Falsafah Kuih Donat

Salam Readers!

Ramadan nampaknya sudah masuk hari ke 8 dan kita berbaki 21 hari lagi untuk berpuasa dan mengecapi segala kesempatan dan peluang yang Allah berikan kepada kita. Entri kali ini FH tujukan kepada kuih kegemaran FH dulu, kini dan selamanya.


DONAT.

http://cdn-image.foodandwine.com/sites/default/files/styles/551x551/public/201103-xl-potato-doughnuts.jpg?itok=gKkM1rVk

Dughnut, Donut, atau apa juga namanya. Resepi asasnya tetap sama:

Bahan-Bahan Asas Donat
  yis kering
air suam 
gula
  tepung gandum
sudu marjerin
baking powder
garam

Apabila adunan menjadi sebati, dibiarkan seketika supaya ia kembang gebu dan kemudian digoreng. Mudahnya nak buat donat.

Mari kita bermula dengan.....

1) Bentuk bulat

Bulat ialah lambang sesuatu yang syumul. Syumul ertinya lengkap dan sempurna. Walaupun dalam pembentukan itu, ada sudut yang tidak sempurna, tapi tujuannya tetap satu untuk menghasilkan bentuk yang hampir bulat. 

Sesuatu yang 99% sempurna itu, sangat sukar untuk dipermainkan. Utuh, dan kekal sepanjang zaman, sepertimana Islam. Sebuah agama yang sempurna. Ataupun seperti bentuk separa bulatan, rekaan arkitek Islam yang menguatkan binaan jambatan ataupun pintu. Bentuk bulat juga mampu menahan tekanan dan menyalurkan tekanan itu ke semua arah supaya ia tidak terbeban apabila ditekan dari mana-mana titik pun.

http://cdn.jamieoliver.com/recipe-database/oldImages/xtra_med/1235_1_1436889055.jpg

2) Lubang di tengah

Walaupun ada yang tidak berlubang, yang paling popular itu tetap yang berlubang. Sesuatu yang boleh kita tonton, apa di bawahnya, atau dibelakangnya adalah lambang kejujuran. Tidak ada tapisan dan halangan untuk kita ketahui apa disebaliknya. 

Kejujuran lah sifat paling agung. Yang menghalang kita melakukan banyak dosa lain. Lubang itu bukan sekadar untuk memastikan ia digoreng sempurna, tetapi ia juga mempercepatkan proses penyejukan usai digoreng. Kejujuran ialah sifat yang banyak kebaikan kepada semua pihak. Sebab itulah antara 4 sifat nabi, ialah Jujur.

3) Versatil

Salutlah dengan apa sahaja, donat enak dimakan begitu sahaja tanpa sebarang salutan, ataupun taburan gula halus mahupun salutan coklat. Seperti seorang manusia yang dibawa ke majlis, tahu bergesel bahu dengan para kenamaan, kemudian pulang ke desa, minum kopi bersama teman sekampung. Seperti seorang yang mahir kemahiran IT dan juga kerja-kerja menyulam.

https://pixel.nymag.com/imgs/daily/grub/2014/02/17/17-blue-star-donut.w710.h473.jpg

Sikap versatil ini mampu membawa seseorang lebih maju ke hadapan berbanding insan sekelilingnya. Inilah yang kita nama kan sebagai 'street smart'. Mampu membawa diri dalam apa jua keadaan walaupun berbekalkan diri sendiri yang hanya mempunyai beberapa bahan asas. Dalam masa yang sama, masih mengekalkan rasa yang sama, cuma mungkin, perisa dan penampilan luarannya nampak sedikit berbeza. Dirinya yang asal itu, tetap masih sekeping donat.

4) Rasa yang sama.

Konsisten, dalam setiap gigitan. Donut memberikan rasa yang sama dalam setiap kunyahan. Walaupun gigitan dari arah mana sekali pun tetap memberikan perasaan serupa kepada sensasi dalam mulut dan lidah. Seperti seorang yang konsisten. Hasil daripada setiap dugaan tetap lahir seorang yang tabah. 

Prinsip yang tidak mudah berputus asa, tidak goyah dalam cabaran yang dilemparkan. Datanglah ribut, taufan, angin kencang, tetaplah ia di situ, bertahan dengan setiap kepayahan. Sabar ialah resepi yang paling suci dalam menghadapi dugaan hidup. Akhirnya, berkat kesabaran itu, hidupnya diberkati Tuhan.


5) Sikap feminin

Boleh dikatakan donat sikapnya feminin. Lemah lembut, dan juga berprinsip. Selalu berhias indah, dengan warna yang pelbagai. Jarang sekali kita dengar donat yang masin. Itu bukan lagi dipanggil donat, kerana donat masin sudah hilang imejnya yang manis dan gebu. 

Struktur donut juga berlekuk indah. Walaupun ada jenis yang dibentukkan 4 segi, akhirnya menjadi kembung juga setelah dibiarkan seketika. Sisi 4 segi nya tidak akan berjaya menjadi sudut 90 darjah. Seperti tubuh wanita yang berlekuk dan mempunyai saiz yang tersendiri. Setiap bentuk adalah indah dan harus diraikan. Tambahan pula, disaluti dengan pakaian yang cantik berseri.

https://images7.alphacoders.com/429/429505.jpg

Itu sahaja yang dapat FH fikirkan pasal donut pada entri kali ini. Nampaknya esok kena lah makan donut yang dalam peti ais tu sebelum dia dah tak berapa segar. Kalau dapat makan masa suhu dia suam-suam lagi sedap ni..

Selamat meneruskan ibadah puasa!


Oh ya, Selamat Hari Donat Sedunia!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines