Posts

Showing posts from May, 2015

[Ulasan Buku] Mawar Yang Hilang: Pesona Wangi Diana

Image
Mawar Yang Hilang oleh Serdar Ozkan             Seharum namanya, manusia cukup terpesona dengan keunikan bunga mawar. Mawar telah diberi ratusan interpretasi dalam karya agung seniman sejak zaman Greek lagi. The Golden Ass , misalnya, mengisahkan Lucius yang bertukar menjadi keldai dan memerlukan mawar untuk kembali ke bentuk manusia. Manakala dalam literasi klasik Parsi pula, karya masyhur The Rose Garden dinamakan sebegitu kerana ia merupakan koleksi syair dan cerpen seumpama sebuah taman bunga ros yang mempunyai koleksi pelbagai bunga ros.             Mengangkat bunga mawar sebagai simbol dan objek dalam sesebuah karya merupakan langkah popular kerana identiti Mawar sebagai simbol kecantikan, kesempurnaan, dan misteri sedia dikenali umum. Obsesi masyarakat kepada mawar juga sesuatu yang klise. Lihatlah saja saban tahun industri flora menjana jutaan keuntungan k...