Senarai 10: Rakyat Malaysia Wajib Pergi (p1)

Siapa mengaku dia rakyat Malaysia?? Kalau belum pergi tempat2 ni baik jangan mengaku kerakyatan Malaysia.. Kalau tak dapat pergi semua pun.. Sekurang-kurangnya pernah pergi salah dua tempat2 yang ada dalam list ini.. Huhu... Wahai tetamu2 ku.. Berikut adalah senarai 10 dari ku mengenai "Tempat yang Rakyat Malaysia WAJIB Pergi".. Selamat Meneroka....

Nombor Satu:





Kompleks Lembah Bujang, Sg Merbok, Kedah

Candi@Surau@Rumah@Tandas?? Semuanya boleh jadi. Tapi yang pasti ia salah satu tapak ekskavasi terbesar di Negara kita yang masih lagi belum habis di teroka para arkeologi. Kebenaran tentang status sebenar kawasan itu dan agama penduduknya masih lagi jadi perdebatan para pengkaji sejarah, tapi kalau sampai sekarang pun kita tak pergi lihat secara dekat, kita jadi buta sejarah, beb. Piramid semua pakat nak lawat.. Lembah Bujang yang dekat ni dipandang sebelah mata jer.. Mai pakat pegi Lembah Bujang, pastu singgah beli ikan masin kat Tanjung Dawai, pastu boleh singgah makan Laksa kat Pantai Merdeka.

Nombor Dua:



Kota A' Famosa, Melaka
Sangat cliché bukan? Tapi hakikatnya kalau anda tak lihat sendiri bukti kelemahan rakyat Melaka dahulu yang gagal pertahankan tanah air kita dahulu, anda belum lagi kenal erti sebenar hidup dalam penindasan dan penjajahan. Tak mustahil lagi 100 tahun akan datang, Kota Suria KLCC ataupun Kota Pavillion pula yang jadi bahan bersejarah di Negara kita. Rasa pelik gak masa kecil2 dulu kenapa di panggil Kota tapi yang nampak cuma Pintu Gerbang saja.. Bila datang sini barula nampak keseluruhan lanskap kota ni yang da tertanam ditelan bumi dan kini masih dalam usaha membongkar tanah untuk mencari kesan tinggalan kota batu merah ini..





Nombor Tiga





Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan
Ni satu lagi tempat sejarah yang jadi bukti titik tolak pergolakan Negara kita masa perang dunia ke dua. Jepun janjikan seribu bulan di angkasa tapi yang turun adalah gerhana selama 3 tahun 8 bulan. Sekarang ni banyak juga jepun datang Negara kita, tapi dalam bentuk Sushi King, Great Teacher Onizuka dan Sin Chan. Penjajahan budaya dan juga bahasa.. Tapi takpe lah. Sebab kawan aku pun ramai duduk kat sana. Study engineering. Tapi kena belajar bahasa Jepun dulu kalo tak x mungkin dapat hidup kat sana. Pasal apa pulak orang Jepun datang Malaysia x wajib belajar bahasa Malaysia??


Bersambung nanti ye.... Expect the unexpected... ^_^




Comments

  1. ketiga2nye sy dh pegi...gmbr yg pertama g mase kursus latihan luar mase diploma dlu..gmbr yg kedua tu mase form3 pas pmr dan gmbr yg ketiga tu slalu g mandi time kecik2 dlu.skrng dh x leh nk mandi sngt dh sbb ombak besar cam tsunami jerk.hehe..that is my country
    :)

    ReplyDelete
  2. Syah.. Org kelantan ke awak ni.. Mmg umah dkt dgn pantai Sabak ek.. Baguih2... Tapi mmg menarik kan Lembah Bujang tu.. Kalo berminat nak tawu ape yg lebih menarik dgn dia.. Baca blog ni >>> http://sejarahnagarakedah.blogspot.com

    sgt2 menarik..

    ReplyDelete
  3. aalam..


    semuanya anaklaut dah sampai..:))

    tq singgah anaklaut.

    kadang2 dlm hidup ada time2 rasa boring..:))

    ReplyDelete
  4. wslm anak laut.. (^__^)

    bila boring.. pegi la mlawat tmpt2 best kt Malaysia nih..

    cuti2 Malaysia.. Huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines