Posts

Showing posts from October, 2009

Kesangsian Pemikiran

Image
Dialog 1:
Ibu: Kakak.. Your father is going to meeting in East Malaysia. He's going with his boss, unmarried 30 year old lady.
Anak: OMG.. Is her prettier than you Mom?
Ibu: Your father have introduced her to me.. She's kinda chubby. 
Anak: LOL.. Just dont worry ya.. Everything's going to be fine.
Ibu: I know.. But I still feel uneasy. Anything could happen. 
Anak: Just call father often and say to him that you love him a lot.. Okay?


Dialog 2:
Kakak: Hey.. Whats up.. Our father is going to meeting with a single ladies. Only two of them..
Adik: Gosh.. Are they sitting next to each other in the flight?
Kakak: I dont know. But dont worry.. Mom said she's a bit chubby.
Adik: Just pray to Allah to protect our father than any bad things.. Okay?
Kakak: I do.. But our mom is getting very awry about this.. 
Adik: Hopefully nothing happen.


Dialog 3:
Suami: Dear, I'm going outstation for 1 week.
Isteri: 1 week? Why is it so long? I dont believe in you.
Suami: But why? You just being paranoid.…

Senarai 10: Rakyat Malaysia Wajib Pergi (p1)

Image
Siapa mengaku dia rakyat Malaysia?? Kalau belum pergi tempat2 ni baik jangan mengaku kerakyatan Malaysia.. Kalau tak dapat pergi semua pun.. Sekurang-kurangnya pernah pergi salah dua tempat2 yang ada dalam list ini.. Huhu... Wahai tetamu2 ku.. Berikut adalah senarai 10 dari ku mengenai "Tempat yang Rakyat Malaysia WAJIB Pergi".. Selamat Meneroka....

Nombor Satu:





Kompleks Lembah Bujang, Sg Merbok, Kedah

Candi@Surau@Rumah@Tandas?? Semuanya boleh jadi. Tapi yang pasti ia salah satu tapak ekskavasi terbesar di Negara kita yang masih lagi belum habis di teroka para arkeologi. Kebenaran tentang status sebenar kawasan itu dan agama penduduknya masih lagi jadi perdebatan para pengkaji sejarah, tapi kalau sampai sekarang pun kita tak pergi lihat secara dekat, kita jadi buta sejarah, beb. Piramid semua pakat nak lawat.. Lembah Bujang yang dekat ni dipandang sebelah mata jer.. Mai pakat pegi Lembah Bujang, pastu singgah beli ikan masin kat Tanjung Dawai, pastu boleh singgah makan Laksa ka…

Harta Karun Lezato [Part 8]

Bab 4: Harta Karun Lezato


“Jadi Mimi Larra memang tidak melihat kejadian pembunuhan itu berlaku?” Seorang anggota keselamatan kota yang beruniform menyoal sambil tulisan timbul di atas buku catatannya tanpa dia perlu menulis sendiri.
“Tidak.. Daku sedang berlatih vokal di bilik sebelah sementara Lezato sedang memberi makan kucing-kucingnya. Oh Tuhan.. Sekarang mereka tiada lagi penjaga yang baik hati..” Larra menyambung tangisannya.
“Mungkinkah ada kucingnya yang bertukar menjadi singa dan cuba mencederakan tuan mereka sendiri?” anggota keselamatan membuat telahan. Pernyataan dungu itu menimbulkan suasana yang tegang antara Larra dan anggota itu. Larra merasa geram dengan kebodohan anggota itu membuat tekaan. Tidak pernah dia berjumpa dengan anggota sedungu itu.
“Ente fikir kucing-kucing ini kucing jelmaan kah? Ente pergi dari sini. Daku tidak mahu lagi bercakap dengan dengan anggota bodoh seperti ente!” Larra menjerit ke arah anggota itu. Dia yang berbadan besar itu lantas menolak angg…

Exile by Khadijah Hashim

Baru sahaja menghabiskan novel yang sangat menarik ini. Saya fikirkan karya yang tajuk asalnya dalam BM iaitu Di Ruang mu Aku Di Sini telah diterjemah dengan cemerlangnya oleh Adibah Amin

Ini bukan novel baharu. Novel terjemahan ini sendiri bertarikh cetakan tahun 1995. Sudah lebih 10 tahun.. Hendak mencari gambarnya dalam google pun tidak ketemu.

Menelusuri helaian mukasurat dalam novel ini umpama melayari sebuah percutian di United Kingdom selama 4 musim. Saya amat menggemari novel-novel yang terperinci sebegini. Setiap perincian tentang apa yang berlaku di sekitar watak diceritakan dengan jelas. Terbayang bayang bagaimana kosongnya jiwa Yahya pada awalnya dan padang rumput yang meluas. Tiada sebarang rujukan sebenarnya untuk membayangkan rumah ladang di Scotland. Tapi hanya teringat pada gambar PAdang Rumput Prairie di semasa di buku Geografi tingkatan 3.

Yahya memang terasing di rantau orang walaupun hatinya milik keluarganya di Malaysia. Sarah seorang yang misteri dan berjiwa bebas…

Calon SUami dan Solat Jumaat

Hukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu ‘ain apabila berhimpun syarat-syarat sah sembahyang Jumaat itu.

Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (9)
(سورة الجمعة:9)

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

(Surah al-Jumu’ah:9)



Mengapa saya mengetengahkan isu ini kali ini?? Kerana saya amat kecewa baru2 ini apabila saya melihat ramai sekali lelaki Melayu yang dijamin agama mereka pastinya Islam kerana mereka tinggal di bumi bertuah Negeri Serambi Mekah.…