Elhana dan Zakuan, Bab 6
Bab 6
“Aku
nikahkan dikau dengan Elhana binti Zamri dengan maskahwinnya RM22.50 tunai.”
“Aku
terima nikah Elhana binti Zamri dengan maskahwinnya RM22.50 tunai”
Dua
orang saksi mengangguk tanda lafaz itu sah. Jurunikah juga mengangguk tanda
pernikahan itu sah dan selesai. Dia melarikan pandangan ke arah Elhana.
Terbit
titisan airmata di hujung anakmata gadis itu yang cantik berpakaian serba putih
pada hari ini. Putih itu lambang kesucian cinta mereka berdua. Biarpun
menempuhi onak dan duri, mereka tetap mengharungi setiap ujian dengan tabah.
Kini hidup baru bakal bermula setelah bergelar suami isteri.
Akad
nikah itu ibarat pintu gerbang ke alam perkahwinan yang serba mencabar. Ia
bukanlah bermakna segalanya bakal indah selepas ini. Itu satu perkara yang
mereka perlu ingat. Bahawa sikap sabar lah yang menjadi pelincir kepada
pelayaran mereka di bahtera perkahwinan.
Dia
akan diminta menghampiri Elhana untuk upacara sarung cincin. Suatu lagi
simbolik di mana dia akan menyentuh Elhana yang dalam keadaan berwuduk untuk
melambangkan hubungan suami isteri itu meskipun halal namun tetap menyebabkan
terbatalnya wuduk apabila kulit mereka bersentuhan.
Masih
jelas di ingatan bagaimana akhirnya mereka membuat keputusan untuk berkahwin
beberapa bulan lepas. Jiwa Elhana yang keras akhirnya kendur setelah melihat
kesungguhannya. Bertahun mereka mengenali diri masing-masing, kali ini
nampaknya Elhana bersikap paling degil. Walaupun kedegilannya itu sebenarnya
demi kebaikan mereka berdua.
Beberapa
bulan sebelum itu...
“Seriously,
mana boleh macam ni!”
Elhana
membentak. Dia paling tidak suka apabila ada orang cuba mengatur kehidupannya.
Tapi siapa yang suka?
“Ini
untuk kebaikan semua pihak, Hana.” Balasnya. Gadis itu ternyata keras hati bila
sudah menetapkan pendiriannya. Tapi apa yang dia tahu mengenai masa depan? Masa
depan mereka sudah gelap bersama.
Ilhami
memandang ke arah Elhana yang bungkam di atas kerusi. Dipandangnya puas-puas
bagaikan tidak pernah puas mentap wajah manis itu. Buat masa ini pemikiran
rasional harus mengatasi emosi yang bergelodak dalam jiwanya. Dengan keadaan
fizikalnya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri, Ilhami tidak layak menjadi
suami kepada Elhana.
Suara
Zakuan semalam menguatkan gerak keputusannya untuk memutuskan pertunangan
dengan Elhana. Zakuan memang betul dalam hal ini. Dirinya bukan untuk Elhana.
Gadis itu cukup sempurna untuk dimiliki seorang yang hanya terdampar di atas
katil. Kata-kata Doktor Hadi terngiang-ngiang di mindanya.
“Kita
tengok berdasarkan respon you terhadap rawatan. Proses penyembuhan boleh makan
masa bertahun walaupun sekarang ni you dah tunjukkan prestasi yang bagus.
Selepas ini kita akan teruskan rawatan fisioterapi sehinggalah you mampu
berdiri sendiri. Kita nak kuatkan tulang you dulu”
Tiada
sebarang ayat yang keluar dari bibir Elhana. Dia juga mendengar laporan Dr Hadi
semalam. Paling dia tidak faham, dari mana Ilhami dapat idea yang pertunangan
mereka perlu diakhiri. Siapa yang bagi idea gila itu? Zakuan? Kejam betul kalau
betul dia yang pengaruhi Ilhami.
“Ilham,
I tak nak orang lain. It’s you that I want. Can’t you get it?”
Nada
suara Elhana bercampur resah. Ilhami hanya bersandar di hujung katil dengan
bantal diletakkan di belakang.
“Sepatutnya,
I yang jaga you. Tapi you pula yang jaga I. I feel helpless…”Ilhami cuba
menguatkan hujahnya agar Elhana bersetuju dengan cadangan tersebut. Sebaliknya,
ditolak mentah-mentah.
“Dah!
Kita tak akan bercakap pasal hal ini dah.”
Elhana
bingkas bangun menuju ke sisi katil yang menempatkan bekas minuman dan makanan.
Dicapainya sebiji epal dan sebilah pisau. Laju tangannya memotong buah tersebut
dan menghidangkannya di dalam piring. Ilhami diam sahaja. Sejurus sahaja
selesai, Elhana menghulurkan pinggan tersebut kepada Ilhami. Namun Ilhami gagal
mengangkat tangannya untuk mengambil sepotong Epal untuk dimakan.
