Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

[Disclaimer: Artikel ini ditulis oleh seorang Pegawai Dietetik dan maklumat adalah berdasarkan sumber yang disahkan.]


Salam Ramadhan semua!

Akhirnya FH kembali bertugas di Puncak Alam selepas 5 bulan di Hospital Sultanah Aminah. Sepanjang attachment FH di sana, FH jumpa beberapa orang patient yang terlibat dengan pembedahan di kawasan perut ataupun bahagian rahim. Juga ada beberapa pertanyaan berkenaan diet atau sebarang pantang makan selepas bersalin. Jadi FH buat keputusan untuk tulis entri berkenaan;

PANDUAN DIET SELEPAS PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY/LAPAROTOMY

1-7 hari selepas pembedahan

1. Kebanyakan pesakit lebih mudah menerima makanan lembut jadi anda boleh makan makanan seperti;

  • Bubur Nasi / Nasi Lembik di makan dengan sup
  • Lauk; Ayam yang dipotong kecil-kecil ataupun ikan
  • Oat masak
  • Karot/Kentang Lenyek
  • Sayur-sayuran yang direbus
  • Buah-buahan lembut seperti pisang dan betik (Ini juga bagus kalau nak elak sembelit)

2. Anda mungkin tidak mampu menerima jumlah makanan yang banyak sekaligus. Jadi prinsip kita ialah,

  • Hidangan sedikit dan kerap a.k.a small and frequent meal
  • Cuba dahulu habiskan satu mangkuk saiz kecil (200 ml) dan kalau boleh habiskan dua mangkuk, itu lebih baik
  • 3 hidangan utama semasa Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam
  • 3 snek antara waktu senggang. Minum susu ataupun roti dan biskut yang dicicah dengan minuman
  • Sebaik sahaja rasa kenyang dan perut dah penuh, Berhenti makan.

3. Minum air cukup
  • Keperluan air bagi wanita berat 60 kg ialah lebih kurang 1800 ml - 2400 ml
  • Air kosong lebih digalakkan
  • Air yang diambil termasuklah kalau kita makan makanan bersup dan air yang terkandung dalam buah-buahan
Tapi kebanyakan masa, kita hanya akan tidur sahaja sebab rasa badan lemah. 

8 - 30 hari selepas pembedahan

Tiada pantang khas selepas pembedahan. Kebanyakan masyarakat Melayu percaya untuk mengelak beberapa jenis protein untuk mengelak nanah ataupun mengelak luka lambat sembuh. Kepercayaan ini adalah salah kerana nanah ialah petanda jangkitan yang mungkin berpunca daripada kegagalan badan melawan jangkitan kerana pemakanan yang tidak seimbang.

Protein adalah nutrien PALING PENTING dalam penyembuhan luka selepas pembedahan. Jadi kita kena juga makan makanan sumber protein.

  • Ayam. Makan ayam bahagian isi. Buang kulit dan elakkan ayam goreng
  • Daging pun sama. Buang bahagian lemak. Pastikan daging dimasak empuk dan mudah dikunyah.
  • Telur. Telur putih ialah protein. Jadi makan telur putih dan asingkan telur kuning yang mengandungi kolesterol
  • Ikan. 
  • Makanan Laut. Boleh juga kalau nak makan udang, ketam atau sotong. 1 kali sebulan.
  • Hasil Soya. Tempe, tofu, dan tauhu juga merupakan sumber protein yang boleh membantu proses penyembuhan luka.
Contoh Menu Makan Tengahari/Makan Malam

Nasi 1 cawan @ Bubur Nasi 2 cawan
Ikan (sebarang jenis ikan pun boleh) kukus halia
Tofu masak sos tiram
Sup sayur
Betik 1 potong

Air Masak


Pendek kata, pastikan anda makan makanan seimbang dan pelbagai. Banyakkan berehat dan nikmati MC yang doktor bagi.



Assalamualaikum wbt.

Sebarang pertanyaan boleh email FH di: farahanani.amir@gmail.com


Comments

  1. sy amal sup ikan haruan... plus oren sunquick.. dengar tips dari pesakit lain jgn makan makanan yg ada yis atau tepung penaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. Sebab yg ada yeast atau tepung penaik tu boleh sebabkan perut kembung.. :)

      Delete
  2. hi...6ari yg lps sy bt open surgery utk buang endo cyst. ari ke2-4 minum pati gamat & halia. nasib tghari semlm google ttg pantang utk yg ada endo. 2 benda ni tk baik utk endo patient. nasib juga tak terlmbt. skrg mslh nk buang angin. perut lebih boroi dr sblm operation. tak selesa n rasa pening pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..

      Untuk buang angin tu.. Halia ok je.. Cuma itu lah.. Kontroversi sikit utk Pati Gamat dan Aloe Vera.

      Delete
  3. ada terdengar soya tak baik untuk fibriod... betul ke?
    saya baru hari ke 6 buat laparoscopy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga ada membaca perkara yang sama. Perlu banyak lagi kajian untuk membuktikan kenyataan itu.

