Elhana dan Zakuan, Bab 5
Bab 5
“I
ada satu pengakuan”
Kata-kata
Elhana itu membuatkan Ilhami berhenti menaip. Telefonnya diletakkan di atas
meja dan perhatian diberikan sepenuhnya kepada gadis di hadapannya itu. Pasti
ia sesuatu yang besar. Wajah Elhana nampak serius. Tak mungkin serius sangat.
Dia menahan tawa.
“Hari
tu, Zakuan jumpa I.”
Tawa
Ilhami kendur. Dia menyandarkan bahunya ke kerusi, menyilangkan tangannya
memeluk tubuh.
“Zakuan?
Dia nak apa?”
“Berbual
kosong. Tanya khabar, perkembangan diri”
Ilhami
berkerut. Bagaimana mereka sampai boleh keluar bersama? Pasti ada beberapa
detik di mana mereka berhubung menerusi telefon dan kemudian membuat temujanji
untuk bertemu di kafe. Sudah berapa lama perhubungan ini berjalan tanpa
pengetahuannya? Perasaan curiga mulai menebal dalam hati Ilhami. Cemburu juga
kerana Zakuan cinta pertama Elhana.
Elhana
boleh lihat prasangka yang sedang bersarang melata dalam pemikiran Ilhami kini.
Dia cuba memperbetulkan sangkaan Ilhami.
“Bukan
macam tu. Maybe I salah guna perkataan. I terjumpa dengan Zakuan. Di laundry. Ingat lagi tak mesin basuh I
rosak? I pergi basuh baju di dobi layan diri. Rupa-rupanya dia tinggal satu
apartment dengan I. Kebetulan kan?”
Tiada
sebarang respon dari Ilhami. Dia sedang berperang dengan emosi. Cuba memproses
maklumat yang tidak disukai amat sukar sekali kerana dia harus menyeimbangkan
realistik dan emosi. Elhana menyentuh lengannya.
“Jangan
risau. You are my fiancee. I already
choose you. I wont turn back to my past. Zakuan masa silam I. You masa
depan I”
Pujukan
Elhana umpama siraman ais ke atas bara api yang mulai menggelegak. Pada saat
ini dia terasa seperti mahu berjumpa Zakuan dan memberi amaran agar tidak
melakukan sesuatu yang boleh membuatkan Elhana kembali kepada lelaki itu. Frasa
“Jangan Risau” itu suatu bentuk psikologi silang yang menjadikan dia berganda
risau.
“Apa
lagi dia cakap?” Soalan ringkas sahaja yang mampu diberikan.
“Oh…
dia cakap tahniah dekat kita. I ada bagi kad kat dia kalau dia nak datang
majlis”
Berkerut
kening Ilhami. “You bawa kad kahwin pergi basuh kain?” Oh tidak, ataupun ada
pertemuan kedua selepas itu? Satu janji lain.
“Ilham, you know me. I nak semua orang
datang majlis kahwin I. So I memang standby
kad kahwin dalam kereta untuk situasi tanpa dirancang.”
Elhana
ketawa kecil. Dia tak sangka Ilhami boleh jadi seorang yang sangat cemburu. Dia
cuba menyembunyikan perasaan itu tapi ia jelas terlihat pada riak wajahnya.
Comel pula bila dia begitu. Jaminan kata-kata tidak meredakan Ilhami. Jadi
nampaknya Elhana kena buktikan yang dia memang tiada perasaan terhadap Zakuan
sekarang. Tapi bagaimana?
Lagi
3 bulan sahaja majlis akan berlangsung. Mereka telah bertunang hampir 2 tahun.
Kematian ibu Ilhami tahun lepas menganjakkan majlis mereka selama setahun jadi ia
tidak boleh ditangguh lagi. Perhubungan mereka semakin matang dengan pergaduhan
kecil yang membuat masing-masing makin mengenali diri sendiri.
