Posts

Showing posts from December, 2016

Martabat wanita yang telah berkahwin

Salam Readers,

Seperti yang kalian tahu, FH masih bujang dan belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Bila kita diletakkan dalam situasi begini, FH berpeluang memerhatikan sikap manusia terhadap wanita bujang.

Masyarakat Melayu kita ni, memandang tinggi kepada wanita yang telah berkahwin. Kalau dah kahwin, kira dia dah dianggap berjaya. Selagi masih bujang, itu dianggap satu masalah. Berkerut, menggeleng dan memberi respon, cerewet sangat kah memilih suami?

Kadang-kadang FH rasa, adakah bila kita dah kahwin ni, kita naik taraf seperti para wali?

Disaat lafaz akad nikah disaksikan 2 saksi dan para tetamu, seolah-olah tertutup sudah segala pintu dosa dan peluang maksiat. Hanya rahmat yang diberikan kepada insan berkahwin.

Satu perkara lagi, seperti kalau dah kahwin tu, dah boleh mati dengan aman. Kenapa masyarakat penting kan semua itu? Alhamdulillah FH tidak pernah ditekan oleh keluarga untuk berkahwin. Mungkin sebab tiada pasangan lagi jadi FH terselamat di sini. LO…