Jalan-jalan (dan makan-makan) 4 hari 3 malam di Vietnam
Apa khabar semua. FH ok sahaja cuma selsema dan batuk sikit.
FH tahu, ia adalah sangat cliche bila FH pergi ke Ho Chi Minh City dan bershopping di sana. Tapi memang tak boleh tahan diri bila nampak tiket yg agak murah. Jadi FH pun ajak sepupu dan makcik FH pergi sana.
Trip FH ke sana lebih kurang sama je dengan traveler lain yang pernah ke sana. Makan dan shopping.
Hari Pertama (15 Januari 2016, Jumaat)
Kami naik Air Asia dan mendarat pada petang pukul 6 waktu tempatan. Terus cari teksi Sabasun di hujung pintu 1. Dia hantar terus depan pintu Hotel Thanh Thu tempat penginapan kami untuk 3 malam. Satu perkara yang paling jelas dalam pengamatan FH ialah bangunan dia rapat-rapat. Bila ada renovation dia hanya pecahkan satu blok tu bukan sederet kedai-kedai, dan bina yg baru. Tinggi dan kurus.
Satu contoh bangunan yg rapat-rapat dan tinggi. |
Malam pertama kami ialah ke pasar malam yang terletak di pinggir Ben Thanh Market. Masa ni FH cuma beli satu t-shirt sahaja. Tapi tak reti sangat tawar menawar jadi tak dapat murah sangat. Masa tu lah FH dan Acik Shikin dapat spot satu kedai kain ni dan target nak pergi esok pagi.
Hari Kedua (16 Januari 2016)
Kami memulakan perjalanan shopping ke satu pasar ni namanya Saigon Square. Dia macam Ben Thanh Market tapi versi ada aircond dan terang benderang. Kat situ ada banyak baju siap dan beg dan segala kasut la apa la. Kami berjalan kaki sahaja sebab jarak dia dalam 500m dari Ben Thanh Market lepas dah lintas jalan besar. Lepas tu kami berjalan lagi sehingga ke jumpa tempat ni. Hajat di hati sebenarnya nak cari Masjid tapi bergambar sejenak.
Geng Akak Akak (Kak Noi dan FH) dan Makcik Mak Cik (Mak Anjang dan Acik Shikin) |
Inilah Masjid yang kami cari. Betul-betul sebelah Hotel Hilton. Depan dia ada Halal Saigon dan sebelah dia ada Restoran Nyonya tempat kami Lunch hari tu. |
Selepas balik dari situ kami singgah ke kedai Zaidah untuk mencari pakej ke Delta Mekong.
Hari Ketiga (17 Januari 2016)
Kami bermula seawal 8 pagi (waktu tempatan) sebab nak ke Delta Mekong yang memerlukan perjalanan selama 2 jam menaiki van. Pakej kami memang all in termasuk makan tengah hari di restoran yang dijamin halal. Tourist guide kami Ustaz Daud yang fasih bercakap Melayu sebab pernah mengaji di sekolah pondok di Terengganu. Semua aktiviti kami buat. Seperti yang ramai orang dah pernah share.
Naik kuda pedati. |
Muka takut nak pegang sarang lebah. |
Naik sampan di sungai kecil dalam sungai Mekong. Ini adalah suatu Inception of the Rivers. LOL. Belakang tu la Ustaz Daud. |
Lepas balik dari Mekong, petang tu kami pergi ke kedai kain borong yang tak perlu dah nak minta harga murah sebab memang murah. Lepas tu balik hotel.
Ini name card kedai borong tu. Ada wifi dan aircond so senang nak lepak lama dalam tu sambil tanya orang dekat KL nak kain yang mana satu. Hehe. |
Malam keluar semula sebab pergi spa yang depan hotel untuk buat pedicure. Memang licin la habis tumit FH semua kulit mati kena buang. Hehe. Sempat juga la berborak dengan jiran sebelah dari Ireland. Bercuti dengan anaknya yang sekarang ni kerja dekat Australia.
Hari Keempat (18 Januari 2016)
Flight pukul 4 petang jadi pagi tu kami dalam pukul 11 baru pergi ke airport. Sebelum balik sempat la menghabiskan sisa-sisa duit yang masih ada sebelum pulang. Hoho.
Jadi, sebagai ganti itinerary yang tidak detail ini, FH persembahkan makanan yang FH makan di sana. Boleh la readers cuba juga nanti bila pergi Ho Chi Minh.
All day breakfast.
Makanan yang available dari pagi hingga ke tengahari
Vietnamese Beef Noodle. |
The famous Vietnam Spring Roll. Satu set RM16. |
Macam ni lah rupa dalam popiah ni. Sumpah mengenyangkan |
Pelbagai sos di atas meja. |
Roti yang dibelah dan di makan bersama ayam ala-ala paprik yang sedap! |
Lunch/Dinner
Tomyam Haisun |
Asam Pedas Nyonya |
Butter Prawn |
Telur goreng dan sos. Sebelah tu Chicken with Mango. Perghhh! |
Tapi dalam banyak-banyak, pilihan utama FH ialah ini >>>>>>>
Vietnam Coffee. Love! Love! Love! |
Nampak tak muka happy? Tak boleh sengih sebab mulut penuh dengan roti yang sedap. |
Tata...
p/s: Personally FH tak suka Ben Thanh Market. Panas dan berbau dan semua orang panggil kita beli barang diorang. Lorong hotel FH tu lagi selesa dan kebanyakannya fasih cakap melayu sebab diorang orang Melayu Champa. Salah satunya Saidah yang di kedai Abdul Rozack. Nenek dia duduk Seremban.
tq sharing.
ReplyDelete