Pastinya
tidak sama sebelum dan selepas berkahwin. Segalanya indah sekarang, akan tetapi
yang kecil-kecil itu akan menjadi besar setelah tinggal bersama kelak. Secara
keseluruhannya, Elhana boleh menerima sikap Ilhami yang sensitif. Adakalanya,
lebih rapuh daripada jiwa Elhana sendiri. Hati Elhana lebih keras dan tidak
mudah betah, Ilhami pula romantik. Mungkin itu memang jiwa manusia yang sukakan
kucing. Ada titik lembut pada sudut hati mereka. Jiwa penyayang.
“Aunty…
Papa bagi ni”
Seorang
budak lelaki memegang hujung kainnya. Elhana mengangkat kepala memandang wajah
budak itu. Bila dilihat ke sekeliling tiada pula bapa budak itu. Elhana membaca
nota yang diberikan.
“Happy
Birthday El”
Wajahnya
mulai panas. Menjadi kemerahan pipinya. Hatinya berdebar-debar. Seperti 10
tahun lalu bila Zakuan memberikan nota dan menyelitkan ke dalam buku latihan.
Tiada suspek lain melainkan Zakuan yang akan melakukan perkara sebegitu.
“Mana
papa awak?” Tanya Elhana sambil memegang pipi anak kecil dalam lingkungan 5
tahun itu.
“Tu..”
Memang
benar Zakuan di situ. Sambil tersenyum memandang tepat ke arah Elhana. Lesung
pipitnya kelihatan menambah kemanisan wajahnya. Oh Zakuan, kenapa manis sangat
macam dulu-dulu?
“Terima
kasih. Ini anak awak?” Terasa satu jalur halus perit di hati bila dia menyebut
perkataan anak.
Zakuan
mengangguk. “Nama dia Faiq”
“Hai
Faiq.” Tegur Elhana. Comel sekali pipi tembam Faiq. Dicubitnya sebab geram.
Faiq berlari memeluk kaki ayahnya.
Mesin
berbunyi. Basuhannya telah selesai. Membuatkan Elhana kembali kepada realiti.
Dia tunang Ilhami dan dia sedang membasuh kain. Petang ini Ilhami akan
menjemputnya dan mereka akan meraikan hari lahirnya yang ke 27. Elhana
meninggalkan dua beranak itu dan menuju ke mesin basuh.
“Apa
sambutan hari ni?” Zakuan menghampirinya.
Elhana
menjadi tidak keruan. Kain diambil tanpa diberi perhatian. Dia gugup bila
berdekatan dengan Zakuan. Segala perasaan lama menerpa kembali. Dia tidak
seharusnya begitu. Dia cuba membayangkan wajah Ilhami dengan jelas agar dia
dapat membuat pertimbangan yang normal.
“Dengan
Ilhami. Seperti biasa. Makan-makan.”
“Oh
ya.. Awak dengan Ilhami” Zakuan sengaja buat-buat lupa.
Elhana
berasa geram bercampur marah. Dia tahu apa yang Zakuan sedang lakukan. Bakulnya
diangkat ke pinggang. Dia mahu pergi segera.
“Zakuan,
saya naik dulu.” Masih bersikap sopan walaupun hatinya tidak gembira. Dia rasa
terganggu walaupun tanpa sebarang tindakan yang jelas daripada Zakuan.
“Sekejap,
boleh awak tolong jagakan Faiq hari Sabtu ni? Saya kena pergi JB” permintaan
Zakuan itu menghentikan langkah Elhana. Mana ibu dia? Tak boleh jaga anak sendiri
ke?
Elhana
memandang wajah Faiq yang menyorok di belakang kaki ayahnya. Dia mengangguk
perlahan. “Awak tahu rumah saya yang mana satu”
“Surprisingly!”
Jeritan kecil daripada Elhana di hujung telefon.
Jeritan kecil daripada Elhana di hujung telefon.
