Nilai sebuah penghargaan
Salam kamu semua! Selepas Aidilfitri hari tu, FH dapat satu emel dari cik Syahirah wakil ITBM yang lebih kurang berbunyi begini, "Sukacita dimaklumkan saudari terpilih antara 10 pemenang terbaik Peraduan Ulas Buku ITBM" Huhh????? Masa tu rasa terkejut sangat macam nak melompat. Serius? Sungguh? Betul ke FH dapat hadiah nih? Lepas tu kena hadiri majlis pula untuk ambil hadiah tu.. Blurr sekejap. Tak sangka hasil ulasan FH mengenai buku Siddhartha terpilih kali ni jadi Top 10. Bagi FH yang sangat asing dari khalayak sastera, FH rasa tersangat seronok dan terharu menerima pengiktirafan daripada juri (dengarnya yang panel penilai tu sasterawan negara). Walaupun FH sebenarnya target nak dapat Ipad Mini iaitu tempat ke tiga. LOL. Majlis tu dibuat sekali dengan Jamuan Aidilfitri untuk semua orang, jadi bayangkan betapa ramainya orang yang datang. Dan tentunya yang datang tu semua khalayak sastera. Serius. Orang yang FH kenal masa majlis tu selain darip...