Posts

Showing posts from May, 2014

Rumus Di Hatinya: Romantika Hakase

Image
Tajuk Buku      : Rumus Di Hatinya Penulis             : Yoko Ogawa Penterjemah   : Normalis Amzah Halaman          : 210 muka surat No.  Resit         : RN000080868 (Melalui pembelian secara dalam talian) Melewati karya seperti ‘A Beautiful Mind’ dan Rumus Di Hatinya, juga beberapa drama bersiri seperti ‘Numb3rs’ dan ‘Touch’, nombor bukanlah suatu topik  yang mudah untuk dikupas. Pembaca mudah ketinggalan sekiranya perhatian lebih tidak diberi kepada setiap rumus yang dibentangkan penulis. Ia berdiri di atas satu garis nipis; samada menjadi sebuah karya yang mengkagumkan, ataupun hanya sebuah karya syok sendiri kerana mesej yang hendak disampaikan tidak berjaya difahami khalayak. Kata kuncinya apabila kita membaca karya sebegini ialah cabaran. Cabaran bermula jauh sebelum penulis merancang kerangka jalan cerita, seterusnya sewaktu beliau mulai menterjemah rumus yang telah dipilih, dan seterusnya untuk meyakinkan pembaca bahawa penyelesaian rumus itu benar-benar r