Posts

Showing posts from July, 2015

Pengurusan Hati

Salam readers,

Akhirnya weekend tiba jua. Sepanjang Ogos dan September Weekend FH penuh dengan aktiviti. Mungkin ini sesuatu yang baik. Sebab bila FH sibukkan diri, mungkin FH akan lebih dapat mengawal perasaan ini.

Dalam banyak-banyak urusan, bagi FH urusan yang paling sukar ialah urusan hati. Ia selalu menyebabkan manusia keliru dan berlaku banyak salah faham. Jarang sekali perkara yang dirasakan dalam hati dapat disampaikan dengan baik melalui percakapan. Kemudian ada satu lagi masalah bila hati yang mendengar tutur bicara yang bercakap, kadang kala boleh tersalah faham. Jadi kekal lah manusia itu dalam keadaan yang canggung.

FH sendiri selalu hilang punca bila untuk menyatakan perasaan sendiri. Mudah sahaja terpengaruh dengan keadaan orang sekeliling. Jika pendengar menampakkan respon yang FH harapkan, lebih yakin FH untuk melontarkan pemikiran. Tapi jika riak wajah yang dipamerkan bukan seperti yang FH inginkan, FH rela menelan kata-kata sendiri.

Kelakar bukan? Kawan kawan FH me…

Serpihan masa lalu

Salam readers.

FH tak dapat tidur. Sekarang dah 2 pagi. Yeah. Baru habis baca novel cinta dan Iced Butterscotch Latte buat darah ni masih mengalir dengan aktif ke seluruh badan. It's weird. Pagi tadi FH berjumpa dengan seseorang yang memetik kembali satu suis yang dah lama FH tutup. Suis MK.

Kesakitan itu datang kembali. Perasaan kehilangan yang buat kita serik untuk membiarkan diri kita tenggelam dalam emosi yang berbolak balik. FH serik. Tapi dalam masa yang sama FH mahukan lagi pengalaman itu.

Ia adalah satu pengalaman yang manis bila ada seseorang yang selalu bersama dengan kita. Seseorang yang kita boleh harapkan untuk memahami kita dan akan jadi #teamfarahanani dalam apa jua keadaan. Walaubagaimanapun, hubungan itu tidak sempurna kerana tidak berakhir dengan kesudahan yang sepatutnya. Dari kacamata FH seorang hamba yang lemah, FH terlupa kuasa Tuhan yang lebih hebat. Perancangan Allah itu lebih agung dan sesuai dengan kita walaupun kita merasakan kita dapat mengawal keadaan…