Dia
rasa gagal sekali lagi. Dia masih belum berjaya menggerakkan tangannya sendiri
walaupun ada keinginan berbuat demikian. Hanya berjaya mengangkat sedikit
kemudian terjatuh semula. Itupun dalam keadaan terketar-ketar.
Melihatkan
keadaan itu, Elhana mencapai garfu dan menyuapkan epal itu ke mulut Ilhami.
Tidak sampai hati pula membiarkan tunangnya terkapai-kapai. Mengapa Ilhami
tidak faham betapa kasihnya tidak pernah berkurang dengan kekurangan Ilhami
sekarang? Mengapa mahu menolaknya jauh-jauh?
“Nanti
kalau I tinggalkan you, I jealous tengok nurse suapkan you makan” selamba
sahaja Elhana membebel.
Ilhami
tersengih. Ke situ pula pemikiran gadis itu. Tapi wajahnya masih serius dan
tidak ketawa.
“Bagus
kan macam tu? Nurse dah la comel comel… Lagi-lagi kalau student” pemikiran
nakal Ilhami sengaja mahu mengusik Elhana.
Aduh!
Elhana menumbuk bahunya. Dia sudah dapat merasa kesakitan walaupun masih belum
berdaya untuk bergerak. Terbit titisan airmata di hujung mata Elhana. Tawa
Ilhami sepi kembali. Dia tidak mahu melihat Elhana menangis kerana dia lagi.
Sebab itu Zakuan orang yang paling tepat untuk mendampingi dan membahagiakan
Elhana.
“I
tak nak you menangis sebab I dah….” Nada suara Ilhami bertukar sedih.
Elhana
menyeka airmatanya yang mulai bertakung. Setitis dua berjaya juga terbit dan
berguguran. “Don’t start again Ilham. It’s not that you ada cancer or terminal
disease. You akan pulih.. But you have to be strong.”
Semangat
gadis itu tetap membara. Entah berapa kali dia sudah memberikan kata-kata
motivasi kepada lelaki itu. Sebenarnya diri sendiri bukanlah sekuat mana. Tapi
dia perlu tampil kuat demi Ilhami. Hatinya telah lama reda hakikat yang majlis
pernikahan mereka tempohari dibatalkan. Semua goodies diedarkan kepada
jiran-jiran dan sanak saudara yang datang untuk majlis doa selamat.
Baju
kahwin nya? Yang telah ditempah khas bukannya sewa daripada butik pengantin itu
masih lagi tergantung dalam almari. Masih dalam plastik dan sudah bergosok.
Hanya tinggal dipakai bila nanti mereka akan disatukan bila tiba masanya kelak.
Elhana yakin hari itu akan tiba juga. Kalau boleh mahu sekarang juga. Cuma dia
perlu kuatkan keyakinan Ilhami sendiri bahawa dia tidak perlu risaukan Elhana.
“Macam
mana El?”
Elhana
mengangkat keningnya. Perut Sarah yang memboyot dipandangnya lama. Mungkin
kalau 8 bulan lepas dia sudah berkahwin dengan Ilhami, dia juga akan seperti
Sarah. Merasai kehidupan sebagai seorang ibu. Soalan Sarah masih belum
terjawab. Jantina apa agaknya kandungan Sarah? Kalau perempuan pasti comel
seperti Sarah. Dapatlah dia sepasang anak lelaki dan perempuan memandangkan
anak pertamanya ialah lelaki yang diberi nama Ibrahim.
“Kau
nak letak nama apa kat anak kedua kau ni?”
Sengaja
menukar topik. Kehidupannya terlalu diberi perhatian oleh orang sekelilingnya
membuatkan dia rimas. Kadangkala.
Sarah
mencapai cinnamon roll dan mengunyah laju. Naluri mengandung menaikkan selera
makan nya selepas menjengah minggu ke 24 ini. Dia tidak berpuas hati dengan
tingkah Elhana yang sengaja mengalih topik. Tapi dia faham benar dengan sikap
Elhana.
“Kalau
perempuan, aku letak Hajar. Kalau lelaki, aku letak Ismail kot”
Elhana
ketawa dengan jawapan itu. Kenapa klasik sangat pilihan nama anak-anak Sarah?
“Kau
memang tak nak letak nama moden ke? Sekarang orang suka letak nama Zara, Aisy,
Arrian, kau tak suka ke?”
“Taknak
lah aku. Nama aku pun Sarah, nama laki aku pun Yusuf. Anak-anak kitorang
nama-nama dalam Al-Quran je senang. Shuaib pun okey juga”
Elhana
ketawa lagi. Benar-benar ketawa. Mungkin ketawa paling besar sejak dalam
beberapa minggu ini selepas Ilhami mengusulkan agar mereka berpisah. Tawanya terhenti
bila ternampak seorang lelaki berpakaian segak gaya baru pulang dari mahkamah.
