Salah Faham mengenai Depression
Dah tahun 2019 ni, nampaknya ramai masih belum faham bahawa penyakit Depresi/Depresion itu adalah sejenis penyakit physiology.
Dia sama je macam penyakit lain. Ada orang kena Diabetes, ada orang
kena Gout, jadi tak boleh kata yang Depresi ni sebab lemah iman.
Ada banyak faktor risiko macam mana orang boleh dapat Depression. Antaranya:
Faktor Medikal
1) Genetik
Ni macam biasa la, kalau dalam keluarga ada sejarah penyakit ni, boleh je kita dapat juga. Macam kalau mak kita ada Diabetes lepas tu masa kita pregnant, kita pula yang ada Gestational Diabetes.
2) Ketidakseimbangan Kimia dalam Otak
Ni secara lahiriah, boleh pula neurotransmitter yang fungsi bawa signal dalam otak tu, tak seimbang. Jadinya, dapat la penyakit ni.
3) Masalah tidur
Tidur kan dikaitkan dengan waktu rehat kita. Masa tu lah otak nak rehat dan reset balik badan kita untuk esok pula. Sel badan pun mengalami pemulihan masa kita tidur. Tapi bila tidur kita terganggu, boleh juga ada kes yang pesakit tu jadi Depression.
4) Penyakit Serious
Bila kita kena penyakit macam kanser, arthritis, strok, Parkinson, Alzheimer, kita juga ada risiko untuk jadi Depression.
Faktor Sosial
1) Penderaan
Keadaan kita semasa membesar sangat mempengaruhi samada kita boleh dapat penyakit ini atau tidak. Kalau kita banyak pengalaman yang sedih ataupun pernah didera, lagi mudah untuk kita dapat Depression.
2) Jantina
Kaum wanita lagi mudah dapat Depression tapi boleh jadi juga sebab kaum wanita lebih rajin mendapatkan rawatan. Jadi statistik nya lebih tinggi. Hormon wanita boleh mempengaruhi seseorang itu terutamanya semasa mengandung dan selepas bersalin (post partum depression).
3) Kurang sokongan sosial
Ni bukan jenis yang introvert sahaja ya, kalau jenis extrovert pun boleh juga. Kalau kita rasa kesepian dan mood kita mudah terjejas akibat itu, lebih mudah untuk kita kena penyakit Depression.
4) Kejadian besar dalam hidup
Kematian, perceraian, persaraan, belih rumah baru, kehilangan pekerjaan, antara kejadian dalam hidup yang boleh buat orang jadi Depression. Salah satunya sebab kita dalam keadaan bersedih dan meratapi nasib diri. Jika kita rasa kita belum move-on dan tak tahu macam mana nak handle emosi tu, cepat-cepat lah jumpa Kaunselor.
Selain daripada perkara di atas, penyalahgunaan ubat dan dadah juga boleh menyebabkan Depression.
Dalam senarai di atas ada ke cakap pasal lemah iman? Ia adalah satu penyakit, jadi perlu ada rawatan dengan doktor bertauliah. Berhenti salah faham terhadap penyakit Depression dan kalau anda dapati ada ahli keluarga yang mungkin ada penyakit ini, cepat-cepat lah bantu dia.
Sumber: www.healthline.com

Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...