Trip 3 hari ke Jakarta

Salam readers!

Kali ni FH nak cerita pasal trip FH dengan kawan-kawan ke Jakarta beberapa minggu lepas. Kami bertiga ke Jakarta dengan pesawat AirAsia. Harga masa tu agak murah la juga. Tiket pergi-balik cuma RM190 sahaja dari LCCT ke Soekarno Hatta Airport Terminal 3.

Hari Pertama

Kami bertolak hari Jumaat pukul 4.40 petang waktu Malaysia. Lebih kurang 2 jam lepas tu baru lah kita tiba di Jakarta. Kalau ikutkan, jam FH dah pukul 6.45 petang. Tapi disebabkan Jakarta lewat 1 jam dari Kuala Lumpur, waktu tempatan kira-kira 5.45 petang walaupun hari dah gelap dah.


Lepas beratur panjang kat Imigresen tu, akhirnya kami dapat keluar ke lobi demi mendapatkan teksi ke hotel. Kami dah awal-awal tempah bilik di Hotel Amaris, Thamrin City menggunakan apps Booking.com. FH pun dah inform pihak hotel yang kami akan check-in lambat sikit jadi no rush untuk ke hotel.

Sebab dah baca beberapa pesanan dari blogger pasal TAKSI yang jujur dan ikut Argo (Meter), kami cuma tanya dengan teksi company BlueBird sahaja. Agak ramai juga yang menunggu khidmat BlueBird/Pusaka ni. Jadi sementara tu ramai driver/agent yang tanya kami dan cuba berikan harga tambang ke hotel.

Semua range antara 180,00 - 250,000 rp.

Sekalinya!

Ada orang tempatan tunjuk kat kami satu minibus kat tepi tu. Dia sebut: "Way Cheaper!"


Kami apatah lagi. Berlari la ke arah minibus yang ada tulis Thamrin City tu. Bila tanya tambang, sangat2 murah. Cuma 35,000 rp sahaja seorang. Terus melompat masuk.

Perjalanan hampir 2 jam lah jugak sebab masa kami sampai tu sedikit traffic jam disebabkan baru habis waktu bekerja.

Dalam pukul 9 malam, kami tiba di Thamrin City di mana di atas nya, terletak Hotel Amaris.


Alhamdulillah. Akhirnya kami tiba ke bilik hotel dengan selamat. Biliknya agak selesa. Macam mana gambar, macam tu lah suasana dalam bilik. Boleh dikatakan hotel 2 bintang yang agak lengkap fasilitinya.

Hari Kedua

Pengembaraan kami ke Jakarta sebenarnya bermula dengan idea menonton wayang di sana. Kawan FH, Yanti memang teringin nak tengok cerita Laskar Pelangi 2: Edensor. Nak tunggu masuk Malaysia mungkin lambat lagi atau kena tunggu CD. Jadi kami terus tekad, beli tiket flight dan hotel.

Kami plan nak tengok wayang di Grand Indonesia Mall, yang cuma 200m dari hotel kami. Malangnya, di pawagam Cinema21 yang ada kat dalam GIM tu, dah habis tayangan dah. Punya lah sedih dan kecewa sebab target cari hotel kat situ, sebab nak dekat dengan GIM. Tapi ada hikmah juga kami duduk hotel situ, kejap lagi FH cerita.

Oleh itu, kami tekad lagi sekali. Gamble je pergi cari wayang yang masih menayangkan Edensor. Paling dekat ialah Blitz Megaplex, Mall of Indonesia (MoI) di kawasan Kepala Gading Square.


Perjalanan lebih kurang 20 minit, dan cuma 60 ribu rp (termasuk 'diskaun' iaitu tips kepada driver) dengan menaiki Taksi Bluebird/Pusaka dari Thamrin City. Driver teksi kami orang Minang dan sangat berbangga dengan keturunan Minang. Siap dia claim, orang Minang yang bina Singapura dan ramai orang kaya di Indonesia ialah orang Minang. Memang FH tak tahan gelak ok bila dia pasang CD lagu Minang kerana dia nak suruh FH dan kawan-kawan dapat feel berjalan di Jakarta sambil dengar lagu Minang.

LOL.

**Laskar Pelangi 2: Edensor**

Alhamdulillah, akhirnya kami dapat juga beli tiket wayang.


Bagi FH cerita Edensor ni agak deep la juga. Penghayatan pelakon memang tinggi dan skripnya banyak pengajaran dan terasa macam diri ini dinasihati. 


Paling touching dan FH menangis masa Ikal rindukan Ayah dia dan dia tidur sambil peluk kain pelikat Ayah dia.. Arghhhh.. Memang touching. 

Last FH nangis masa tengok movie ialah masa scene cerita ni. (Lol)

Habis je tengok wayang, FH dan kawan-kawan pulang ke Thamrin City. Kali ni ada macet (traffic jam) sikit jadi lebih 30 minit baru kami sampai Thamrin City. 

**Shopping. Pengsan. Shopping Balik**.

Masuk je ke kawasan Thamrin City, *Pengsan* @___@

Seriously harga dia... Sampai buat rasa bersalah kalau tak beli sebab murah sangat!

