Launching my new ventures: FH Cakap Apa on Youtube
Salam readers! Ya Allah lamanya tak menjengah ruang ini, dengan kesibukan tahun ini saya kerja di Hospital Sultan Ismail selama 10 minggu, dan juga pandemik yang tak berkesudahan ini. Jadinya baru-baru ini FH meluahkan perasaan kepada suami FH, yang FH rasa macam hidup takde pencapaian je. I mean, First saya takde bakat. FH rasa macam FH ni takde pencapaian hebat, dan contohnya kalau menulis pun, tak sehebat orang lain yang mampu memberi kesan kepada pembaca. Jadi MM tanya, apa yang FH suka buat? FH pun jawab lah, FH suka beri ulasan. You know, like ulasan tentang apa-apa pun. FH taknak lah ulas pasal diet je. Jadi MM cadangkan, apa kata buat YouTube Channel dan buat lah apa-apa perkongsian di situ. Ramai je orang buat sekarang, lepas tu MM tunjuk beberapa contoh yang MM selalu tonton. OH MY GOD I think I have found the place I can vent my only think I can do well... iaitu bercakap. Jadi esoknya terus FH buat sedikit adjusting kepada account YouTube sedia ada. Rupanya boleh ...