Posts

Showing posts from January, 2019

Salah Faham mengenai Depression

Image
Dah tahun 2019 ni, nampaknya ramai masih belum faham bahawa penyakit Depresi/Depresion itu adalah sejenis penyakit physiology. Dia sama je macam penyakit lain. Ada orang kena Diabetes, ada orang kena Gout, jadi tak boleh kata yang Depresi ni sebab lemah iman.

Ada banyak faktor risiko macam mana orang boleh dapat Depression. Antaranya:
Faktor Medikal 

1) Genetik

Ni macam biasa la, kalau dalam keluarga ada sejarah penyakit ni, boleh je kita dapat juga. Macam kalau mak kita ada Diabetes lepas tu masa kita pregnant, kita pula yang ada Gestational Diabetes.

2) Ketidakseimbangan Kimia dalam Otak

Ni secara lahiriah, boleh pula neurotransmitter yang fungsi bawa signal dalam otak tu, tak seimbang. Jadinya, dapat la penyakit ni.

3) Masalah tidur

Tidur kan dikaitkan dengan waktu rehat kita. Masa tu lah otak nak rehat dan reset balik badan kita untuk esok pula. Sel badan pun mengalami pemulihan masa kita tidur. Tapi bila tidur kita terganggu, boleh juga ada kes yang pesakit tu jadi Depress…