Perihal Pertolongan
September 2014 yang lepas, FH sekeluarga ditimpa kesedihan bila
Nenek FH menemui Ilahi dalam keadaan yang tidak disangka. Pada hari itu,
tiba-tiba saja Nenek mengadu sakit dada. Jadi Ummi bawa ke hospital untuk
pemeriksaan doktor. Doktor buat ECG semua okay je. Petang tu lepas Asar,
selepas solat dan mandi, nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sungguh terkejut dan tak sangka. Masa kejadian itu, FH
berada di Sarawak untuk program bersama pelajar dan sepatutnya FH balik KL hari
Sabtu petang. Kali terakhir FH jumpa nenek ialah hari Isnin malam Selasa. Nenek
duduk di kerusi lambai FH nak bertolak ke airport. Nenek pesan suruh cari
suami. FH juga janji dengan Nenek yang kita akan berjumpa lagi lepas FH balik
dari Kuching.
Petang Jumaat tu FH sedang bersama-sama dengan colleagues,
Hakim dan Fathee dan beberapa orang student lelaki. Kami tengah order makanan
dekat salah satu restoran favourite FH dekat Kuching. Tiba-tiba sahaja dapat
Whatsapp yang Nenek dah terhenti nafas.
FH terkejut.
Sebab Nenek tak ada tunjuk tanda-tanda sakit sejak Nenek
tinggal di rumah kami hampir sebulan.
Banyak kali makcik ajak balik Batu Pahat tapi Nenek nak tinggal rumah
kami lama sikit katanya. Jadi petang tu FH dah faham kenapa. Nenek nak meninggal
di rumah kami dan memberi kesempatan kepada keluarga FH berkhidmat buat kali
terakhir.
FH sedih.
FH rasa useless sebab ada dekat Kuching masa tu. Jadi FH
tekad nak balik cepat dan kalau boleh jumpa jasad Nenek sebelum dikebumikan.
Bermula daripada keputusan itu, Allah mempertemukan FH dengan manusia-manusia
berhati mulia yang membantu FH memastikan misi FH pulang berjaya.
Farahin @ Pa’in
Pa’in ni roommate FH selama 3 tahun di UPM. Boleh kata kawan
rapat sepanjang belajar. Dia orang pertama yang FH call sebab FH tahu dia
sanggup buat apa je. So FH call dia untuk pinjam kad kredit dia nak beli tiket
flight. Seperti yang dijangkakan, Pa’in sanggup bagi details kad kredit dia
supaya FH boleh guna beli tiket flight paling cepat. Harga no 2.
FH dapat tiket hari Sabtu Pagi, bertolak pukul 5.30 pagi dari
KCH-KLIA. Penerbangan MAS harga RM270.
Fathee
Fathee ialah colleague yang ada sekali masa FH terima berita kematian Nenek.
Fathee la yang banyak tenangkan FH masa tu. Walaupun FH tak menangis kuat sebab
lebih fokus kepada pencarian tiket, Fathee banyak beri kata-kata semangat. Bila FH dah landed di KLIA pagi tu, Fathee
call untuk make sure FH sampai dengan selamat. Sungguh caring dan rasa ada
support.
Beyd. Zubaidah
Beyd ni student FH. Dia tolong hantar FH ke airport dari
UiTM Kota Samarahan. Kebetulan pula dia ada kereta masa tu. Sebenarnya bukan
kebetulan, kan? Ini semua ketentuan.
Yanti dan Fasihah
Mereka ni colleague dan juga housemate di AzZahra. Mereka berdualah yang jemput FH dari KLIA dan hantar ke Batu
Pahat. FH tak tahu macam mana nak ucap terima kasih melainkan bayar minyak dan
tol pergi balik. FH cuma tanya sekali je terus diorang sanggup hantar. Inilah
kawan sejati.
Hakim
Hakim ni colleague FH. Dia ada sekali dekat Kuching tu masa
FH terima berita kematian Nenek. Sebenarnya FH geram sangat dengan si Hakim ni.
The only words yang dia cakap dekat FH malam itu ialah, dia suruh Bluetooth semua
gambar dia yang ada dalam phone FH masa tu sebelum FH gerak ke airport.
Like
seriously? Aku tengah sedih Nenek meninggal, dia tak sebut apa-apa pun untuk
calm me down. Gambar dia yang dia fikirkan? Lelaki apa macam ni?
Esok paginya, bila FH dah sampai KLIA pun, tiada sebarang
whatsapp daripada Hakim. Nasiblah Fathee call jadi sejuk sikit hati FH ni.
Rupa-rupanya, bila Fasihah dan Yanti dah jemput FH, baru FH
tahu. Sebelum FH whatsapp diorang dalam group, rupanya Hakim terlebih dahulu
dah PM Fasihah dan minta Fasihah tolong hantarkan FH ke Batu Pahat dari KLIA.
Sumpah FH tak percaya. Ingat lagi wajah takde perasaan dia
sepanjang malam sebelum tu.
Sehinggakan, pagi tu, Hakim tanya lagi Fasihah untuk
pastikan Fasihah gerak awal untuk jemput FH di KLIA. Sekarang ni FH tak pasti
nak rasa apa. Geram tapi terharu. Bengang tapi terhutang budi. Siap Hakim cakap
kat diorang jangan tanya apa-apa lagi dekat FH selagi FH tak contact sebab FH
tengah serabut dan tak bertenang.
Macam mana dia tahu FH memang akan tanya diorang untuk
jemput? Padahal mana tahu FH akan tanya kawan lain ke? FH kan ramai kawan lain.
Kenapa Hakim buat-buat tak peduli tapi sebenarnya dia risaukan FH? Kenapa?
Ini semua misteri yang belum terungkai. Sehingga ke hari ini
selepas 6 bulan kejadian itu berlaku, FH masih belum cakap apa-apa lagi dengan
Hakim mengenai perkara ini.
Perlu kah FH berdepan dan bertanya kepada dia?
HE likes you nani...:)
ReplyDeleteHaha. You think Hajar? No lah.. Maybe he is trying to be nice.. Buat senyap-senyap sebab nanti karang aku terperasantan pulak kang... Haaaa....
ReplyDelete