Mampu ke FH habiskan Master?

Salam semua!

Salam Jumaat..

Hari ni FH nak share sesuatu buat anda semua pembaca blog yang tak seberapa ni yang FH akan sambung belajar Master di UIA hari Ahad ni!

Excited sangat okay!

Excited bercampur gentar bercampur lidah kelu untuk berbicara.

Cewah!

FH sebenarnya macam risau sikit sebab FH tak pasti lagi macam mana perjalanan Master ni, adakah akan dipenuhi liku liku onak ranjau dan duri, (apa benda onak dan ranjau tu sebenarnya ea?) Haha. Btw, tarikh 26 Oktober ini tersangat mendebarkan FH.

 Jadi FH cuba mengalihkan tenaga FH kepada sesuatu yang lain contohnya,

Baju apa FH nak pakai hari Ahad ni?

atau...

Baju tu nak padan kan dengan kasut apa?

atau..

Bersemangat untuk majlis perkahwinan Izati kawan FH kat Kemaman esok. Baju apa, tudung apa, dan pakai siap-siap dekat inai 10 jari kaki dan tangan. Tangan FH guna inai red, Kaki FH guna inai red orange.

Hahahaha

Well, sometimes, kita memang perlukan sedikit distraction supaya kita dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi dalam menangani sesuatu perkara.

FH selalu buat macam tu kalau rasa stress sangat dalam sesuatu isu, dan bila fikirkan pasal attire ia adalah distraction yang baik dan menenangkan. A happy place in my mind, I must say.

Anyway,

Program Master yang FH akan ambil ni ialah Master of Education (Curriculum and Instruction). Bila orang tanya FH, kenapa nak sambung Master, di sebalik jawapan hendak memajukan diri, sebenarnya FH merasakan dengan sambung study Master ni, ia adalah suatu distraction yang baik bagi FH. Supaya FH dapat elakkan diri dari fikirkan pasal Kahwin.

Haha

Boleh tak macam tu?

Well, I am not really sure and it feels so surreal to keep dreaming about my wedding day. FH tak tahu macam mana nak berusaha supaya dapat kahwin, tapi kalau dalam hal pelajaran, FH tahu macam mana nak berusaha untuk habiskan study dan capai sesuatu.

Ini sebenarnya strategi kehidupan FH sejak dulu lagi. FH memang tak tahu macam mana nak jadi perempuan yang diminati lelaki, tak tahu bercinta, dan sejak dahulu semua kawan-kawan FH ada boyfriend dan ramai dah jumpa jodoh. FH sampai sekarang masih single dan takde steady boyfriend yang dah janji nak kahwin ke apa.

Sejak dulu FH akan counter perasaan down (sebab tak laku?) ini dengan fokus kepada pelajaran. At least FH buat sesuatu dalam kehidupan ini. 

Even FH ni nampak macam tak pandai. 

FH cuba sungguh2 supaya buat yang terbaik dalam pelajaran dan kerjaya, so result UPSR dapat 5A, PMR dapat 8A, SPM dapat 6A 6B, pastu dapat masuk PASUM (Idaman kalbu tuh), dan masuk Degree dalam bidang Dietetik yang menjadi idaman juga) dan sekarang pun kerja jadi Dietitian.

Biar la muka tak berapa cantik tapi ada pencapaian dalam hidup.Hehe.

At least I try to improve myself. Bukan lah FH tak nak kahwin, cuma FH rasa lah kan.. dalam usia 27 tahun ini, dan menjadi diri sendiri dan cuba Hamba Allah yang baik, FH tak tahu di mana silapnya. Jadi daripada stress memikirkan dengan siapa kita akan kahwin, dan sibuk mencari Jodoh, lebih baik serahkan semuanya kepada Allah. Sebab Allah tahu apa yg terbaik buat FH. FH yakin tu sekarang.

So apakah FH mampu menghabiskan program Master selama 2 tahun ni? Kita tengok ye nanti.. FH cadang nak buat reserach berkenaan Dietetic Curriculum dekat Malaysia ni.. A very dry topic. Haha. Yang pastinya FH tak perlu masuk lab atau ambil sampel blood patient. 

Tolong doakan FH ye semua.... Meh kita sama-sama baca doa..

"Ya Allah Ya Tuhanku.. Semoga Nurfarah Hanani Amir Hamzah berjaya menghabiskan Master of Education dalam tempoh 2 tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Semoga lulus dengan cemerlang. Amin..."

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/10520845_349678151860424_95103144990830272_n.jpg?oh=bda18530cebf67b9ee90b787c91af0c7&oe=54BD6461&__gda__=1422637212_43d92548163cc53c472f734ef1ca4dad
Batu Bersurat IIUM dalam kenangan

p/s: Tak sabar juga nak minum Ice Calypso dekat trak KopieSatu setiap kali pergi kelas. Hehe





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines