Posts

Showing posts from March, 2016

Benarkah suami tanggung dosa isteri selepas berkahwin?

Image
Assalamualaikum wbt.
Wahai readers, saya terasa terpanggil menulis ini selepas banyak hujah dari kaum Adam yang mengatakan mereka perlu menanggung dosa si isteri selepas berkahwin jadi isteri tiada hak untuk meminta itu ini. Jadi saya cuba buat kompilasi yang ditemui dalam internet mengenai perkara ini. Nanti ada masa akan update lagi jika ada bahan terbaru.
Saya bukanlah orang alim tapi saya cuba membuat kesimpulan daripada beberapa hujah yang saya temui. Tak banyak sebenarnya laman web Islam yang mengupas tentang isu ini. Mungkin menganggap ini remeh tapi inilah hujah paling kerap digunakan lelaki Melayu bila berbicara soal perkahwinan. 
Ini ialah soal patriarki dalam dunia Melayu yang sekian lama menganggap lelaki adalah selalunya lebih dominan daripada wanita. Wanita dianggap suatu komoditi yang beralih tangan bila sebaik sahaja akad nikah berlangsung. Alhamdulillah... Saya terjumpa beberapa artikel yang agak menarik yang menggunakan nas dan dalil.
Artikel Pertama: Ustaz Noramin Boleh…