Jiwa Yang Terusik
Salam..
Bagaimana kah Hari Jumaat kamu?
Malam tadi selepas menonton Ustaz Don menangis bercerita tentang Rasulullah.. Aku langsung terus tertidur.. Terlena bagai di dodoi oleh alunan suara yang merdu merintih merindukan Rasulullah. Terima Kasih Ustaz Don atas peringatan Ustaz itu.. Tak ramai orang kat Malaysia ni macam Ustaz.. Jadi guna kan lah peluang yang Ustaz ada itu dengan sebaik-baiknya..
Oh ya.. Bercakap pasal Ustaz Don.. memang tak boleh tengok rancangan beliau lama-lama.. Boleh bikin jiwa ini gusar.. Boleh buat jiwa ini jatuh cinta dengan Ustaz Don.. Jadi untuk mengelakkan fitnah, bila tengok rancangan Ustaz Don Daniyal.. Telinga je dengar.. Tapi mata kena pandang ke tempat lain..
Astaghfirullahalazim... !
Pei Pan kalau baca ni mesti nak mengusik cakap aku dah jumpa Imam Muda yang di cari..
Malangnya bukan begitu.. Saya belum jumpa lagi Imam yang sudi nak bimbing saya dan sudi take over tugas menanggung dosa-dosa saya daripada Abah saya...
Somewhere in Kedah. cant recall the place real name..
Ustaz Don telah mengusik spiritual part of me dengan tazkirah beliau.. Kerana beliau kelihatan sangat khusyuk menyampaikan peringatan buat penonton.. Sampai berair mata beliau cerita pasal kisah kewafatan Nabi. Cerita yang sama telah ku dengar berulang kali.. Tapi belum pernah se emosi begini..dan ia berlaku live di TV Malaysia!
Kalau ada penonton oversea yang tengok..mesti orang ingat semua orang kat Malaysia ni baik-baik..suci.. dan beriman.. Insya Allah! Daulah Islamiyah akan wujud di Malaysia suatu hari nanti..
Sebagaimana Ustaz Azhar Idrus yang telah mengusik praktikal part of me dengan penjelasan-penjelasan beliau kepada soalan yang di ajukan kepada beliau.. Seriously, soalan yang orang tanya dekat UAI (Huh,, nasib tak eja UIA) selalunya sangat kelakar. Tapi Ustaz rileks je dan slumber je jawab dengan jawapan yang praktikal tapi rasa macam kena ketuk dekat dahi.. Lol..
Sesungguhnya hati ini telah terusik..begitu juga dengan jiwa ku.. Aku sepatutnya kembali kepada Tuhan dengan bekalan amalan dan ingatan yang jitu kepada Allah dan Rasul-Nya.. Sesungguhnya ya Allah.. Aku belum bersedia....
Wallahua'lam..
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...