Posts

Showing posts from June, 2016

Elhana dan Zakuan, Bab 5

Bab 5             “I ada satu pengakuan”             Kata-kata Elhana itu membuatkan Ilhami berhenti menaip. Telefonnya diletakkan di atas meja dan perhatian diberikan sepenuhnya kepada gadis di hadapannya itu. Pasti ia sesuatu yang besar. Wajah Elhana nampak serius. Tak mungkin serius sangat. Dia menahan tawa.             “Hari tu, Zakuan jumpa I.”              Tawa Ilhami kendur. Dia menyandarkan bahunya ke kerusi, menyilangkan tangannya memeluk tubuh.             “Zakuan? Dia nak apa?”             “Berbual kosong. Tanya khabar, perkembangan diri”             Ilhami berkerut. Bagaimana mereka sampai boleh keluar bersama? Pasti ada beberapa detik di mana mereka berhubung menerusi telefon dan kemudian membuat temujanji untuk bertemu di kafe. Sudah berapa lama perhubungan ini berjalan tanpa pengetahuannya? Perasaan curiga mulai menebal dalam hati Ilhami. Cemburu juga kerana Zakuan cinta pertama Elhana.             Elhana boleh lihat prasangka yang sedang bersara