Calon SUami dan Solat Jumaat
Hukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu ‘ain apabila berhimpun syarat-syarat sah sembahyang Jumaat itu.
Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Ta’ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (9)
(سورة الجمعة:9)
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu’ah:9)
Mengapa saya mengetengahkan isu ini kali ini?? Kerana saya amat kecewa baru2 ini apabila saya melihat ramai sekali lelaki Melayu yang dijamin agama mereka pastinya Islam kerana mereka tinggal di bumi bertuah Negeri Serambi Mekah.. tetapi mereka jelas sekali meringankan hukum bersolat Jumaat.
Memerhatikan keadaan mereka yang 'slumber' sekali tidak menyertai jemaah yang sedang memenuhkan masjid yang sebenarnya tak sampai 100m dari kawasan mereka menghabiskan masa... Saya amat kecewa.
Umi saya selalu berpesan kepada saya.. Cari lah suami yang mampu menjadi Imam kepada solat berjemaah.. Tapi melihatkan ramai2 lelaki di sana yang tidak mahu menjadi makmum kepada Imam solat Jumaat.. Saya jadi ragu-ragu untuk memilih siapa yang sepatutnya menjadi Imam kepada anak2 kelak..
Hatta Rasulullah saw juga berpesan dalam hadith baginda;
رواح الجمعة واجب على كل محتلم
(رواه النسائي)
Maksudnya: “Menyegerakan Jumaat itu wajib ke atas setiap orang yang bermimpi (baligh).”
(Hadis riwayat an-Nasa’i)
(رواه النسائي)
Maksudnya: “Menyegerakan Jumaat itu wajib ke atas setiap orang yang bermimpi (baligh).”
(Hadis riwayat an-Nasa’i)
Mengapakah ramai sekali Kaum Adam yang saya kira sudah bermimpi basah amat berani meringankan solat yang amat istimewa untuk mereka? Saya sendiri sebagai seorang perempuan rasa cemburu kerana lelaki amat bertuah kerana terdapat satu Ibadah yang difardhu kan khas untuk mereka.
Pernah sekali semasa beriktikaf di Masjid Negeri Shah Alam.. semasa darjah 6, kami sekelas diberi peluang untuk menyertai solat Jumaat dan mendengar khutbah Sesudah selesai saya menjadi amat kagum terhadap kebolehan kaum Adam mendengar khutbah yang panjang semasa waktu tengahari yang amat sesuai untuk menjadi waktu melelapkan mata. Malang sekali bukan semua Kaum Adam menghayati kelebihan yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Oleh itu.. Wahai Kaum Adam di luar sana.. fikirkan kembali.. Jika anda gagal menjadi makmum solat Jumaat yang seminggu sekali.. Mampu kah anda menjadi Imam sepanjang hayat kepada calon isteri dan bakal anak-anak anda?? Takkanlah nak mintak ISteri jadi Imam kot?
*Hadith dan Petikan Ayat Qur'an di petik daripada laman sesawang USIM
kata orang klu nk pilih pemimpin negara ataupun nk pilih pemimpin keluarga kne tngk pd solatnye..memadailah jika bila tiba waktu solat lalu dia tidak akan melengahknnya dan terus solat..maka orang ni mmg spatutnya menjadi calon pemimpin
ReplyDelete:)
semua orang boleh jadi imam tapi tak semua boleh menjadi imam yang sebenarnya...nak suami yang alim...huhu
ReplyDeletesyah: betol tuh.. kalo kte tgk balik kekuatan skuad berani mati General Salahuddin Al-Ayubi adalah pada solat mereka terutama skali qiamullail..
ReplyDeleteMiss S: nak gak suami yang alim tntg ilmu agama.. huhu..
ReplyDeleteLelaki dan wanita sekarang sudah alpa dan memandang rendah kewajipan agama. Kalau pergi kawasan taman bunga, kompleks, banyak pasangan yang ber'dating' waktu solat Jumaat. Buat muka tak tahu malu. Yang perempuan pula, ok je 'laki' dia tak pergi solat.
ReplyDeleteSebab tu sekarang ramai perempuan pilih lelaki bukan Melayu untuk dikawini.
hai :) suka baca novel x?
ReplyDeleteklu suka,jemputla ke online novel sy ;)
http://jeritanyangpudar.blogspot.com/
tq!
Wahai Pei Pan..
ReplyDeletekejap.. saya x faham apa kaitan nye dgn ramai wanita pilih yg bukan Melayu untuk dikahwini..
Boleh beri penjelasan sikit??
ini juga satu fenomena yang sangat2 aku takuti..
ReplyDeletemakin ramai yang diharap dapat memimpin awal2 lagi sudah tumbang..
masih adakah jodoh impianku itu?
kak na.. dont worry dear.. u'll find some1 yg menepati ciri2 jejaka idaman u..
ReplyDeletekalo x jmpa gaks kan kta dah ade back-up plan kita... nak ronda2 Malaysia dan Asia.. huhu...
leh wat filem ni..
ReplyDelete100 hari mencari cinta..
next destination.. alor star..
waaaaaahh.. berjodoh dgn pesawah agaknya