      Walaupun begitu, secara amnya, jika kita ada alahan kepada ayam/ikan/telur, soya boleh jadi alternatif yang baik. Tapi kalau takde masalah nak makan sumber protein haiwan, tak semestinya kena makan soya. :)

      Delete
    2. aslm...sya baru jak opret 15/8/2017 ni...sya ada tya dr tentang makanan yg sesuai utk menggantikan hormon yg akan diberikan..Dr kata soya dpt membantu..

      Delete
  4. Adakah pati aloe vera bagus utk cepatkan penyembuhan?
    Kalau org ada gastrik boleh ambk x. Tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Idreina

      Untuk penyembuhan luka dalaman, pati aloe vera, gamat dan haruan tidak digalakkan terutama selepas pembedahan. Sebab kita tak pasti nanti kat bahagian mana yg akan bercantum dalam perut tu. Jadi lebih elok kita make sure cukupkan pemakanan. dan kalau nak sapu losyen atau krim hanya untuk luka luaran.

      Delete
  5. Salam..saya dah masuk hari ke 26 bru pas operate buang cyst pada 30.8 lepas..knpa luka luar dah kering tp rasa sengal kat luka dalamn..saya risau sakit ni mcm mgangu saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luka yg kat dalam tu memang kita tak tahu dia dah sembuh ke belum. Ambil masa hampir 3 - 6 bulan juga untuk sembuh

      Delete
  6. Salam Dr. sy berumur 35thn dan bru sja menjalakan pembedahan sbb mengadung luar rahim. Doktor telah buang 1 tube/ovary sy sebelah kiri, dan sy cuma ada sebelah kanan yg normal. Soalan sy, berapa lamakah jangkamasa utk sy merancang hamil lg? dan adakah mudah bagi sy hamil selepas pembedahan ni? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Puan Nancy, saya bukan doktor. =)

      Soalan puan itu boleh diajukan kepada doktor pakar sakit puan yang merawat puan. Jika perlu kan second opinion, perlu berjumpa dengan doktor pakar juga.

      Tq.

      Delete
    2. Sy sama dgn kes puan kandungan luar rahim dan buang 1 tiub fallopio sebelah kiri.. Yg sy tahu drp doktor, tiada masalah utk kita hamil semula, cuma 10 ke 15% mgkin ada keberangkalian utk mengandung luar rahin lg, tp ianya blh dielakkan jika kandungan dpt dikesan lebih awal.. Dan selepas 6bln operation pn dh blh merancang utk hamil lg..

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    ibu saya baru lepas menjalani pembedahan pada bahagian perut buang hempedu.bukaan pembedahan bersaiz 6 inci. jahitan juga masih belum buka. saya mohon tips penjagaan & menu yang sesuai untuk ibu saya, memandangkan ini adalah situasi pertama menjaga pesakit lepas pembedahan.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Bagi pesakit selepas pembedahan buang hempedu, disarankan
      1. pengambilan makanan yang rendah lemak. Jadi yang bergoreng dan bersantan elakkan buat masa ini.
      2. Makan sedikit tapi kerap. 3 hidangan utama dan 2-3 hidangan snek (berselang seli).
      3. Kalau ada diarrhea, elakkan kafein, dairy products macam susu dan keju, makanan yang manis

      Delete
  8. Alhamdulillah.. saya dah 15 hari operation buang cyst 8x8cm dekat Hospital Kuala Pilah..masih bercuti..
    Next appointment 6.6.2017.. Alhamdulillah semua berjalan lancar..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. saya dah 15 hari operation buang cyst 8x8cm dekat Hospital Kuala Pilah..masih bercuti..
    Next appointment 6.6.2017.. Alhamdulillah semua berjalan lancar..

    ReplyDelete
  10. banyak info dapat dari blog cik farah.. thanks.. saya akan buat Laparoscopy pada bulan mac nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya cuba share apa yg saya tahu. Selamat menjalani operation. =)

      Delete
  11. Salam FH, actually sy da sebulan lbh operation endo cyst&polyps.. bln ni sy da delay period, normal ke @ efek operation tu ye? Pastu kan lutut sy slalu sakit2.. smpai skrg xbole solat normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Salwani,

      Period tu, untuk yang pertama kali lepas operation maybe ada kelainan sikit. Ada yg lebih sakit dari biasa atau lebih lama dari biasa. Lutut tu pula, saya tak berapa pasti sebab macam takde kaitan kalau sakit lutut tu. Lain la sakit pinggang. Tapi yang terbaik, awak rujuk kepada doktor yang merawat awak. Biar dia buat pemeriksaan ataupun rujuk kepada doktor lain.

      Harap dapat membantu. =)

      Delete
  12. TQ Farah..byk info dpt dr blog nie..Nk tya sakit ke opert nie..Sbb sy opert cyst hujung buln nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa operate tu takkan sakit. Nanti lepas operate baru ada rasa sikit sakit pinggang. Tu sahaja.

      Delete
  13. Assalam... saya baru lepas operate Laparoscopic, ada 1 tebukan ni, benang dia mcm terkeluar sedikit. geram pulak rase nk ketip pakai ketip kuku.. saya patut biar je ke? dia akan tanggal sendiri ye? takut pula nak kopek.. dalam masa sama luka sebesar O masih lagi jelas kelihatan.. agak2 berapa lama ya kesan luka tu akan sembuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ye Julia. Doktor saya pun suruh tahan diri daripada menarik benang tu, Hehe. Kesan luka tu, kalau ada sapu any scar cream akan hilang juga lama-lama.

      Delete
    2. Julia Taee sy pown mngalami situasi mcm awk..3 dr 4 tbuk smua benang dye dh terkeluar so untk mngelakan rase nyilu sy ptoskn pkai sepit kuku..untuk luka luaran cpt kering sy pkai cream LUKANO HEALIN.. Alhamdulillah 7 hari dh berlalu luka dh kering macam kudis yg dh bek..

      Delete
    3. Julia Taee sy pown mngalami situasi mcm awk..3 dr 4 tbuk smua benang dye dh terkeluar so untk mngelakan rase nyilu sy ptoskn pkai sepit kuku..untuk luka luaran cpt kering sy pkai cream LUKANO HEALIN.. Alhamdulillah 7 hari dh berlalu luka dh kering macam kudis yg dh bek..

      Delete
  14. Assalamualaikum...
    Hai FH...
    Harinie hari kedua setelah sy menjalani pembedahan LAPAROSKOPI.
    Tiub kiri sy mengalami jangkitan kuman.. Dan mnyebab kn ia bengkak dan tersumbat..
    Alhamdulillah doktor dh cuba yg terbaik... Skrg dh ok...sy kna mkn ubat antibiotik.. Untuk hapus kn kuman yg maseh lg ada... Soalan sy... Slpas tempoh berpantang boley ke sy cuba untuk hamil?? Lupa sy nk tny doktor hari tu... 2 bulan slpas pmbedahan baru date dgn doktor blik... Sy dh 7 tahun kawen x sabar nk hamil semula slpas 3 kali keguguran.. Doa kn sy ye... 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, ameen semoga dapat zuriat yg soleh dan solehah

      Delete
  15. Terima kasih di atas pencerahan mengenai pemakanan selepas pembedahan. Saya tak sanggup nak berpantang makan lama sangat sebab lepas pembedahan ni selera makan menjadi-jadi. Dalam 2 minggu sahaja kot saya bertahan..hehe tapi saya banyak makan buah oren tiap2 hari paling kurang 3 biji saya makan. Harapnya luka dalaman saya cepat sembuh sepertimana luaran yg nampaknya dah kering dan tak sabar nak hilangkan parut. Luka saya agak besar sebab buat laporatamy. Tapi so far alhamdulillah semua nampak baik in shaa Allah semoga semuanya selamat. Aaminn.

    ReplyDelete
  16. Assalam..sy pun br 2 hari lepas opertion laparoscopic..bby memebesar di tiub sbelah kanan..tak pernah operate ape2 sblum ni,mula la tak tahu nk bpantang mcm mana..mcm org bersalin jugak ke? Jd sy uba follow diet yg farah suggest..lg 2 hari nk puasa..mcm mana agknya..tq farah..🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada tulis panduan berpuasa. Pastikan makanan seimbang dan minum air yang cukup ya.

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Salam saya suka baca blog ni sebab semua soalan dijawab..saya bru lepas operation 23/5/17 dan kene cuci hari2 kt hospital,23/5 /17 bru lah luka saya dijahit..saya nak tnya boleh ke saya amik vitamin supplement contoh mcm shaklee ke?pada masa sama tgh makan ubat antibiotik hospital?
    Lepas tu boleh ke kita sapu ubat pada luka sedangkan doktor xbagi ubat sapu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi membaca blog saya. =)

      Luka tu tak perlu di sapu. Bersihkan sahaja dengan air biasa. Jangan gosok dia. Cuma jangan garu dia dan kalau dia jadi bernanah, cepat cepat pergi klinik minta nurse cuci kan luka tu.
      Supplement Shaklee tu terpulang nak makan ke tidak. Tak ada masalah kalau makan sekali dengan antibiotik. Jarakkan dalam masa setengah jam.

      Delete
  19. Salam...
    Anak sy berumur 6 thn br lpas operation mesentric cyst pada 23 jun yg lalu
    Bole bg tips penjagaan...
    Slepas di beri kan mkn..2 3 ari lpas pembedahan smua nya ok
    Tp pd hari ke 4 dia mula memuntah kan kembali...
    Sy risau...xtau apa yg sesuai tuk dia...dia akan mengadu sakit perut stiap kali mkn nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan,
      Boleh cuba beri makan sesuatu yang lembut dulu ya. Cuba beri ikut step diet seperti di atas.

      Delete
    2. Betul, kene bland nasi tu baru x Sakit kat perut. Sy 3 hari lepas bedah Makan nasi air, Tapi nyucuk2, last mak blend nasi tu, then da ok.

      Delete
  20. Salam, tumpang tanya, operation cyst ni, Selama sebulan ke dok Kat hospital? 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. 3 Hari 2 Malam je maksima.

      Sehari sebelum operation dan sehari selepas operation. =)

      Delete
  21. salam farah..sy bru dua hari lps buat laparoscopy...utk detect ectopic pregnancy..alhamdulillah lps tu doc detect xde ectopic..n just msukkan kamera je tnpa ape2 operation lain...kena brpntang mcm biasa jgk ke..? mksudnyr mcm awk brpntang jgk..even tak ada operation lain..tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh guna diet di atas sebab proses penyembuhan luka untuk mana2 jenis operation sama sahaja. =)

      Delete
  22. Assalammualaikum. Saya berasalin czer pd bulan 4/2016.pd tahun ini bulan 4/2017 sy buat laparoscopy buang hempedu. Selepas buat laparoscopy atas pusat sy d rasa cam benjolan, normal ke cmtu ye. Sy bertanya pd doc kataya tisu penyembuhan n tiada rasa sakit xperlu dirisaukan. Cuma sy terfikir bila sy mengandung akan menggangu kandungan sy x. Dalam tempoh terdekat ini jika saya mengandung ada risiko x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Firmie,

      Bila mengandung doktor akan scan dan tengok sekali keadaan cyst puan. Cyst di hempedu sepatutnya tidak ada kaitan langsung dengan keadaan dalam rahim puan.

      Tapi apa-apa pun, selalu lah buat check up bila dah pregnant nanti. Beritahu juga doktor pakar sakit puan itu yg puan pernah menjalani laparoscopy di hempedu

      Delete
  23. Assalamualaikum farah..
    Pd 24aug sy selesai laparoscopy utk ektopik dan remove cyst..

    Mcm mana sy nk tau luka didln dh sembuh? Sbb luka bahagian luar dh ok..

    Cuma sy pelik..sy akan rasa bisa pd bahagian remove ektopik..mmg begitu ke ..perlu ke sy berjumpa doc.
    Harap sgt dpt membantu.

    ReplyDelete
  24. Salam Bulan & Cokelat,

    Sepatutnya ada follow-up beberapa minggu selepas operation kan? Minta Doktor awak periksa kawasan operate tu. Dia akan scan dan tengok kalau ada benda yg abnormal kat situ. Sepatutnya lah.

    Berkenaan luka belah dalam tu, kita memang takkan tahu dia dah sembuh ke belum. Sebab tu kena elakkan angkat benda2 berat yg boleh beri tekanan kat kawasan tu. Walllahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aslm Bulan & cokelat,,
      Untuk penjagaan dalaman eloklah kita berpantang dulu utk 3 bulan pertama,,sya pun sedang cuba ni...seelok2nya mgkin 1 tahun jgn buat kerja2 berat dulu,,.

      Delete
  25. Salam

    Saya baru je 5 hari lepas menjalani laparoscopy operation..dan baru je habiskan sebiji pulut panggang😅..emak sy dah bising2 katanya pulut tak elok makan dlm pantang..betul ke?!

    Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,

      Mengikut pantang Melayu, pulut mendatangkan angin. Sedangkan ikut sains, tidak lah begitu. Begitupun, pantang kita yang laparoscopy ni bukan la strict macam pantang orang bersalin. Jadi, asalkan makan makanan berkhasiat, insya Allah okey.

      Delete
  26. assalamualaikum farah...

    farah, akak nak tny pendapat farah.

    mak akak ada buat laparoscopy, agak besar lukanya, dari 4jari bawah dada, hingga ke pelvis. buang ketumbuhan sebesar bola dan buang rahim.

    dari segi penjagaan, agak rumit, sbb lepas 10hari pembedahan, jahitan dibuka dan doktor dapati luka xbcantum dengan elok, tpaksa jahit semula.. selepas jahit semula, 2 hari lepas jahit semula, doktor buka plaster, still keluar air dari luka. doktor advice untuk rawatan antibiotic dan dressing di warded.. after 3 days, dah boleh balik rumah, then sambung dressing kt rumah.

    masalah utama kat sini, mak akak ada penyakit kencing manis dan darah tinggi, but she always request nak makanan bergoreng, ada tak menu alternatif untuk akak sajikan untuk mak akak? tima kasih farah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Maaf ya saya baru je baca ni.

      Alternatif makanan bergoreng memang la tak ada. Sebab yang itu je sedap. hehe. Kalau ikut Panduan dalam Pinggan Suku Suku Separuh, asalkan berselang hari, makan makanan yg goreng tu.

      Itupun bila masak Ayam Goreng misalnya, jangan letak garam masa gaul dengan kunyit tu. Itulah secara basic nya, bila nak goreng, jangan tambah garam.

      Delete
  27. Assalamualaikum..sy dh seminggu berpantang selepas mnjalani laparoscopic ovarian right cyst..sy ingin tau untuk brapa lama lg tempoh berpantang ye..stakat ni sy belum mkn jns ayam..kekacang dan benda2 yg boleh memudaratkan luka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt,

      Seperti yang saya nyatakan di atas, ayam dan kekacang tidak memudaratkan luka. Jadi, boleh je makan asalkan jangan makan kulitnya. =)

      Delete
  28. Salam sis...saya bru lpas mnjlni pmbdahan lporscpy bln 8 yg lalu...pada bln 9 saya dtg priod shngga skrg dan dh hmpir sbln...normal ke keadaan cm2???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.

      Macam tak berapa normal tu. Kalau keluar darah lebih daripada 15 hari je dah dikira sebagai darah penyakit kan?

      Delete
  29. Slm sjhtra..sy bru lepas open myomactomy... utk buang fibroid... mcm bersalin Ceaser... any suggestion foods or daily routine?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera, panduan diet di atas boleh digunakan bagi mana-mana operation. Semoga cepat sembuh ya.

