Posts

Showing posts from May, 2018

Nurani Tanah Melayu: Simfoni Jiwa Tanah Melayu

Image
Nurani Tanah Melayu: Simfoni Jiwa Tanah Melayu Alfred Russel Wallace (A.R Wallace), seorang ahli sains British, semasa membentangkan hasil kajiannya setelah berkelana selama 8 tahun di gugusan Kepulauan Melayu telah menyebut beberapa ciri-ciri orang Melayu dalam syarahannya di hadapan ahli Literary and Philosophical Society , di Newcastle pada tahun 1867. Ciri-ciri fizikal orang Melayu dinyatakan berkulit sawo matang, bertubuh kecil dan tegap, berkulit licin tidak berbulu, dan rata alis keningnya. Pakaiannya berkain hanya sekeping kain sarung baik lelaki dan juga perempuan, semuanya tidak beralas kaki. Makanan ruji orang Melayu ialah nasi. Bersenjatakan parang dan juga keris apabila berhadapan dengan ancaman. Perwatakan orang Melayu digambarkan sebagai orang yang tidak gemar mempamerkan perasaan. Perasaan yang dipendam kadangkala boleh meletuskan kejadian amuk apabila keadaan mendesak.   Begitu berkias dalam tutur kata namun gemar berbicara tentang kisah semangat hutan