Sunday, January 1, 2017

Tahun 2017

Salam readers!

Bermula bab dua ribu tujuh belas.
Dua ribu enam belas bermula dengan satu status dan berakhir dengan status yang sama juga.
Masih bergelar pelajar dan pengajar dalam masa yang sama.
Pendek kata, FH yang sama dengan sedikit perbezaan mengenai pandangan terhadap kehidupan.
Oh, ada tambah beberapa kilo otot dan tolak beberapa kilo lemak.

Salam Tahun Baru.

Wednesday, December 21, 2016

Martabat wanita yang telah berkahwin

Salam Readers,

Seperti yang kalian tahu, FH masih bujang dan belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Bila kita diletakkan dalam situasi begini, FH berpeluang memerhatikan sikap manusia terhadap wanita bujang.

Masyarakat Melayu kita ni, memandang tinggi kepada wanita yang telah berkahwin. Kalau dah kahwin, kira dia dah dianggap berjaya. Selagi masih bujang, itu dianggap satu masalah. Berkerut, menggeleng dan memberi respon, cerewet sangat kah memilih suami?

Kadang-kadang FH rasa, adakah bila kita dah kahwin ni, kita naik taraf seperti para wali?

Disaat lafaz akad nikah disaksikan 2 saksi dan para tetamu, seolah-olah tertutup sudah segala pintu dosa dan peluang maksiat. Hanya rahmat yang diberikan kepada insan berkahwin.

Satu perkara lagi, seperti kalau dah kahwin tu, dah boleh mati dengan aman. Kenapa masyarakat penting kan semua itu? Alhamdulillah FH tidak pernah ditekan oleh keluarga untuk berkahwin. Mungkin sebab tiada pasangan lagi jadi FH terselamat di sini. LOL.

Tapi begitulah hakikatnya. Wanita bujang barangkali tidak layak ke syurga. Wanita yang berkahwin lewat tidak mulia. Wanita bujang menjadi sasaran penilaian manusia. Dalam setiap tindak tanduknya, bila tersilap langkah akan di kata, oh sebab tu la bujang lagi. Begitu dan begini.

Bosan la macam ni. Ramai kawan-kawan FH selalu jadi sasaran manusia yang laju je menilai. Apa kita ni jadi beban masyarakat ke bila masih bujang?

FH rasa tak perlu sebut masalah berjela orang yang dah berkahwin. Kebenarannya ramai yang tahu orang dah kahwin juga ada beribu-ribu masalah tersendiri tapi tak sedar-sedar juga mana isu yang lebih penting.

Ini patutnya masuk IIUM Confession ni. Haha.

p/s: alhamdulillah, proposal FH dah lulus. Boleh teruskan research. Doakan FH ye.

Sunday, October 30, 2016

Kenangan menjadi Panel Rancangan Assalamualaikum TV Al Hijrah

Salam Readers!

FH dah lama tak menulis di sini akibat kesibukan dan komitmen lain. Ada readers yang tonton FH di TV Al Hijrah tak hari tu? Hari tu FH dijemput jadi salah seorang panel dalam rancangan Assalamualaikum, dah 1 bulan dah, pada 1 Oktober yang lepas. Agak nervous juga lah FH masa tu dah la produser tu whatsapp pukul 10.30 malam sebelum tu sebab last minute dia kena cari pengganti kepada panel lain yang sepatutnya hadir. 

Mana ntah dia dapat nombor telefon FH. Jadi rezeki FH la dapat masuk TV. Hehe. Sebenarnya memang impian FH nak masuk TV pun. Tak malu kan FH mengaku yang selama ni berminat nak jadi pengacara rancangan tv. Tapi rupa tak ada. Bakat apa ntah lagi. Memang tak berpeluang dan tak ada keberanian lah nak rajin pergi ujibakat yang selalu diadakan tu.. Pernah sekali je pergi ujibakat rancangan, tapi tak berjaya. HAHAHA

Ia satu kenangan manis dalam hidup FH yang akan dikenang sampai bila-bila. Malam tu juga bila FH dah pastikan yang whatsapp itu bukan satu prank, baru FH war war kan kepada sahabat-sahabat terdekat dan famili rapat. Bukan apa, kang ramai2 orang tengok kang, makin berdebar FH. Mana tahu nanti ada tersalah cakap pula kat live tv, habis lah tercemar nama arena Dietetik seluruh negara. 

Tajuk yang diberikan ialah: Hari Kopi Sedunia. Like seriously???? FH dah la penggemar kopi. Jadi FH la orang yg paling tepat jadi panel kan? Jadi timbul keyakinan di situ bila diminta bercakap mengenai topik yang kita paling suka dan selesa.

