Jiwa Yang Terusik
Salam.. Bagaimana kah Hari Jumaat kamu? Malam tadi selepas menonton Ustaz Don menangis bercerita tentang Rasulullah.. Aku langsung terus tertidur.. Terlena bagai di dodoi oleh alunan suara yang merdu merintih merindukan Rasulullah. Terima Kasih Ustaz Don atas peringatan Ustaz itu.. Tak ramai orang kat Malaysia ni macam Ustaz.. Jadi guna kan lah peluang yang Ustaz ada itu dengan sebaik-baiknya.. Oh ya.. Bercakap pasal Ustaz Don.. memang tak boleh tengok rancangan beliau lama-lama.. Boleh bikin jiwa ini gusar.. Boleh buat jiwa ini jatuh cinta dengan Ustaz Don.. Jadi untuk mengelakkan fitnah, bila tengok rancangan Ustaz Don Daniyal.. Telinga je dengar.. Tapi mata kena pandang ke tempat lain.. Astaghfirullahalazim... ! Pei Pan kalau baca ni mesti nak mengusik cakap aku dah jumpa Imam Muda yang di cari.. Malangnya bukan begitu.. Saya belum jumpa lagi Imam yang sudi nak bimbing saya dan sudi take over tugas menanggung dosa-dosa saya daripada Abah saya......