Kalau Ilhami sihat pasti dia kelihatan begitu juga.
Sarah
perasan dengan perubahan emosi Elhana yang mendadak. Dari situ dia sedari
Elhana masih bergolak dengan keputusannya. Lambat laun Elhana harus membuat
pilihan samada terus menanti Ilhami atau meninggalkan lelaki itu dan meneruskan
kehidupan.
“Tiada
sesiapa akan judge kau. Kalau kau tinggalkan dia. Lagipun itu permintaan dia
sendiri” Sarah memberikan pendapat tanpa dipinta Elhana.
Mata
Elhana redup sambil menghirup kopi. Dia faham benar hakikat itu. Ilhami bukan
suaminya jadi tiada istilah isteri derhaka di situ.
“Kena
fikir juga pandangan orang. Kau dengan dia, belum sah lagi. Kau selalu lawat
dia, berjam-jam. Apa kata orang nanti?”sambung Sarah lagi.
Pedulikan
lah kata orang! Kenapa kena fikir perasaan orang lain? Kenapa tiada siapa
bertanya apa yang dia rasakan dan dia mahukan? Elhana memberontak dengan
kata-kata Sarah. Tapi dipendamkan sahaja kerana tidak mahu menyakiti Sarah.
Walaupun pahit tetapi sahabatnya betul dalam hal itu.
“Jadi
kami kena sah dahulu baru aku boleh teruskan jaga dia?”Tiba-tiba sahaja dia
melontarkan idea itu. Entah dari mana ia muncul.
Sarah
kaget. Hendak jawab bagaimana dengan pertanyaan Elhana. Pertimbangan sahabatnya
itu bukan betul sangat. Adalah sangat gila kalau Elhana mahu berkahwin dengan
Ilhami dalam keadaan lelaki itu masih lemah terlantar di wad.
“Jawab
lah Sarah. Aku kena kahwin dengan dia ke?”desak Elhana. “Baru orang tak pandang
negatif pada kami?”
“Setiap
keputusan yang kau ambil, kau kena fikir betul-betul. Kau senaraikan dulu pros
and cons. Tapi satu perkara aku boleh cakap, kau gila kalau kau nak kahwin
dengan dia sekarang”
“Kenapa
pula gila?”
Tiba-tiba
sahaja Elhana merasakan itulah idea yang paling bernas. Hanya dengan
perkahwinan, dia dapat menjaga Ilhami sepenuhnya. Bukan kah memang itu yang dia
inginkan selama ini? Menjadi isteri kepada Ilhami.
“Aku
tak nak jawab soalan kau sekarang. Obviously you are not thinking rationally.
Kau balik, bincang dulu dengan Ibu dan Ayah kau.”
Sahabatnya
cuba mengelak daripada mempengaruhi fikirannya. Elhana kini menyedari bahawa
pilihan hanya terletak ditangannya. Malam hari nanti dia perlu memulakan solat
istikharah.
Ada
beberapa cara untuk solat istikharah berdasarkan pencarian google nya
tempohari. Elhana tidak pasti mahu mengikut yang mana. Dia perlu teruskan
pembacaan lagi agar dia lebih faham mengenai cara yang betul dan terbaik. Ini
kerana dia berharap dengan ibadah yang betul, dia akan mendapat jawapan yang
betul. Sudah beberapa kali dia mendengar cerita yang solat istikharah tidak
memberikan jawapan seperti yang diharapkan.
Persoalannya
di sini, apakah yang sebenarnya diinginkan Elhana? Tindak tanduknya seperti
sudah nekad mahukan Ilhami kekal dalam hidupnya. Jadi tidak perlulah dia
meminta jawapan lagi daripada Allah. Elhana berperang dengan perasaan sendiri
dalam hal ini.
Pemikiran
rasionalnya menganjurkan agar dia meninggalkan Ilhami dan bersetuju dengan
saranan Zakuan. Bukannya dia rugi apa-apa kerana Zakuan juga sayangkannya.
Kemudian datang pula emosional dalam jiwa dan memunculkan wajah Ilhami yang
terdampar. Adakah perasaanya terhadap Ilhami kini simpati ataupun cinta?
Ya
memang dia tidak sampai hati meninggalkan Ilhami dalam keadaan sebegini. Ya
memang Zakuan cinta pertamanya dan dia pernah berharap dialah juga cinta
matinya. Tapi, tapi dan tapi.
Membuat
keputusan bukan semudah satu dua dan tiga. Banyak perkara perlu dipertimbangkan
Elhana sebelum berkata ya kepada salah satu jalan. Jadi jelas lah kini dia
memang perlu melaksana kan solat istikharah supaya dia beroleh ketetapan dalam
membuat keputusan. Semoga keputusan yang diambil kelak memberi kebaikan kepada
semua pihak, lebih tepat lagi kepada dirinya sendiri.
Bersambung lagi....
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...