Perasaan Jadi Seorang Ibu

Salam Readers!

Tanggal 12 September 2019 yang lepas, secara rasminya, FH bergelar seorang Ibu!

Tak dapat digambarkan bagaimana, sebab macam-macam dah jadi. Sejak disahkan pregnant masa awal tahun, Abah FH meninggal dunia di Madinah. Jadi somehow I cannot focus on my pregnancy. Alhamdulillah, masa mengandung, tak ada komplikasi, dan boleh kata tak ada alahan langsung. Cuma satu je, penyakit malas yang teramat sangat. Haha.

Macam kata orang, kalau mengandung mudah, bersalin nya susah. Agaknya dah jadi satu doa, proses bersalin memang susah. Ujian oh ujian..

Proses Pra Bersalin

Kami ke PPUM pada asalnya kerana perut FH tiba-tiba mengeras pada hari Ahad tu. Bila doktor buat VE, sudah ada bukaan 1 cm. Jadi FH admitted sahaja ke dalam wad. Sehinggalah hari Selasa di mana ia masih 1 cm. Doktor pun buat keputusan untuk induced dan beri masa 24 jam untuk ada bukaan. Pada pagi hari Rabu, telahpun ada bukaan sebanyak 3 cm. Jadi doktor terus masukkan FH ke dalam labour room dan pecahkan air ketuban untuk bantu mempercepatkan lagi proses bersalin.

Jam 11 pagi, FH masuk ke labour room, sehinggalah pukul 12 tengah malam, baru bukaan 10 cm. Doktor cuba vacuum tapi baby tak keluar juga. FH dah habis tenaga masa tu tapi cuba juga push bila ada contraction. Masya Allah, luruh hati bila dengar doktor cakap nak buat Caesar. OMG... dah la dari siang tadi siap pasang epidiural bagai, akhirnya tak dapat normal juga.

Tapi bagus juga bila dah ada tiub epidiural, lagi senang doktor nak masukkan ubat bius untuk proses operation Caesar. Terus nurse sorong FH ke bangunan sebelah untuk operate di sana. Jam masa tu pukul 2 pagi lebih kurang.

Bilik OT terlalu sejuk sampai FH hanya ingat menggigil sahaja. Selepas tu FH terdengar bunyi mesin seperti mesin potong daging di Rosyam Mart. Selang beberapa minit, FH ternampak bayi di angkat keluar dari bilik OT. Kebetulan, kepala FH memang sedang memandang ke pintu keluar.

Terus FH tanya: Doktor, anak saya ok ke? Nurse dan Doktor Bius di sebelah memberi jaminan yang bayi ok. 

Selepas Bersalin

Selesai segalanya, FH dihantar ke wad Post Natal. Nurse membawa baby dan letakkan baby sebelah FH. Sempat FH jeling jam di dinding, masa tu pukul 4 pagi. Itulah kali pertama kami tidur bersama. Lega yang teramat tapi badan juga terasa sangat sakit.

Memang totally tak ready for so much pain. FH ambil ubat tahan sakit banyak hari sampai dekat 2 minggu selepas bersalin.

Fasa Berpantang

Hari 1 - 4
Kami hanya keluar dari hospital pada hari ke 4 selepas bersalin, sebab untuk kelahiran Caesar memang perlu pantauan selama 3 hari dan kemudian tambah 1 hari lagi kerana baby kena jaundice. Pada hari Ahad barulah kami keluar. Kami pun pulang ke rumah dengan happy nya.

Hari 6-8
Pada hari daftar kelahiran baby di KK KL, jaundice baby naik balik. Jadi kami masuk semula ke hospital selama 3 hari. Kali ini di Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur pula. Penatnya teramat badan masih sakit pastu kena jaga anak sendiri-sendiri pula di wad. Memang memenatkan. Bila dapat balik, rasa lega sangat. Tapi kegembiraan hanya sementara.

Hari ke 11- 54
Siapa sangka, masa baby umur 11 hari, FH dapati suhu dia naik sampai 38 darjah celcius. Terus kami berkejar ke hospital malam tu juga. Bila doktor check rupanya baby kena jangkitan bakteria dalam darah. Jadi rawatan antibiotik selama 2 minggu. Tapi doktor ada beri pesanan, kalau kuman merebak ke tempat lain, rawatan antibiotik kena buat selama 6 minggu. 
Dalam hati tak putus berdoa anak tak kena penyakit lain. Selepas 3 hari, demam dah tak ada. Tapi rawatan masih diteruskan lagi. Sehinggalah hari ke 14, pada hari doktor nak decide boleh balik ke tidak. Doktor dapati, tangan baby lemah dan tak bermaya. Jadi doktor nak buat MRI sebab takut ada jangkitan di tulang belakang.
Hancurnya hati kami, rupanya kuman dah hakis tulang belakang baby. Paling tak sangka, terjumpa pula ada nanah di kawasan tekak yang berhampiran dengan hakisan tulang itu. Tak ada pilihan lain, kena beri antibiotik selama 6 minggu juga. Kami hanya pasrah. 
Selama dalam wad, doktor buat juga pemeriksaan lain, scan hati, otak, buah pinggang dan limpa, echo jantung utuk periksa kalau ada nanah di organ-organ tu.
Alhamdulillah, tiada.

Semuanya sudah tertulis. Akhirnya kami dibenarkan pulang. Memang boleh dikatakan FH berpantang sepenuhnya di hospital. Namun ada banyak appointment untuk doktor buat pemeriksaan dan rawatan susulan.

Perasaanya?

Penat. 

Gembira? Memang bahagia dapat anak.  Cuma proses memanusiakan manusia ini, satu bentuk cabaran yang penuh dengan dugaan. Harap-harap FH dan suami mampu menjaga amanah ini dengan sebaiknya. Insya Allah.

Iyas Al-Muzani bin Mohd Muzamil

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines