Jalan-jalan yang 'melawan arus' di Malaysia.
Salam readers! Bagaimanakah minggu anda? Kali ini FH nak berkongsi tentang jalan yang bertentangan dengan hukum hakam jalanraya di Malaysia. Arah lalu lintas ialah sesuatu yang dipanggil 'Peraturan Lalu Lintas' yang wajib kita mahir untuk mengelakkan kemalangan. Seperti kita sedia tahu sejak azali, sistem lalulintas kita di Malaysia ni, ikut sistem British. Nama sistem ini ialah LEFT HAND TRAFFIC (LHT). Sistem ini, memberi kesan kepada kedudukan pemandu kereta, sebab itulah pemandu bagi kegunaan di negara kita, kedudukannya di sebelah kanan. Oleh itu, kita akan selalu melihat ke arah kanan, dan sangat bahaya jika kita berada di blind spot pemandu di sebelah kiri kenderaan. Dalam negara ASEAN, 5 negara gunakan sistem RHT kecuali Vietnam, Filipina, Myanmar, Laos dan Kemboja. Manakala Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand ialah negara yang menggunakan sistem LHT. Begitupun, FH setakat ni dapat ...