Posts
Showing posts from March, 2015
Perihal Pertolongan
- Get link
- X
- Other Apps
By
Farahanani Amhazali
-
September 2014 yang lepas, FH sekeluarga ditimpa kesedihan bila Nenek FH menemui Ilahi dalam keadaan yang tidak disangka. Pada hari itu, tiba-tiba saja Nenek mengadu sakit dada. Jadi Ummi bawa ke hospital untuk pemeriksaan doktor. Doktor buat ECG semua okay je. Petang tu lepas Asar, selepas solat dan mandi, nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sungguh terkejut dan tak sangka. Masa kejadian itu, FH berada di Sarawak untuk program bersama pelajar dan sepatutnya FH balik KL hari Sabtu petang. Kali terakhir FH jumpa nenek ialah hari Isnin malam Selasa. Nenek duduk di kerusi lambai FH nak bertolak ke airport. Nenek pesan suruh cari suami. FH juga janji dengan Nenek yang kita akan berjumpa lagi lepas FH balik dari Kuching. Petang Jumaat tu FH sedang bersama-sama dengan colleagues, Hakim dan Fathee dan beberapa orang student lelaki. Kami tengah order makanan dekat salah satu restoran favourite FH dekat Kuching. Tiba-tiba sahaja dapat Whatsapp yang Nenek dah terhenti nafas...