      Delete
  30. Saya dah sebulan menjalani operstion.buang batu karang dlm buah pinggng.masalah berat badan saya berkurangan 1 kg seminggu.selera saya brkurangan dan rasa tak bermaya selepas balik dr kerja.Apakah suplement yg blh mngembalikan semula berat badan dan kecergasan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera berkurangan tu simptom biasa selepas pembedahan. Setakat ni tak perlukan supplement sebab nanti bila selera dah ada semula, cik akan cukup makan. Amalkan pemakanan seimbang dan suku-suku separuh dalam pinggan.

      Tapi kalau rasa makan masih tak cukup, boleh makan Vitamin B Complex.

      Delete
  31. Salam sist..sy baru 5 hr lepas operate buang hempedu...kalau amik sup macam yong tau fu tu ok x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis FH. Arini genap 8 hati sy menjalani laparoskopik buang hempedu beserta batu. Luka hanya digam, tidak dijahit. Mcm nk tahu luka dh kering ke belum?

      Delete
  32. Assalamualaikum sis.. saya baru buang fibroid (15 biji) pada 18/12/2017 aritu... mula pada 1 feb 2018 saya dah aktif semula main bowling.. skrg saya mula rasa x selesa dalam perut, takut plak luka dalam rahim tak sembuh lagi.. ada apa2 cadangan vitamin tak untuk cepat sembuh... terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, untuk cepat sembuhkan luka, lebihkan makan lauk pauk. Especially makan telur putih. Rebus or goreng terpulang.

      Delete
  33. Assalamualaikum sis.. saya baru operate buang fibroid (15 biji) pada 18/12/2017 hari tu... 1/2/2018 saya dah mula aktif main bowling semula.. tp skrg mula rasa x selesa dalam perut.. saya takut luka dalam rahim x baik lagi sebab kadang2 keluar darah dari bawah... ada cadangan apa2 vitamin yg baik x untuk rahim cepat sembuh.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, untuk cepat sembuhkan luka, lebihkan makan lauk pauk. Especially makan telur putih. Rebus or goreng terpulang.

      Delete
  34. assalamualaikum evryone.. harini sy hari ke 11 operation buang cyst..ovary kiri kene remove.. apendiks pun kene remove.. sy dah berkahwinn.. jadi..sy nk tnye.. boleh ke sy pregnnt? takutla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, consult doktor untuk rawatan kesuburan yang sesuai ye. Insya Allah dengan rawatan yg betul, masih ada harapan tu.

      Delete
  35. Assalamualaikum..harini 25/2/2018 adalah hari ke7 selepas operate lapascopic buang endo pd 19/2/2018...sy check in awal dua hari diwad..alhamdulillah sy semakin ok drpd hari pertama keluar bilik ot sbb selepas operation sy pening & muntah xdpt nk urus diri/sedarkan diri dgn elok...persoalannya menu yg mana terbaik utk sy berpantang??sbb senarai menu di atas buat sy keliru..setengah ckp ada yg x boleh mkn takot gatal, takot sejuk..mcm2 sampaikan sy sgt keliru...dan seoalan kedua brpe lama kah menu berpantang ni harus dilaksanakan???sama mcm mereka berpantang bersalin ke?tq admin... ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Seperti yg saya nyatakan. Kalau ada masalah gatal di luka tu, sebenarnya badan sedang melalui proses penyembuhan luka.

      Bukannya berpunca daripada makanan itu sendiri selagi makanan itu disediakan dalam keadaan bersih dan bebas daripada bakteria dan sebagainya.

      Kalau takut nak makan sesetengah Protein yang dipercayai boleh menyebabkan gatal, carilah protein yang dipercayai lebih baik dan bagus. Bagi Dietitian, protein tetap protein juga. Sama sahaja semua jenis Potein.

      Delete
  36. Assalamualaikum

    Saya telah mjalani operation buang cyst, ovari dan rahim pada 21.1.18 . sy nk tanya, jika luka dalaman masih terasa sengal2 boleh ke kalau makan herba cina?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Herba Cina yg puan makan tu, saya tidak pasti jenis nya. Apakah tujuannya, dan cara pengambilannya.

      Herba Cina juga bukan kepakaran saya, jadi saya tak berani nak komen. Maaf ya.

      Delete
  37. Sy baru lepas operation buang cyst..hr ni genap 8 hari..sy byk bergerak..sbb xrs sakit dh..cuma luka jahitan msih ade plaster lg..xpe ke byk bergerak..selalu ke toilet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau banyak bergerak, sebab perlu ke tandas, mungkin boleh perlahankan pergerakan. Lagi satu, jangan angkat benda berat sebab akan beri pressure pada kawasan pembedahan tu.

      Delete
  38. Saya baru hbis operation fibroadenoma dah seminggu. Makanan apa yg sangat sesuai. Sbb saya fisrt time operation xtahu nak jaga mkn. Bila lah luka ni kering dan sy nak cepat sihat. Risau je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ayisha,

      Menu yg sarankan di atas tu, basically boleh guna untuk semua jenis pembedahan.

      Semoga cepat sembuh ya.

      Delete
    2. Sy baru buat operatiin membjang cyst pada 28.2 dan sekarang sedang mc sebulan..adakah sy kena berpantang spt org bersalin..sebab tanye doktor dah boleh mkan ape2 shj..2 minggu je jaga pantang lepas tu dah cuba sikit makan ayam semua..ok ke..dah boleh ke makan mee mihun semua tu.