Kat Thamrin City ni, dia kawasan pakaian siap, kalau nak beli kain bahan sila ke Tanah Abang Blok A, kerana di sini semua baju siap. Kalau ada pun kain batik atau kain tenun di Pusat Batik. Sila rujuk di sini untuk penerangan lanjut tentang Thamrin City sebab FH totally speechless dan hanya meneruskan shopping.


@____@

Selepas Maghrib, kami menapak ke Grand Indonesia Mall, tapi sebelum tu singgah sebentar di Van yang menjual ini. 

Yummy!!

FH tak tahu harga di Bandung berapa tapi di situ, harga sebiji Brownies sekitar 35 ribu-75 ribu rp.

**Grand Indonesia Mall**



Lihatlah betapa gah nya tempat shopping orang-orang terlebih kaya Indonesia.

Kat sini FH sempat singgah ke Kinokuniya dan rasa nak menangis tengok novel English hanya berharga sekitar RM25-35 sahaja. FH juga dapat perhatikan banyak karya yang asalnya bahasa asing di terjemah sepenuhnya ke Bahasa Indonesia. Agak respect la juga dengan effort para penterjemah Indonesia ni. Habis semua karya fiksyen dan non-fiction diterjemah. Bila tengok front cover, Bahasa Inggeris, bila bukak jer dalam tengok isi, Bahasa Indonesia. LOL.

Rupa-rupanya masih hujan lebat di luar masa kami nak balik hotel, jadi kami tunggu sekejap di lobi. Haaa.. Masa ni lah FH ternampak adegan sedih yang akan FH ceritakan di entri yang lain. Tunggu yer. :)

Hari Ke-Tiga  (Nak balik dah..)

Flight kami pukul 3.30 waktu tempatan Jakarta, tapi kami decide gerak awal ke Bandara (Bandar Udara), dalam pukul 11 kami dah gerak sebab khuatir macet dan takut lambat check-in. Kami ni memang macam ni sikit kalau bab-bab naik flight. Rela sampai awal dan tunggu lama di Airport dari rushing dan terlepas kapal terbang. 

Approaching the Bandara

Kami takut ada macet. Tapi rupanya bila hari Ahad, tak ada macet jadi dalam sejam dah sampai airport dah. Fuhh.. Lega betul bila dah sampai airport. FH sebenarnya beli 25kg, tapi rupanya total beg FH tak sampai pun 20kg. Jadi apa lagi, sekali dengan hand luggage la masuk baggage. 

Dan akhirnya kami tiba di LCCT dengan selamatnya. 

Alhamdulillah.

Berikut disenaraikan jumlah perbelanjaan FH selama di sana. Tidak termasuk shopping. ("__")

Perkara
Perbelanjaan oleh
Rp
RM
Tambang
 - Kapal Terbang Air Asia (Pergi Balik)
   KL Sentral-LCCT

Seorang





190.00
10.00
 - Damri Minibus
   Bandara – Thamrin City
 - Teksi Blue Bird/Pusaka
   1) Thamrin City – MoI
   2) MoI – Thamrin City
   3) Thamrin City-Bandara

Seorang

3 orang



35, 000

60,000
60,000
140,000






 - LCCT – KL Sentral
Seorang

10.00
Penginapan
Hotel Amaris Thamrin City (2 malam)
Satu malam 450,000 rp

3 orang

900,000

Jumlah

1,195,000
210.00

Harap-harap dapat membantu kalian lah yer.  *__*

Comments

  1. Salam

    TQ. Byk tips especially naik Damri minibus sbb sy akan stay di Amaris jugak. This time malas nak hire supir.

    Boleh saya tanya dari Amaris Hotel ke Airport, on the last day tu naik taxi jugak kan? Harga Rp140 ribu ke?

    Harap dapat memberi jawapan.

    TQ :)

    ReplyDelete
  2. Wslm.

    Yer. Kami naik Teksi. Ikut meter, harga nya kurang dari 140 ribu rupiah sebab kami genapkan sekali untuk tips kepada driver.

    Selamat melancong... :)

    ReplyDelete
  3. Salam. FH book Hotel Amaris Thamrin kat website apa? Sy book x dapat harga FH dapat tu.

    ReplyDelete
  4. Wah pasti pengalaman yang indah ya :)

    [Java Scuba out door sport]
    Mau Ikut Cave & Shower Climbing?. . . .
    SERU LHO...!!!!!

    Ayo Buruan Gabung.
    jangan lupa ajak teman2 kalian , makin banyak makin seru lho.!!!

    info lebih lanjut hubungi:
    021 - 579 048 05
    0821 226 477 88 (WA)

    Trip@javascuba.com
    www.javascuba.com

    ReplyDelete
  5. Kalau dari hotel ke airport seokarno tu naik bluebird kn?n nak naik bluebird tu...nk kene gi stesen dye ke or bluebird tu akn stop sndiri tepi jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia stop kan di depan pintu masuk ke kawasan Pelepasan Antarabangsa

      Delete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines