Novel Mimpi Dahlia Bab Pertama
Salam readers!
I am back at writing! My 10 year old blog need to live again. For my first post in the longest time, I present to you my latest writing... Dahlia Dreams.
Tapi tulis dalam bahasa melayu jadi namanya Mimpi Dahlia. Enjoy your reading!
......................................................................................................................................................................
MIMPI DAHLIA
Malam yang damai. Kelihatan
sepasang kekasih bercanda di gigi air. Seumpama berada di hujung dunia hanya
mereka berdua. Angin lembut menerpa wajah hampir separuh usia itu. Kedutan
halus mula kelihatan di hujung mata. Solekan tipis dikenakan pada malam itu. Makan
malam yang mengenyangkan perlu dihabisi dengan segelas kopi sejuk.
Dia tak mahu sesiapa
tahu dia sedang enak di situ. Telefon bimbitnya dimatikan. Tiada sesiapa
daripada pejabat boleh menghubunginya. Apa erti percutian kalau perlu bicara
soal kerja. Dia mahu tenang sahaja di tepi pantai menikmati bayu malam.
“Air, miss”
Dia mengangguk. Air kopi
latte sejuk diletakkan di meja sisi. Jam berapa pun dia mampu telan kopi.
Darahnya ialah kopi. Dia tidak terjejas dengan kafein dan takkan menggangu
kitaran tidurnya. Lagipun kenapa dia perlu risau bangun awal esok pagi. Esok
dan seterusnya hari libur..
Muzik raggae kedengaran lembut
bersatu dengan bunyi ombak. Dia gemarkan percutian di pantai yang sebegini. Hutan
batu melemaskannya kadang-kadang. Hutan kayu pula banyak nyamuk dan pacat.
Pantai lebih jiwanya. Titik pertemuan daratan dan lautan. Tidak ada
kebergantungan dengan sesiapa. Ombak datang dan pergi kembali membawa perasaannya
bersama.
“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!”
Jeritan daripada pasangan
tadi memecah suasana. Dia cuba buat-buat tak dengar. Masih ingin menghayati muzik
alam. Lagipun di sini tiada siapa yang tahu, identiti sebenarnya. Boleh sahaja
dia buat-buat bodoh dan menjadi pelancong biasa.
Dia menyambung sedutan
kopinya. Alangkah indahnya langit malam ini. Di kota, terlalu banyak pencemaran
cahaya yang menyebabkan langit tidak berbintang. Bintang masih ada, cuma
tersingkap dek lampu bangunan dan jalan yang lebih terang. Adakah itu Orion Belt?
Buruj kegemarannya.
Ingatannya masih jelas saat
ayahnya menceritakan kisah pelayar silam yang merujuk buruj dalam pelayaran. Bukankah
langit itu pemerhati kepada manusia dan alam di bawah sini.
Orang ramai mula
menghampiri pasangan kekasih yang semakin menggila jeritan.
Polis! Polis! Panggil
Polis! Ambulans sekali! Jerit seseorang.
Berderau darahnya.
Naluri detektif terus menerpa dan merasuki mod percutiannya. Dia menghabiskan
sedutan terakhir kopi latte dan bergegas menghampiri titik tergempar. Apalah
yang teruk sangat sampai kena kecoh begitu sekali.
Semakin dia menghampiri
kumpulan manusia itu, semakin jelas pada pandangan matanya. Sekujur tubuh
terbaring tanpa seurat benang dan disaluti cuma jala ataupun jaring. Dia tidak
dapat mengenalpasti jenisnya dek malam yang pekat dan lampu restoran tidak
sampai ke situ. Entah masih hidupkah atau sudah mati.
Oh tidak… Habislah cuti
aku! Sumpahnya.
Dia menghampiri tubuh
itu dan cuba mendengar degupan jantung. Tiada nafas!
“Minta semua beri jarak
sedikit.”
Dia mengeraskan suaranya
supaya semua dapat mendengar arahan. Orang ramai mula tercengang.
“Saya Inspektor Dahlia
dari Bukit Aman”
Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...