Lepas tu FH minta 2 orang adik FH, si Nadia dan Ayuni jadi peneman. Sebenarnya nak bawa Ummi tapi Ummi kena urut si Arfah yang baru bersalin. Jadinya, bawa lah 2 orang budak kecik tu. Lagipun diorang memang suka benda-benda media macam ni. Call time FH sebelum pukul 8.30 pagi jadi FH kul 7.30 pagi dah keluar rumah sebab nak kena jemput Nadia kat UIA dulu. 

Dah siap2 dah pagi tu pakai baju raya sebab itu lah baju FH yang paling cantik tahun ni dan boleh buat ilusi nampak kurus. Hihi. Abah pukul 6 dah kejut FH dah suruh iron baju semua. Padahal malam tu FH tidur pukul 3 pagi kot sebab study pasal tajuk yang akan dibincangkan. Baju tudung semua dah siap iron dah.

Sampai-sampai je kat studio TV Al Hijrah dalam pukul 8.30 camtu, diorang suruh masuk bilik mekap dulu untuk touch-up. Tapi sebenarnya FH dah siap dah mekap letak eyeshadow bagai. Tapi dia letak lagi bedak bagi berseri. Segalanya rasa pantas sangat.Tup tup produser suruh masuk ke set. Lagi 5 minit slot FH bermula. Diorang panggil slot tu sebagai blok. Haaa dah tahu dah sikit-sikit latar belakang pembikinan sebuah show tv. Boleh la lepas ni jadi pengacara tv pula. #berangan

Gambar sebelum rancangan bermula. Dari Kiri, Ayuni, Farah Deeba, Raja Farah, Nadia, dan FH
Show pun bermula. Adoi agak gabra nak jawab apa tapi FH buat buat cool aja. Dalam kepala tu set yang I have to behave I have to behave. Sampaikan kawan kata FH terlebih sopan. HAHA. Sampai tak cam FH ke tu yang sopan sangat tu dalam tv. Haaa baru depa tahu FH ni reti tau jadi wanita ayu dan sopan. Sebab selama ni perangai tak semenggah sangat kan. Ini baru depa nampak versi FH yang menjaga kelakuan.

Mulut terbuka sebab ini gambar masa bercakap. LOL.
Agak lama la juga FH dalam slot depa ni. 30 minit rupanya. Ada 4 panel so gilir-gilir la menjawab soalan oleh 2 orang pengacara tu. 


video


Sebaik sahaja habis rancangan, Kak Faradeeba beri feedback yang dia faham semua penjelasan dan jawapan FH. Alhamdulillah. Sebagai seorang Dietitian, perkara paling penting ialah orang faham dengan penerangan kita tentang topik berkaitan. FH bersyukur sangat takde tersasul sangat. Dah la kena bercakap Bahasa Melayu penuh kalau boleh. Padahal semua nota FH yang FH baca ialah Bahasa Inggeris. Jadi kena tune otak supaya tidak tersasul sebut dan sebutan BM kena betul dan jelas. 

Habis je show kena lari pergi komitmen lain pula di Puchong. Tapi sebenarnya FH sakit kepala yang teramat. Alhamdulillah berjaya memberikan yang terbaik. Asalkan kawan-kawan bagi feedback positive cukup lah. Okay lepas ni boleh self-proclaimed diri ini sebagai selebriti tv. Hahaha. Kuat berangan FH ni. 

Satu gambar kenangan sebelum balik. Betul tak FH cakap, baju ni cantik dan buat kita nampak kurus? Hehe




p/s: FH kena start tulis chapter 2 dan chapter 3 sebenarnya. Supervisor dah minta sebulan dah. #prayforFH please.


Tuesday, September 13, 2016

Rasa

Aku melutut kepada kisah silam
Yang lebih nyata daripada masa depan.
Perihal perasaan yang masih tebal
Mencucuk cucuk jiwa untuk berpatah kembali dari jendela
Kerana fajar terlalu menyilaukan
Lalu aku menyarung selimut hari semalam

Setiap langkah ke hadapan
Membawa kembali ke halaman itu
Di hari aku kenal empunya nama
Di hari aku sedar ku punya rasa
Di hari aku letakkan hati di atas meja
Di hari aku buka peti simpanan
Di hari aku lontar dan simpan semula
Halaman ku kini lusuh
Kelabu.
Hambar.
Gemuruh
Longlai
Mengharap senja lekas betamu


FH, kala ini.