Posts

Showing posts from October, 2014

Mampu ke FH habiskan Master?

Image
Salam semua! Salam Jumaat.. Hari ni FH nak share sesuatu buat anda semua pembaca blog yang tak seberapa ni yang FH akan sambung belajar Master di UIA hari Ahad ni! Excited sangat okay! Excited bercampur gentar bercampur lidah kelu untuk berbicara. Cewah! FH sebenarnya macam risau sikit sebab FH tak pasti lagi macam mana perjalanan Master ni, adakah akan dipenuhi liku liku onak ranjau dan duri, (apa benda onak dan ranjau tu sebenarnya ea?) Haha. Btw, tarikh 26 Oktober ini tersangat mendebarkan FH.  Jadi FH cuba mengalihkan tenaga FH kepada sesuatu yang lain contohnya, Baju apa FH nak pakai hari Ahad ni? atau... Baju tu nak padan kan dengan kasut apa? atau.. Bersemangat untuk majlis perkahwinan Izati kawan FH kat Kemaman esok. Baju apa, tudung apa, dan pakai siap-siap dekat inai 10 jari kaki dan tangan. Tangan FH guna inai red, Kaki FH guna inai red orange. Hahahaha Well, sometimes, kita memang perlukan sedikit distraction supaya kita dapat mengurangkan t...

Mimpi Nan Indah

Image
Salam Isnin semua! Hari ni FH nak bercakap pasal mimpi. Rasanya FH pernah cerita sebelum ni pasal mimpi FH yang selalunya rasa tersangat nyata sampai FH keliru samada FH sedang bermimpi atau melihat ramalan masa hadapan. LOL. Ini memang betul serius. Atau adakah Syaitan sedang melakukan 'Inception' ke dalam mimpi FH oleh kerana itu kita selalu terbuai dengan mainan Syaitan ini? Mimpi bagi FH ada dua jenis. 1) Satu yang menenangkan kita kerana memberi harapan mengenai perkara-perkara indah. 2) Yang penat. Bila bangun dari tidur rasa letih sangat. Contohnya mimpi kena kejar dengan gangster. Ya. FH pernah mimpi macam tu dan memang giler penat. Hahaha. Sejak akhir-akhir ini bila FH rasa down kerana kes gagal dalam percintaan, FH selalu prefer dapat mimpi indah supaya sekurang-kurangnya bila bangun tidur dapat lah bangun dengan semangat. Kadang-kadang tu dalam mimpi la FH dapat rasai perasaan yang bahagia. Well, benda-benda macam ni memang boleh jadi penghibur untuk or...