untuk kita kenal diri sendiri?
Kenapa bersungguh sungguh motivator suruh kita mengenalpasti potensi diri blablabla?
Bagi FH,…

Cereka Pendek bertajuk; Jam 5 pagi

Lampu terbuka.

Kunci dicampak ke satu sudut sofa. Kepalanya terasa berat dan hanya tidur yang mampu menjadi ubat paling mujarab buat masa ini. Tapi dia belum solat Isya lagi. Dia berkira-kira yang dia mahu tidur sejenak di atas sofa itu dan kemudian bangun semula untuk solat. Dia biasa buat begitu. Selalunya dia akan terjaga semula sekitar jam 3 pagi kerana sofa itu pun bukanlah selesa sangat untuk tidur nyenyak sampai pagi. Tiada masalah untuk melakukannya sekali lagi pada malam ini. Malaikat pasti akan mengejutkannya.
Dia terlelap.
Seketika tiada bunyi mahupun suara ataupun apa-apa yang kelihatan. Gelap gelita.
................
"Woi!!!!!!!!"
Matanya terbuka. 
Kenapa dia mendengar jeritan di malam hari begini? Jam di dinding dah menunjukkan pukul 5 pagi. 
Alamak! Dah hampir Subuh! Bergegas dia ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sambil dia mengambil wuduk dia mendengar bunyi bising lagi dari dalam bilik teman serumahnya. Jadi bunyi tadi bukan mimpi? Ini bukan pertama kali mereka be…

Pemahaman Tentang Konsep Jodoh

Image
Salam Readers!
OMG tanpa kita sedari lagi 2 minggu je Hari Raya Haji. Dulu Arwah Atok Batu Pahat (Haji Ab Rahman) pernah pesan kalau kita nak sambut Raya Haji, kita kena juga puasa sunat. Lagi afdhal katanya. 
Hurm... Bila FH nak start puasa sunat ni? Nanti lah kalau rajin. Apalah.. Sepatutnya kita kena adjust schedule kita ikut kehendak ibadat. Bukannya adjust ibadah mengikut kehendak schedule. (=__=)'
Hari ni FH nak tulis berkenaan Konsep Jodoh. Dulu kan sebenarnya FH memang suka tengok dan baca pasal Fairy Tales. Tapi bukan yang barat punya je. Boleh kata hampir setiap cerita lagenda masyarakat setempat FH suka baca. Habis buku lagenda ke, fairy tales ke FH dah hadam dah dekat dalam perpustakaan SRIAAG tu. Even cerita Barbie & ______ tu kebanyakan dah tengok dah.  Bukan apa, seronok baca perkataan "......and they live happily ever after".



Memang FH terpengaruh lah dengan frasa berhantu tu. Sampai la FH umur 21 tahun, FH percaya yang kalau kita berkenalan je dengan lel…

Bakat Menulis Ulasan

Image
Salam Readers!

Bagaimanakah hidup anda sepanjang Januari - Ogos yang lepas? 

Hidup FH so far Alhamdulillah dipenuhi dengan momen momen indah dan pahit yang boleh dijadikan kenangan. Rasanya selama ni FH tak pernah tulis kesudahan dalam novel-novel yang FH ulas sempena pertandingan Ulas Buku ITBM kan? 

Jadi semua nak tahu tak apa kesudahan kepada kisah penyertaan FH dalam pertandingan tu? OK, FH akan cerita satu persatu.

1) Tahun 2012

Tajuk Novel: Perempuan Nan Bercinta
Penulis : Faisal Tehrani
Link Artikel Ulasan: http://farahanani.blogspot.com/2012/05/review-perempuan-nan-bercinta-by-faisal.html

FH masuk pertandingan ini dengan tanpa pengalaman, gaya bahasa pun ntah apa-apa. Jadi tak hairan lah bila tersenarai sebagai pemenang. Walaupun begitu, ulasan FH menjadi hits dalam blog ni bila buku ini diharamkan KDN. Sehingga hari ini, 6292 pembaca dah klik dan baca ulasan ini. Jadi ia jadi kejayaan peribadi buat FH bila dapat berkongsi rasa dan pendapat dengan para pembaca yang lain. Tapi ada juga…