Trip 3 hari ke Jakarta
Salam readers! Kali ni FH nak cerita pasal trip FH dengan kawan-kawan ke Jakarta beberapa minggu lepas. Kami bertiga ke Jakarta dengan pesawat AirAsia. Harga masa tu agak murah la juga. Tiket pergi-balik cuma RM190 sahaja dari LCCT ke Soekarno Hatta Airport Terminal 3. Hari Pertama Kami bertolak hari Jumaat pukul 4.40 petang waktu Malaysia. Lebih kurang 2 jam lepas tu baru lah kita tiba di Jakarta. Kalau ikutkan, jam FH dah pukul 6.45 petang. Tapi disebabkan Jakarta lewat 1 jam dari Kuala Lumpur, waktu tempatan kira-kira 5.45 petang walaupun hari dah gelap dah. Lepas beratur panjang kat Imigresen tu, akhirnya kami dapat keluar ke lobi demi mendapatkan teksi ke hotel. Kami dah awal-awal tempah bilik di Hotel Amaris, Thamrin City menggunakan apps Booking.com . FH pun dah inform pihak hotel yang kami akan check-in lambat sikit jadi no rush untuk ke hotel. Sebab dah baca beberapa pesanan dari blogger pasal TAKSI yang jujur dan ikut Argo (Meter), kami cuma tanya dengan teksi comp