“OMG,
Babe! But why? Kan kau tak nak ada hubungan dengan dia dah?” Sarah
mempertikaikan tindakan Elhana.
“Ha’ah…
Aku pun tak tahu kenapa. Jawapan aku tu spontan je. Tak sempat nak tanya dah
pasal Ros.” Elhana akur. Dia tidak faham perbuatannya sendiri. Sekarang dia
perlu menjelaskan kepada Ilhami sesuatu yang dia tiada jawapan. Ini sangat
rumit. Ilhami pasti tidak menerima sebarang alasan yang diberikan.
Loceng
di pintu berbunyi.
“Alamak,
Sarah! Tu mesti diorang dah sampai. Aku letak telefon dulu. Nanti aku call
balik.” Tangannya mencapai tudung yang disangkut di belakang pintu. Dia
berjalan pantas mendapatkan pintu.
“Assalamualaikum”
Mata
Elhana membulat.
“Ilhami!” Tangannya
memegang kotak-kotak besar.
“Cepat
buka pintu. Berat ni..” Suaranya hampir tidak kedengaran kerana menahan beban
yang berat. Kakinya melangkah deras dan meletakkan kotak-kotak itu di satu
sudut yang dirasakan sesuai.
“Ilham,
apa ni? Kenapa you datang sini bawa benda ni semua?”
Ilhami
kehairanan. Tunang dia ni dah kenapa? Ada masalah hilang memori kah? Baru
sahaja 3 hari lepas dia meminta bantuan Ilhami menghantar barang-barang itu ke
apartmentnya kerana dia ingin mulakan proses pembungkusan hadiah buat tetamu
yang bakal hadir ke majlis mereka.
“Bukan
you suruh hantar goodies bag ni hari ni ke? Dalam ni semua ada 1000 pieces of
Goodies Bag. As you ordered from them”
Elhana
menepuk dahinya. Dia terlupa habis pasal benda ni. Sekarang ni dia kaget. Macam
mana kalau Zakuan datang sekarang menghantar Faiq?
“Boleh
ambilkan I air tak, yang? I boleh ambil sendiri tapi I tak tahu kat mana” pinta
Ilhami. Dia melabuhkan punggung ke atas sofa.
Elhana
akur. Dia ke dapur mengambil air.
Loceng
berbunyi sekali lagi. Elhana berhenti menuang air ke dalam gelas. Matilah dia.
Jug air diletak perlahan-lahan tanpa sebarang bunyi. Kakinya kaku di situ.
Loceng berterusan dibunyikan tetamu di luar pintu. Pintu tidak ditutup pun
sebenarnya untuk mengelakkan sebarang sangkaan buruk daripada jiran-jiran. Cuma
mungkin tetamu itu bertindak sopan dan menanti di luar.
Ilhami
mengampiri pintu untuk menjenguk siapa yang datang. Tunggu Elhana lambat
sangat.
“Assalamualaikum.”
Zakuan
tercegat di luar pintu sendirian tanpa Faiq. Ilhami memandang ke arah Elhana
yang juga tercegat di dapur sambil memandangnya. Nafas Elhana seperti terhenti
bukan kerana terkejut tapi lebih kepada riak wajah takut dan kalut.Kemudian Ilhami
memandang ke arah Zakuan semula. Dia berasa keliru dengan kehadiran Zakuan di
hadapan pintu. Kenapa Zakuan boleh datang ke rumah Elhana?
Apa
semua ini? Penglihatannya menjadi kabur. Lantai yang dipijak terasa bergoyang.
Berpusing-pusing bagai vertigo. Gempa bumi kah? Dia tidak nampak apa-apa lagi.
Gelap,
hitam, kosong.
Tangisannya
masih belum berhenti. Doktor masih belum selesai merawat Ilhami. Di bangku itu
dia menanti sambil Zakuan setia di sebelahnya. Dia tidak pasti kesakitan yang
sedang dialami Ilhami itu. Tidak pernah pula Ilhami mengadu sakit apa-apa.
