Pengurusan Hati
Salam readers,
Akhirnya weekend tiba jua. Sepanjang Ogos dan September Weekend FH penuh dengan aktiviti. Mungkin ini sesuatu yang baik. Sebab bila FH sibukkan diri, mungkin FH akan lebih dapat mengawal perasaan ini.
Dalam banyak-banyak urusan, bagi FH urusan yang paling sukar ialah urusan hati. Ia selalu menyebabkan manusia keliru dan berlaku banyak salah faham. Jarang sekali perkara yang dirasakan dalam hati dapat disampaikan dengan baik melalui percakapan. Kemudian ada satu lagi masalah bila hati yang mendengar tutur bicara yang bercakap, kadang kala boleh tersalah faham. Jadi kekal lah manusia itu dalam keadaan yang canggung.
FH sendiri selalu hilang punca bila untuk menyatakan perasaan sendiri. Mudah sahaja terpengaruh dengan keadaan orang sekeliling. Jika pendengar menampakkan respon yang FH harapkan, lebih yakin FH untuk melontarkan pemikiran. Tapi jika riak wajah yang dipamerkan bukan seperti yang FH inginkan, FH rela menelan kata-kata sendiri.
Kelakar bukan? Kawan kawan FH memang mengenali FH sebagai orang yang banyak cakap. Tapi sebanyak mana FH bercakap, banyak lagi yang disimpan sendiri. Dalam hidup FH selama 28 tahun ini, kurang daripada 3 orang mampu membuatkan FH rasa selesa berbicara tentang hati.
Hati mempunyai banyak prasangka dan anggapan. Gelodak emosi yang berpunca daripada hati yang terluka jarang sekali menghasilkan sesuatu yang bagus. Hati yang sedang marah pula, selalu akan menimbulkan penyesalan. Sebab itu bila hati tidak tenang, kita diminta bertenang sebelum menggerakkan lidah mahupun tangan.
Salah satu terapi FH bila dalam keadaan begini ialah dengan menulis. Dengan harapan sedikit sebanyak pemikiran ini dapat dikongsi bagi yang sudi membaca. Harus readers fahami konteks FH yang tiba tiba sahaja dilanda emosi kesedihan. FH sendiri sedang cuba menganalisa mengapa kali ini begitu hebat kesannya. Walhal sekarang ini FH tiada konflik dengan sesiapa pun.
Hati yang mati paling parah, tapi hati batu mengundang padah. Setuju tak sekarang urusan hati memang sukar sekali? Bisa buat orang merana, terkujur di penjuru, meratapi nasib diri yang sentiasa rasa kesepian.

Comments
Post a Comment
Anything wandering in your mind? Feel free to write...