Serpihan masa lalu
Salam readers.
FH tak dapat tidur. Sekarang dah 2 pagi. Yeah. Baru habis baca novel cinta dan Iced Butterscotch Latte buat darah ni masih mengalir dengan aktif ke seluruh badan. It's weird. Pagi tadi FH berjumpa dengan seseorang yang memetik kembali satu suis yang dah lama FH tutup. Suis MK.
Kesakitan itu datang kembali. Perasaan kehilangan yang buat kita serik untuk membiarkan diri kita tenggelam dalam emosi yang berbolak balik. FH serik. Tapi dalam masa yang sama FH mahukan lagi pengalaman itu.
Ia adalah satu pengalaman yang manis bila ada seseorang yang selalu bersama dengan kita. Seseorang yang kita boleh harapkan untuk memahami kita dan akan jadi #teamfarahanani dalam apa jua keadaan. Walaubagaimanapun, hubungan itu tidak sempurna kerana tidak berakhir dengan kesudahan yang sepatutnya. Dari kacamata FH seorang hamba yang lemah, FH terlupa kuasa Tuhan yang lebih hebat. Perancangan Allah itu lebih agung dan sesuai dengan kita walaupun kita merasakan kita dapat mengawal keadaan. FH fikirkan FH berkuasa ke atas masa kini dan masa depan. Tapi Allah membenamkan prasangka itu dan terus mengambil satu-satunya keyakinan FH dalam hidup ini.
Terus FH hilang diri sendiri lebih jauh dalam gelodak emosi yang tidak tertanggung. Tiada sebarang jeritan mahupun tangisan yang mampu menghilangkan kepedihan yang FH alami.
Readers,
FH memang tak sempurna. FH selalu menganggap manusia mempunyai kuasa terhadap takdir. FH selalu merasakan perasaan yang dianugerahkan Allah itu ialah yang sebenarnya. Padahal Allah sedang menguji samada FH memahami hakikat cinta yang sebenar.
Cinta yang sebenar ialah perasaan tawakkal. Meletakkan pergantungan kepada kehendak Allah. Mengharapkan Allah selalu memberikan yang terbaik. FH banyak kali gagal dalam ujian ini. Cinta manusia bukanlah kerana sifat manusia, tetapi carilah kecintaannya kepada Allah. Agar dia nanti akan membawa kita kembali ke jalan Allah.
FH terbelenggu dengan kemelut jiwa sendiri. FH sekali lagi terperangkap dalam situasi yang serupa. Kali ini FH kena melawan dan mengutip sisa sia kewarasan dalam diri dan mencari redha Allah.
Ya Allah, jika Engkau meredhai perasaan ini, mudahkan urusan ini.

FH Kuat! Semoga segala urusan FH dipermudahkan Amin
ReplyDeleteThanks Haryani! Yup... Aminn....
Delete