Posts

Showing posts from November, 2019

Perasaan Jadi Seorang Ibu

Image
Salam Readers! Tanggal 12 September 2019 yang lepas, secara rasminya, FH bergelar seorang Ibu! Tak dapat digambarkan bagaimana, sebab macam-macam dah jadi. Sejak disahkan pregnant masa awal tahun, Abah FH meninggal dunia di Madinah. Jadi somehow I cannot focus on my pregnancy. Alhamdulillah, masa mengandung, tak ada komplikasi, dan boleh kata tak ada alahan langsung. Cuma satu je, penyakit malas yang teramat sangat. Haha. Macam kata orang, kalau mengandung mudah, bersalin nya susah. Agaknya dah jadi satu doa, proses bersalin memang susah. Ujian oh ujian.. Proses Pra Bersalin Kami ke PPUM pada asalnya kerana perut FH tiba-tiba mengeras pada hari Ahad tu. Bila doktor buat VE, sudah ada bukaan 1 cm. Jadi FH admitted sahaja ke dalam wad. Sehinggalah hari Selasa di mana ia masih 1 cm. Doktor pun buat keputusan untuk induced dan beri masa 24 jam untuk ada bukaan. Pada pagi hari Rabu, telahpun ada bukaan sebanyak 3 cm. Jadi doktor terus masukkan FH ke dalam labour room d