      Delete
    3. Kenapa sebenarnya tak boleh makan mee dan mihun?? Hehehe. Boleh je makan sebab dia adalah sumber karbohidrat yang bagus juga. =)

      Delete
  39. Salam farahanani, sy sudah genap setahun buat laparoscopic.sepanjang setahun ni, sy berniat nk nk jaga makan dr berulang lagi terkena cyst dan fibroid .namun sy tak tahu apa yg terbaik jd amaln utk elak kena semula.sy mohon ehsan farahanani, kalau dpt kongsi amalan makan utk elak cyst fibroid, atau ada ambil supplmen atau ada pakai ubt sapu atau ada senamam khusus? Boleh sy jd kan panduan.utk makluman sy juga bujang at my 34 this yr,dan sy ovarian cancer survivor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, Saya ada baca beberapa amalan untuk elak cyst contohnya seperti makanan berasaskan soya, jadi tempe, tahu, kicap, air soya semua kena elakkan makan. Selain daripada tu, saya tak jumpa lagi amalan yang valid. Harap dapat membantu serba sedikit.

      Delete
  40. assalamualaikum saya bru ja 8hari lpas operat buang cyst fibroid n ovari sebelah..tiup filopio n usus juga byk luka sbb sis melekat..3hari lpas operat ada bleding n bla dah stop bledig mula kuar air bisa n nanah jernih..rasa sakit bla bgun n jalan kt tempat y kuar nanah tu..dalam pemakanan pula sy xslera makan bubur atau nasi lembut..mest nak makan nasi mcm biasa..ada apa2 kesan x untuk luka dalaman??lg satu blh ke lepas operat mcm ni sy makan oren sunkies??tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Its okay takpe je kalau tak makan bubur. Kalau makan nasi macam biasa pun okay je. Asalkan dapatkan cukup makanan sumber karbohidrat. Takde kesan pun pada luka dalaman. Lain la operate tu di kawasan usus dan perut. Kita kan operate di rahim jadi takkan effect pada perut kita.

      Oren sunkist tu bagus sebab high vitamin C. Vitamin C ni bantu kulit kita sembuhkan luka.

      Delete
  41. assalamualaikum saya bru ja 8hari lpas operat buang cyst fibroid n ovari sebelah..tiup filopio n usus juga byk luka sbb sis melekat..3hari lpas operat ada bleding n bla dah stop bledig mula kuar air bisa n nanah jernih..rasa sakit bla bgun n jalan kt tempat y kuar nanah tu..dalam pemakanan pula sy xslera makan bubur atau nasi lembut..mest nak makan nasi mcm biasa..ada apa2 kesan x untuk luka dalaman??lg satu blh ke lepas operat mcm ni sy makan oren sunkies??tq

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum, saya baru shaja buat pembedahan pmbuangan cyst secara laparotomy dan kini sedang hamil 17w . Adakah sya perlu pantang seperti orang baru lepas bersalin caeser? Sebab saya mmg kne jaga luka baik2 kerana saya sedang hamil dan luka boleh dikatakan sama besar mcm orang caeser tapi secara menegak . Boleh share kan makanan ape yg terbaik untuk sembuhkan luka jahitan? Sebab saya rasa sakit sgt kalau duduk dan nak sangat cepat baik memandangkan perut akan makin membesar. Tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Fyeqa.

      Honestly saya dah cuba cari apakah makanan yg terbaik utk luka di dalam. Saya juga dah tanya doktor saya. Tapi overall hendaklah makan makanan yg seimbang dan sihat sahaja. Sebab badan kita ni, dia akan cuba sembuhkan apa sahaja luka baik di luar dan juga di dalam.

      Sementara itu, Dr awak akan perhatikan juga luka tu dan inform kalau ada risiko kawasan tu terkoyak (Nauzubillah)

      Best is, jangan biar ada pressure di perut, elakkan angkat barang berat etc. I pray for your safe pregnancy dan semoga luka cepat sembuh ya. Ameeen!

      Delete
    2. Salam sy dah seminggu buat pembedahan buang cyst and fibroid. Alhamdulillah semakin pulih. Sy nak tanya brp lama ya baru sy boleh sexually active blik? Just wondering if you know. Tq.

      Delete
  43. assalamualaikum...sy nk tnya buat keje berat tu spt apa?

    mksudnya mcm menyapu,mop lantai,cuci toilet..mcm tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Safina,

      Yg akan beri tekanan kepada kawasan abdomen dan perut. Angkat beras ke macam tu.

      Delete
  44. Assalamualaikum..sy nk tanya..saya br 12 hari lepas pembedahan laparoscopy buang gallbladder. Boleh ke makan daging? Makanan apa yg perlu saya elakkan supaya luka dalaman cepat baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Makan makanan seimbang, makan sayur hijau dan buah-buahan setiap hari.. 2-3 hidangan.. =)

      Delete
  45. Hai assalamualaikum sis. Sy nak tya. Adakah boleh utk orang yang baru selepas menjalani pembedahan utk mengambil supplement panas dan herba panas yang lain yang digunakan utk membakar lemak? Boleh kah sis? Dan lagi satu berapa lama masa yang sesuai lepas pembedahan baru boleh ambik supplement dan herba panas tu ya? 3-6 bulan ke? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Terima kasih atas soalan..

