Kisah Kuetiau Kungfu ubat isteri yang merajuk

Salam readers!

Apa khabar semua? Harap baik-baik sahaja.

Tahukah anda, ejaan kuetiau yang sebenar ialah KUETIAU.

Bukan Kueyteow, bukan Kuaytiaw, bukan juga Queteow. Hari ini saya nak cerita tentang apa yang jadi semalam, kejadian yang mengingatkan FH betapa FH kena bersyukur dengan kehadiran seorang MM dalam hidupku. 

Bila isteri sedang berdrama, rasanya suami kena lah pandai handle emosi sendiri dan emosi isteri dalam cara paling berhemah. Itulah yang terjadi semalam bila FH betul-betul merajuk dan rasa macam suami FH ni tak memahami jiwa isteri. 

FH ni jarang betul nak merajuk, selalunya suami FHyang lebih sensitif dan berkecil hati dengan perbuatan dan perkataan FH. Okey kita panggil lah MM sahaja ye.

Sepanjang petang semalam, sakit betul kepala FH rasa berat sangat sampai masa ambil anak di taska pun, rasa tak yakin mampu meneruskan pemanduan. Tapi teruskan juga sebab MM balik lambat, pukul 7 baru bertolak dari ofis. Taska pun dah tutup masa tu.

Bila dah balik tu, bancuh susu anak lepas tu hanya mampu terbaring tunggu MM balik pula baru nak buat apa-apa yang patut. Nak bangun makan ubat pun tak larat. 

MM sampai lepas maghrib, terus tanya macam-macam: 

"Nak masak ke tak?"

"Kalau tak masak nak order apa?"

"MM nak makan nasi ayam penyet..FH nak makan apa?"

Dalam keadaan biasa, memang FH mampu menjawab soalan tu semua. Dan selalunya memang FH yang akan tanya soalan macam-macam. Tapi semalam terlalu lemah nak berfikir sebab kepala sakit sangat.

FH pun cakap:  "Abang beli je la apa-apa, nanti sayang makan biskut je."

Apa lagi MM pun kecewa lah dengan jawapan FH. 

"Lain kali, bila nak masak tak payah la tanya abang nak makan apa. Tak payah kisah dah."

Eh eh.. kita tengah sakit ni, dia pula berdrama. Suami isteri memang kuat drama kan memasing.

FH dalam kesakitan ni tapi tetap taknak kalah. Nak juga jawab:

"Orang tengah sakit ni, expect macam tak sakit pula. Macam ni lebih baik mati lah. Senang hidup Abang."

Yerr macam tu sekali FH jawab. Memang emosi betul semalam. Lepas tu MM diam sahaja. Teruskan tengok-tengok phone. Tak cakap apa-apa dah. Kemudian keluar dari bilik. 

FH pula membatu dan cuba tidur tapi tak dapat tidur. Masa ni anak dah tidur dah. Nasib baik anak tak dengar kami bergaduh. Tetiba baru nak terfikir, kalau makan kuetiau kungfu sedap juga nih. My comfort food bila rasa tak sedap badan. Tapi, hurm, takkan dah gini baru nak cakap kat MM nak makan apa. Masa MM tanya tadi tak jawab. Jadi nampaknya makan biskut je lah dinner malam ni. 

FH pun solat dan bersihkan diri. Lepas tu keluar bilik nampak MM tengah makan nasi sorang-sorang. Terfikir kejap, bila pula ada nasi bungkus? Beli tak ajak kita pun. Nampak tak dah la marah suami pastu ada hati nak merajuk suami tak ajak makan. Tapi FH masih menetapkan pendirian dan ego, tanak tegur apa-apa.

Lepas tu baru FH terfikir nak makan panadol dan bancuh milo, tapi handbag ada kat depan MM yang tengah makan nasi, alamak nak taknak kena lalu depan MM juga.

Slow je MM cakap:

"Ada Kuetiau Kungfu tu.. makan lah."


Ya Allah bayangkan macam mana reaksi FH masa tu. (Insert emoji menangis)

Memang FH terpempan dan tak tahu nak react macam mana. FH betul-betul rasa overwhelmed dan terus menangis sambil berdiri. MM masa tu tengah basuh tangan lepas makan. Tapi dia buat dekkk je kat FH nangis sorang-sorang.

Pastu FH pun minta maaf sebab cakap macam tu tadi, cakap pasal mati. So emotional of me. Tapiiiiii...

MM takde reaksi apa-apa pun dia buat muka takde perasaan dia tu dan ignore my drama.

Eeeeeee... geram lak kita. Pastu bila makan Kuetiau Kungfu ni, sedap pula tuh. Huuuuu... Memang sesuatu yang FH perlukan pada saat tak berapa sihat ni. 

Begitulah kisahnya, FH tulis di sini untuk kenangan di masa hadapan mana tahu tengah merajuk lagi dengan MM, boleh lah baca entri ni sebagai peringatan yang MM ni, love language nya bukanlah kata-kata manis, tetapi act of service. 

Padan lahh kami berjodoh sebabnya FH ni suka bagi kata-kata manis. Hihi. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines