Posts

Showing posts from September, 2016

Rasa

Aku melutut kepada kisah silam Yang lebih nyata daripada masa depan. Perihal perasaan yang masih tebal Mencucuk cucuk jiwa untuk berpatah kembali dari jendela Kerana fajar terlalu menyilaukan Lalu aku menyarung selimut hari semalam Setiap langkah ke hadapan Membawa kembali ke halaman itu Di hari aku kenal empunya nama Di hari aku sedar ku punya rasa Di hari aku letakkan hati di atas meja Di hari aku buka peti simpanan Di hari aku lontar dan simpan semula Halaman ku kini lusuh Kelabu. Hambar. Gemuruh Longlai Mengharap senja lekas betamu FH, kala ini.

Elhana dan Zakuan, Bab 6

Bab 6             “Aku nikahkan dikau dengan Elhana binti Zamri dengan maskahwinnya RM22.50 tunai.”             “Aku terima nikah Elhana binti Zamri dengan maskahwinnya RM22.50 tunai”                           Dua orang saksi mengangguk tanda lafaz itu sah. Jurunikah juga mengangguk tanda pernikahan itu sah dan selesai. Dia melarikan pandangan ke arah Elhana.             Terbit titisan airmata di hujung anakmata gadis itu yang cantik berpakaian serba putih pada hari ini. Putih itu lambang kesucian cinta mereka berdua. Biarpun menempuhi onak dan duri, mereka tetap mengharungi setiap ujian dengan tabah. Kini hidup baru bakal bermula setelah bergelar suami isteri.     ...