Bagaimana kalau Ilhami mati? Apa akan jadi kepada dirinya? Mampukah dia
teruskan hidup tanpa Ilhami? Macam-macam perkara menerpa ke dalam kepalanya.
Makin lama makin serabut.
“Awak
memang bahagia dengan dia, kan?” Soal Zakuan tiba-tiba.
Elhana
tidak terus menjawab. Pertanyaan Zakuan itu tidak sesuai dalam situasi
sekarang.
“Masa
majlis konvo awak, saya datang macam yang saya janji. Saya bawa bunga untuk
awak. Tapi awak nampak Ilham dulu. Dia pun datang bawa bunga”
“Zakuan,
why are you acting like this? Kawan awak tengah kritikal dan awak boleh cakap
pasal benda 3 tahun lepas?” Elhana tak dapat hadam tingkah laku Zakuan.
Tidakkah dia risau dengan kejadian menimpa Ilhami? Bekas sahabat baiknya itu
pengsan dan berbuih mulutnya pagi tadi sebaik sahaja mengetahui kehadiran
Zakuan ke rumah Elhana.
“Saya
tak sangka awak cepat jumpa pengganti saya” Zakuan menyambung lagi ayatnya
tidak menghiraukan kata-kata Elhana.
Kali
ini Elhana bangun selepas mengesat airmatanya. “Seriously, Zakuan. Just stop
it! Sekarang bukan masanya. Awak ni selfish la”
Dia
berlalu pergi ke arah tingkap kaca di hujung koridor. Pandangannya dilemparkan
ke luar bangunan hospital. Selepas beberapa jam di unit kecemasan, Ilhami
dipindahkan ke dalam wad medikal. Tetapi doktor masih belum membenarkan Elhana
masuk ke dalam bilik untuk bertemu dengannya walaupun doktor itu kenal dengan
Elhana secara peribadi.
Zakuan
berjalan mendapatkan Elhana. Dia masih belum puas hati selagi dia tidak
menghabiskan kata-katanya.
“Ros
dan saya bercerai lepas setahun kami berkahwin. Kami tak bahagia pun. Saya kan
cuma Pak Sanggup. Tapi hak penjagaan Faiq dapat ke saya sebab Ros memang tak
mahukan Faiq.”
Elhana
menggeleng. Dia tidak perlu dengar semua ini. Kepalanya sudah cukup serabut
dengan perkara pagi tadi.
“Elhana
dengar dulu, saya masih sayangkan awak.” Zakuan memegang kedua-dua lengan
Elhana yang sedang berpeluk tubuh.
Elhana
menepis pegangan Zakuan. Matanya memandang tepat ke mata Zakuan. Satu pandangan
yang berbaur antara kebencian dan kemarahan. “Awak masa silam saya, Zakuan.
Ilham masa hadapan saya. Saya dah lama tinggalkan semuanya pasal kita. Please
Zakuan, this is unfair to me.”
“Tapi
macam mana kalau Ilham mati? Awak tak ada sesiapa lagi. Awak cuma ada saya je.”
Zakuan memang melampau bila dia sanggup kata begitu tentang sahabatnya.
Pang!!
Satu
tamparan hinggap di pipi Zakuan. Dia memang layak kena tampar dengan Elhana. Tiada
empati langsung diberikan kepada Zakuan, sikitpun tiada simpati terhadap
Ilhami.
“Ilham
tidak akan mati dan kalau dia dah nak mati pun, saya tetap akan kahwin dengan
dia”
Keras
suara Elhana dan dia terus melangkah pergi. Kebetulan jururawat dan doktor
keluar dari bilik Ilhami. Dia menyeka airmatanya dan mendapatkan mereka.
“Hana,”
Sapa Doktor Hadi yang merupakan kenalannya di universiti. Riak wajahnya biasa
sahaja jadi Elhana menjangkakan mereka masih belum tahu diagnosis Ilhami.
“He’s
fine as for now. Tomorrow afternoon I will be able to tell you the whole
results”.
Elhana
mengangguk. “Thanks Hadi. Can I see him now?”
“Sure.”
Pendek jawapan Doktor Hadi dan jururawatnya kemudian berlalu pergi. Elhana
menguak pintu dan masuk untuk menemui Ilhami. Bapa Ilhami masih belum tiba lagi
walaupun sudah dimaklumkan 2 jam yang lepas. Ilhami kelihatan seperti tidur.
Elhana keluar kembali. Kelibat Zakuan sudah tidak kelihatan. Tidak banyak yang boleh dilakukan olehnya. Lebih baik
dia pulang ke rumah dan datang semula esok.
“Dalam
CT Scan, kita boleh nampak ada pendarahan dalam otak Ilhami. Benda ni jarang
berlaku pada lelaki bawah 50 tahun, tapi tidak mustahil. He got Aneurysm with
Subarachnoid Hemorrhage”
Elhana
mengeluh. Dia tahu apa itu. Ilhami masih tidak sedarkan diri sejak semalam.
Sekurang-kurangnya dia akan mengambil masa 4-6 minggu untuk kembali pulih
seperti biasa. Itu belum termasuk sesi terapi dengan Juru Pemulihan Cara Kerja
sehinggalah dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bantuan. Tapi majlis
pernikahan mereka tinggal 2 bulan sahaja lagi.
Doktor Hadi menerangkan lagi
jangkaan daripada hasil rawatan yang bakal dijalankan kelak. Elhana memandang
ayah Ilhami di sebelah. Dia tidak dapat membayangkan perasaan seorang ayah
apabila anaknya yang menjadi harapan keluarga ditimpa penyakit sebegini. Doktor
sendiri tidak pasti samada Ilhami akan kembali kepada kehidupannya sebelum ini.
Namun dalam perubatan, segalanya mungkin.
Dia
mula mempertimbangkan pilihan yang ada dihadapannya kini. Pertama; batalkan perkahwinan
mereka berdua. Kenduri itu dibuat kenduri doa selamat untuk Ilhami. Kedua;
meneruskan perkahwinan tapi ditangguhkan lagi sehingga Ilhami mampu dan waras
untuk menjalankan upacara akad nikah. Ketiga; dia tidak tahu pilihan yang
ketiga. Jadi dia membiarkan pemikiran itu berfikir di saat itu.
Selain
itu dia juga mula memikirkan hikmah disebalik kejadian ini. Pertama; mungkin
Ilhami bukan jodohnya. Jadi daripada mereka mempunyai perkahwinan yang
bermasalah, lebih baik mereka tidak berkahwin. Kedua; mungkin sebenarnya dia
belum bersedia untuk berkahwin. Dia cuba mengkelaskan setiap pemikirannya
kepada beberapa kategori.
Hairan
dalam keadaan begini dia masih mampu berfikir secara rasional. Setelah dia puas
menangis dan melayan emosi seharian pada hari semalam, hari ini dia mulai
memikirkan tindakan yang bakal dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi kini. Menangis sahaja tidak efisien malahan merugikan setiap masa yang
berlalu.
--------------------------------------------------------------------
p/s:
FH ingat boleh habiskan dalam lima bab sahaja, tapi nampaknya FH belum puas menulis kisah cinta cliche ini. Mungkin dengan cara ni, FH dapat merasai perasaan bercinta itu semula. Perasaan manis manis. LOL. Terima kasih kepada yang membaca.
p/s:
FH ingat boleh habiskan dalam lima bab sahaja, tapi nampaknya FH belum puas menulis kisah cinta cliche ini. Mungkin dengan cara ni, FH dapat merasai perasaan bercinta itu semula. Perasaan manis manis. LOL. Terima kasih kepada yang membaca.
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...