Posts

Showing posts from August, 2021

Kisah Kuetiau Kungfu ubat isteri yang merajuk

Image
Salam readers! Apa khabar semua? Harap baik-baik sahaja. Tahukah anda, ejaan kuetiau yang sebenar ialah KUETIAU. Bukan Kueyteow, bukan Kuaytiaw, bukan juga Queteow. Hari ini saya nak cerita tentang apa yang jadi semalam, kejadian yang mengingatkan FH betapa FH kena bersyukur dengan kehadiran seorang MM dalam hidupku.  Bila isteri sedang berdrama, rasanya suami kena lah pandai handle emosi sendiri dan emosi isteri dalam cara paling berhemah. Itulah yang terjadi semalam bila FH betul-betul merajuk dan rasa macam suami FH ni tak memahami jiwa isteri.  FH ni jarang betul nak merajuk, selalunya suami FHyang lebih sensitif dan berkecil hati dengan perbuatan dan perkataan FH. Okey kita panggil lah MM sahaja ye. Sepanjang petang semalam, sakit betul kepala FH rasa berat sangat sampai masa ambil anak di taska pun, rasa tak yakin mampu meneruskan pemanduan. Tapi teruskan juga sebab MM balik lambat, pukul 7 baru bertolak dari ofis. Taska pun dah tutup masa tu. Bila dah balik tu, bancuh s...