Pengurusan Hati
Salam readers, Akhirnya weekend tiba jua. Sepanjang Ogos dan September Weekend FH penuh dengan aktiviti. Mungkin ini sesuatu yang baik. Sebab bila FH sibukkan diri, mungkin FH akan lebih dapat mengawal perasaan ini. Dalam banyak-banyak urusan, bagi FH urusan yang paling sukar ialah urusan hati. Ia selalu menyebabkan manusia keliru dan berlaku banyak salah faham. Jarang sekali perkara yang dirasakan dalam hati dapat disampaikan dengan baik melalui percakapan. Kemudian ada satu lagi masalah bila hati yang mendengar tutur bicara yang bercakap, kadang kala boleh tersalah faham. Jadi kekal lah manusia itu dalam keadaan yang canggung. FH sendiri selalu hilang punca bila untuk menyatakan perasaan sendiri. Mudah sahaja terpengaruh dengan keadaan orang sekeliling. Jika pendengar menampakkan respon yang FH harapkan, lebih yakin FH untuk melontarkan pemikiran. Tapi jika riak wajah yang dipamerkan bukan seperti yang FH inginkan, FH rela menelan kata-kata sendiri. Kelakar bukan? Kawan kawa...