      Boleh saya tahu tujuan pengambilan herba panas tu? Supplement jenis apa tu yang Fariza maksudkan? Adakah vitamin dan mineral?

      Delete
  46. Salam . Hari ni masuk hari ke 22 saya operation pembuangan limpa dengan pundi hempedu . Saya nak tanya boleh tak kalau saya sapu gel gamat pada tempat operation tu dan minum jeli gamat untuk bahagian dalam perut tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. terima kasih atas soalan.

      Kalau kawasan luka tu masih open wound, elakkan sapu apa-apa.

      Minum jeli gamat juga tidak digalakkan.

      Delete
  47. Salam farah..sya dah sebln lebih buang hempedu....tapi yg mnjadi musykilnya skrg ni 4,5 hari dah sya asyik rasa x sedap bdn...seram sejuk..mcm demam....rasa mcm simptom sblm operate pun ada...kepala yg sya tak tahan..mmg pusing..smpi ssh nak balance klu bergerak...napa yerr...risau sgt...luka dlm tu mmg terasa sakit tpi kira bole tahan...yg tak dpt kawal ialah tindakbalas bdn...meremang sekejap..pas tu seram sejuk...bepeluh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Thanks atas soalan. Saya pernah jadi macam tu. Jadi saya pergi bekam untuk buang toksin dalam badan saya.

      Delete
  48. Assalam dr,arini ari y k5 saya mnjlani oprtion sb apendik.
    Saya sekarang just mkn bubur dn sup iknharuan.saya x pasti apakah pmakann y baik untuk pulihkn usus saya dan luka kesan opration.sgt2 skit dn tegang di kwasan perut.bleh dctor sugest pmknn y cpt baikkn dlm n luar

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum..

    Nak tanya, slps laparoscopy.. Ad pendarahan vagina ke?

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum. Sy baru lepas laparoscopy mggu lepas. Semalam bru STO. Alhamdulillah luka okay. Sy cuma nk tau, kalau sy TTC, berapa lama tempoh kena tgu slps laparoscopy ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Kena bincang dengan doktor puan untuk rawatan yg seterusnya. Mesti dia lagi tahu berkenaan kesihatan puan. =)

      Delete
  51. Assalam..sy nk tya..sy operate buang hempedu bulan lpas..bilakah masa yg sesuai untuk bersauna?sy xsabar nk kurus..lemak berketul2 dh nie..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tengok juga tu operate apa.. kalau luka dah sembuh betul2 dan doktor encik/cik bagi kebenaran baru boleh.

      Delete
  52. Assalamualaikum nak tanya abg saya baru lepas operation usus pecah then sekarang ni luka jahitan masih xbaik,dalam 3minggu dah kalau xsalah,,nanah masih banyak keluar,Harini baru lepas check ke HKL untuk periksa semula luka,sebab terbuka,dokter dah check darah n x-ray xda masalah dan darah die bersih,,sekarang dokter buka sahaja jahutan tu,,soalan saya macammna nak merawat luka jahitan dia yg agak besar tu,die makan pun hanya bubur nasi kosong sahaja,..adakah itu salah satu sebab juga luka lambat baik,,dan ada x tips untuk cepat pulihkan luka die,ngeri tengok perut dah MCM terbelah😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      Terima kasih atas soalan. Tapi saya tak berani nak bagi suggestion sebab tak baca kes dengan lengkap. Apa yang cik kena buat ialah dapatkan rujukan dengan Pegawai Dietetik di hospital tu. Baru dia boleh beri nasihat yg lebih tepat.

      Delete
  53. Assalaamu’alaikum
    Sy baru lepas laporotomy buang cyst 11.01.2019 lps..
    Terima kasih tips dietnya

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum hai..arini sy genap sebulan oprt buang fibroid sebesar 10cm..pantang mcm org bersalin sebb takut luka xsembuh..2 mgu lps oprt sy dtg period..skit sgugut sama mcm sblm oprt..ada krna mgena ke mksdnya da buang fibroid still masih dtg senggugut tu.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Ada sesetengah kes akan dapat senggugut teruk. Tapi kalau pendarahan berpanjangan datang hospital segera ya

      Delete
  55. Assalamualaikum

    TQ atas info.

    Saya baru 10 hari operation Open Surgery Myomectomy ( remove fibroid)
    family menyediakan mknn seimbang. alhamdulillah. sy berpuasa Dan solat scr ddk.

    Soalan sy :
    1. mknn sprt sayur Kailan, daging kambing boleh mkn?
    2. bolehkah turun naik tangga ?
    3. mkn sarang burung?
    4. tidak pakai stokin sbb panas ok tk?
    5. luka luaran nmpk cantk.
    6. luka dlmmn masih sakit.
    7. bolehkah sy membongkok angkat sejadah/brg?
    8. berdiri lama?
    9. berapa lama pantang utk tunaikan permintaan suami?
    10. sy masih takut dan menjaga batas2 pantang.

    Semoga bermanfaat utk sy dan org lain juga.
    Semoga Allah jua yg membalasnya.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam/

      1. Boleh cuma elok makan makanan yg mudah dihadam dahulu.
      2. Cuba perlahan2 ya.
      3. Sebarang gel atau pati elakkan
      4. Okey sahaja.
      5 dan 6.
      7. Kalau rasa sakit, jangan dahulu
      8. Kalau rasa sakit, jangan dahulu
      9. Seeloknya secara general, 3 bulan
      10. Jangan paksa diri, amalkan mana yg boleh. Asalkan makan makanan berkhasiat

      Delete
  56. Assalamualaikum..

    Hi Farahanani,

    Saya tlh jalani pembedahan laparoscopic krn ectopic pregnancy dan ovarian cyst pd 21 Jun 2019 lalu..

    Berapa lamakah jarak paling awal utk saya rancang kehamilan semula ya?

    Mohon pencerahan.. Thanks in adv :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      seeloknya rujuk doktor pakar Obstetrik & Geneocology yg merawat puan.

      Delete
  57. Assalamualaikum,saya baru 5 Hari menjalani pembedah perut untuk hernia Dan membetulkan kedudukan usus bertindih,soalan saya apakah makan Dan minuman yg baek untuk saya Dan sukatan air sehari,Terima kasih

    ReplyDelete
  58. Asalam.. 9/9/19 sy admit 12/9/19 sy oprate apendix LAPAROSCOPY/LAPAROTOMY di Hospital Besar Tengku Jaafar Seremban.. nw dh 13 hari .. sy dh start masak dh 3 hari.. mkn pun alhmduliah ok .. sy pantang yg gatal2 je.. pati ikan haruan tu hari 2 sy masukn dlm sup ayam.. smlm sy mimum 2 sudu jr.. luka luar almdulillah kering.. tpi cm benang putih tu ada lagi 2 tempat.. yg kat pusat tu besar kit je.. tpi luka kering.. sy buat sikit2 krj umah cuma xangkat brg2 berat je lagi..

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum farahanani...alamak saya bru bc blog fara...saya bru buat operation buang cyst pada 15/8/19...cyst bersize 16x16...rakan² ade rekomen pd sy minum pati gamat utk sembuh luka..sy try minum pd mggu ke.3 selama 5 hari...dlm sesudu kecil sehari....risau plak bila bc kata x leh minum gamat 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Ya. memang tak digalakkan minum gamat atau alovera gel atau pati haruan

      Delete
  60. Assalammualaikum, saya nak tanya, saya baru Lepas buat pembedahan appendix, Hari ke 20 tapi arini saya Ada Makan nasi impit goreng buat perut saya sakit sgt. Kenapa ya?sedangkan saya makan bihun goreng saya okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Sepatutnya tak ada masalah. Melainkan kuahnya pedas sangat.

      Delete
  61. Salam kakak saya berumur50 thn baru selesai menjalani pembuangan rahim sahaja akibat prolapse statege 4,saya nak tanya tentang supplement yg sesuai untuk beliau bg mengatasi masalah kekurangan estrogen yg mungkin berlaku walaupun ovarinya masih ada.

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum.
    Saya sudah menjalani cholecystectomy pada 27/11/19 dan jahitan sudah pun dibuka. Alhamdulillah semuanya baik. Cuma sekarang HB saya masih rendah berikutan pendarahan teruk sewaktu surgery. Ada sebarang cadangan pemakanan yang sesuai untuk naikkan HB selain iron tablet yang hospital bekalkan? Dan jugak kalau boleh suggest diet sesuai untuk mengelakkan hati berlemak. Tq.

    ReplyDelete
  63. Assalam, saya baru lepas buat pembedahan laparoscopic buang cyst di bahagian ovari kanan.Sekarang baru hari ke-19 tapi rasa sakit dan bisa² bahagian dalam tempat luka. luka bahagian luar dah kering tapi kalau tersentuh terasa sakit la juga. Adakah normal rasa sakit bahagian dalam? pastu kerap sakit bahagian pinggang. adakah normal? Mohon pencerahan daripada Farah. Tq

    ReplyDelete
  64. Hai.... Saya dh 20 hari menjalani pembedahan apendix dgn kndugn 29 minggu. Sgt2 sengsara sbb pembedhan dr atas pusat spjg 11cm.. Jahitan terbuka pd hari ke 10,mgkin tekanan drpd pgerakan bayi.apa yg sya amlkn ialah pntang mcm org bersalin.sunkist sebiji @ lebih stiap hari. Mmg xbrani nk mkn dgg sbb susah hadam. Sya pn confuse brape lma nk kna pntg...agknya bersmbg dgn bersalin terus.

    ReplyDelete
  65. Tq atas info sgt2 membantu... Sy baru lepas operation laparatomy... Tercari2 diet yg sesuai selepas pembedahan... Sbb rasa mcm berselera sgt pula lepas operate😅

    ReplyDelete
  66. Assalammualaikum.. sy nak tanya, sy baru lepas operate buang batu hempedu dlm 2mggu mcmtu.. boleh ke sy angkat berat contohnya sy angkat almari ubah2 kemas bilik.. bahaya tak? Semalam sy terlupa dan sy dah angkat brg berat2. Rasa mcm ngilu kt tempat tebuk bhagian atas dkt dgn hati tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines