Makan Tengahari Yang Di Ingati
Mula-mula saya ingat saya suka sangat makan.. pastu mula la berangan nak jadi macam food critic yang famous dan cuba-cuba nak buat food review sendiri.. tapi lama kelamaan saya sedar sebenarnya setiap kali pergi restoran tu apa yang saya enjoy adalah surroundings dan macam mana pengunjung/pelanggan dalam restoran tu enjoy themselves dengan keluarga/teman/kekasih/kawan-kawan. Baru nak kenal diri sendiri rupanya saya ni... Beberapa bulan yang lepas, sebelum Arfah balik Mesir, kami sempat makan kat Rawani Hadramawt . Woaa.. Dengar cam apa jer.. Sebenarnya tu nama restoran yang terletak dekat belakang Ong Tai Kim. (Bagi orang Gombak yang tak tahu mana Ong Tai Kim sila terjun Jambatan Sungai Gombak sekarang). Bagi non-Gombakian, refer sini.. Ia sebuah restoran Yaman yang terbaik di Malaysia sejak 2010 (direct translation dari website dia). Jadi, di sebabkan Arfah reti cakap Bahasa Arab, masa ordering tu dia mula lah speaking Arab. Tapi sebab orang tu semua Yemen...