Posts

Showing posts from July, 2014

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Image
[Disclaimer: Artikel ini ditulis oleh seorang Pegawai Dietetik dan maklumat adalah berdasarkan sumber yang disahkan.] Salam Ramadhan semua! Akhirnya FH kembali bertugas di Puncak Alam selepas 5 bulan di Hospital Sultanah Aminah. Sepanjang attachment FH di sana, FH jumpa beberapa orang patient yang terlibat dengan pembedahan di kawasan perut ataupun bahagian rahim. Juga ada beberapa pertanyaan berkenaan diet atau sebarang pantang makan selepas bersalin. Jadi FH buat keputusan untuk tulis entri berkenaan; PANDUAN DIET SELEPAS PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY/LAPAROTOMY 1-7 hari selepas pembedahan 1. Kebanyakan pesakit lebih mudah menerima makanan lembut jadi anda boleh makan makanan seperti; Bubur Nasi / Nasi Lembik di makan dengan sup Lauk; Ayam yang dipotong kecil-kecil ataupun ikan Oat masak Karot/Kentang Lenyek Sayur-sayuran yang direbus Buah-buahan lembut seperti pisang dan betik (Ini juga bagus kalau nak elak sembelit) 2. Anda mungkin tidak mampu menerima